Saturday, December 19, 2009

Konflik antara Tahun baru Hijrah dengan LIVE bola sepak

Salam sejahtera keatas mu, Semoga Allah memberkati mu…

Salam Maal Hijrah 1431 semoga tahun baru yang menjelma ini akan terus dimanfaatkan dengan amal ibadah. Seperti mana yang kita ketahui, sisa-sisa terakhir tahun 1430 hijrah adalah pada hujung asar sebelum maghrib hari khamis, 17.12.09 yang lalu dimana umat islam sangat-sangat dituntut untuk membaca doa akhir tahun dan sesudah sahaja masuknya waktu maghrib,maka secara rasminya dalam calendar islam telah pun masuknya pada tahun baru dan umat islam sekali lagi sangat2 dituntut untuk membaca doa awal tahun. Namun begitu, sedar tidak sedar secara kebetulan pada petang itu juga berlaku pertembungan antara pasukan bola sepak Malaysia dan Vietnam dalam perlawanan akhir Sukan SEA pada jam 6.00 petang -8 malam. Justeru, apa yang menariknya disini ialah kemanakah naluri diri kita sendiri ataupun masyarakat kita dalam menghadapi dua konflik ini, pergi ke masjid atau surau membaca doa akhir tahun, solat berjemaah maghrib dan baca doa akhir awal tahun atau pun… menonton siaran secara langsung perlawanan yang sangat-sangat penting buat rakyat Malaysia dalam memenangi pingat emas sehinggakan terabai untuk solat fardhu maghrib di awal waktu dan secara berjemaah.

Sahabat- sahabat yang drahmati Allah, tidak salah untuk berhibur. Tidak salah untuk bersukan dan tidak salah untuk kita berpatriotik. Namun demikian, timbang tara dalam kehidupan seharian dengan pengabdian diri kita kepada Allah S.W.T perlu ada. Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia dalam kejayaan menewaskan pasukan Vietnam 1-0 tempoh hari. Yeah, Malaysia dapat EMAS. Tercipta sejarah buat warga Malaysia. Namun, adakah dengan menonton sehingga terlupa membaca doa akhir tahun, terlepas solat maghrib berjemaah dan membaca doa awal tahun, ianya dapat membantu kita dihadapan Allah?

Sahabatku yang dikasihi, ada sesetengah orang cakap membaca doa akhir tahun, membaca doa awal tahun adalah bid’ah dalam islam. Namun begitu, kita sebagai umat islam seharusnya tidak membicarakan tentang perkara yang khilaf, yang kurang utama untuk dibicarakan. Diluar sana terdapat lebih banyak perkara yang lebih utama untuk dibicarakan seperti kes murtad semakin berleluasa, masalah gelaja social, anak- anak sekarang semakin liar, solat masyarakat banyak yang ambil ringan dan sebagainya. Dalam islam, Bid’ah ada 2 dan perkara ini adalah bid’ah hasanah iaitu perkara yang baik. Tiada masalah bagi sesiapa yang ingin mengamalkan. Nak baca qunut ke x, nak berwirid selepas solat, nak baca talkin selepas jenazah dikebumikan dan sebagainya. Sehinggakan, ada seorang sahabat saya mengatakan, “kalau macam tu, tak payah la baca quran. Rasulullah x pernah baca quran yang di bukukan. Kata bid’ah”.
Sahabatku, sesungguhnya aku tidak layak untuk berbicara tentang perkara ini. Tidak perlu ditimbulkan persoalan ini, terpulang kepada individu untuk amalan masing-masing. Namun, sebagai seorang khalifah dimuka bumi, sebagai seorang muslim, sebagai seorang sahabat dan masyarakat, nasihat itu penting, teguran itu sangat bermanfaat dan ianya sebenarnya adalah untuk diriku ini yang lemah sahabatku, dan semoga ianya akan member manfaat kepada sahabat yang lain. Sekiranya hati ini sering lalai untuk beribadah kepada Allah, hiburan adalah yang utama di dalam hati, maka dimanakah timbang tara kita dalam matlamat menuju ke syurga Allah?

Sama-sama kita perbaiki amalan dan hati, perkasakan iman dan taqwa dan indahkan akhlak kita sebagai seorang muslim. Yang baik dari Allah, yang buruk dan kekurangan dari kelemahan diri hamba yang lemah. Wassalam.

1 comment:

Anonymous said...

salam....nk tanye, ape hukum kalu kte pakai red wine face mask?