Sunday, January 10, 2010

Laporan Konsert Amal Sinar Peduli

( Di hantar kepada Dato' NC melalui email )

Assalamualaikum wbth...

Berhubung perkara diatas, tahniah diucapkan kepada pihak UMP kerana baru sahaja selesai menganjurkan 'Konsert Amal Sinar Peduli' dengan kerjasama pihak Sinar Harian yang diadakan di Kompleks Sukan Universiti dan ianya juga dihadiri oleh pengunjung dari luar di sekitar Pahang. Tujuan saya menulis perkara ini adalah untuk melontarkan pendapat saya seorang mahasiswa yang mengambil tahu tentang isu-isu di UMP.

Disini izinkan saya menceritakan kronologi tentang program ini.

Konsert ini sememangnya di ‘deal’ oleh sinar harian dengan pihak UMP iaitu Pejabat Naib Cancelor dan wakil bagi pihak sinar adalah En Amar (010-5120364) . Pada perjumpaan pertama, pada 28.12.2009 pada hari isnin di JHEPA yang disertai oleh Naem ( MPP ), En Saharudin (JHEPA)dan En Azman (Kebudayaan) . Dalam perjumpaan ini, mereka memberitahu bahawa pihak Sinar Harian membuat konsert Amal di UMP pada 9.1.10 iaitu untuk mengutip derma untuk mangsa Padang, Indonesia dan ianya seatu program yang sangat baik. Pada masa itu, pihak En Azman ada menunjukkan minit mesyuarat yang diadakan sebelum naik semester baru, dimana kandungannya pihak UMP telah bersetuju untuk mengadakan program tersebut dan dinyatakan hanya 4 artis nasyid dan Salima (AF ) yang akan hadir. Dan en Azman memaklumkan bahawa selepas ini akan ada mesyuarat susulan antara pihak sinar dan UMP dan tarikh tidak dimaklumkan.

Pada tarikh 5.1.10 bersamaan hari selasa malam, En Amar berjumpa dengan 3 wakil kebudayaan dan juga saudara naeem ( MPP ) di bilik MPP pada jam 10 malam. Pada pertemuan ini, En Amar menyerahkan banner, tiket dan memaklumkan maklumat terkini bahawa terdapat tambahan artis dikalangan artis Akademi Fantasia (AF) iaitu Zafra dan sorang lagi tidak dimaklumkan. Pada ketika itu, saudara naeem menyatakan bahawa pihak mahasiswa tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang kehadiran artis AF yang baru ini dan En Amar menyatakan perkara ini sudah pun dipersetujui oleh pihak UMP ( tidak pasti dipersetujui oleh pihak UMP yang mana) sedangkan kami mahasiswa yang mempunyai hak untuk bersuara tidak dijemput untuk membincangkan perkara ini dan ianya hanya dibincangkan oleh pihak tertentu sahaja di UMP.

Dan pada masa ini juga En Amar berjanji kepada kami bahawa pihak mereka akan memastikan pemakaian, konsep dan tingkah laku mereka pada konsert tersebut adalah sopan dan tidak melampau-lampau. Kemudian kami menerima banyak feedback daripada mahasiswa tentang tentang perkara ini dimana mereka tidak bersetuju dengan penyertaan artis wanita tidak kira yang memakai tudung atau pun seksi dalam konsert ini sehinggakan ramai yang ingin menjual tiket mereka kembali.
Kemudian saudara Naeem menghubungi semula En Amar untuk membincangkan balik tentang artis Zafrah yang ‘ free hair’ supaya pihak sinar tarik balik penyertaan Zafrah dalam konsert amal ini kerana pemakaian dan artis yang ingin dibawa oleh pihak sinar ini tidak sesuai dengan konsep untuk mengutip kutipan derma di Padang,Indonesia dan tidak sesuai sama sekali artis sebegini di bawa masuk ke dalam Universiti ( sebagai Gedung Ilmu masyarakat) cukuplah beliau untuk hiburan diluar sana, bukannya di dalam universiti. Kemudian dia memaklumkan bahawa beliau akan membincangkan perkara ini dengan pihak sinar harian tentang cadangan mahasiswa UMP. Namun demikian, tidak ada laporan atau berita dari En Amar tentang pendirian mahasiswa UMP selepas itu.

Sehinggalah pada hari jumaat petang saudara Naeem berjumpa dengan En Amar di kompleks sukan universiti UMP dan barulah En Amar memaklumkan bahawa penyertaan zafrah tidak boleh dibatalkan kerana sudah terlambat dan dikhuatiri akan disaman oleh penyanyi tersebut kerana ianya sudah dipersetujui oleh pihak UMP dan sinar harian sedangkan kami mahasiswa tidak mempunyai suara untuk menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan jenis artis yang ingin dibawa dalam konsert ini sebelum ini. Kami seperti dianiaya dan mangsa keadaan. Dan saya sendiri ada menghantar SMS kepada En Amar pada jumaat malam, sabtu tengah hari dan petang tentang tidak bersetuju dan memberikan alternatif kepada mereka supaya artis wanita yang hadir untuk membaca puisi atau sajak, bukan untuk menyanyi. Namun, tiada satu balasan yang saya terima dari pihak beliau.

Pada hari kejadian, konsert amal ini bermula pada jam 9.00 malam dan pada awalnya keadaan memang terkawal dengan kedudukan mahasiswa dan mahasiswi diasingkan dan saya sendiri berada disitu dan bersama-sama keselamatan mengasingkan kedudukan penonton. Namun demikian, apa yang mendukacitakan kami adalah pemakaian artis dari AF iaitu Zafrah pada malam itu adalah sangat tidak sopan dan tidak sesuai untuk dipakai terutama sekali dalam kawasan ‘pusat ilmu’ dimana beliau hanya memakai seluar ‘tied’ dalam dan blaus singkat yang tidak sampai pun hingga ke lutut. Dimanakah janji-janji pihak bertanggungjawab untuk memastikan artis yang hadir untuk memakai pakaian yang sopan?? Ada juga suatu ketika, Zafrah turun ke bawah pentas dan menjemput penonton lelaki menyanyi bersama-sama dengannya dan boleh dikatakan ramai lelaki berebut-rebut ingin menyanyi bersama beliau.

Semasa menyanyi, beliau juga berjoget terkinja-kinja diatas pentas seolah- olah tidak bermoral dan tidak sedar dimana beliau sedang berada didalam kawasan pusat ilmu. Keadaan ini agak melampau kerana disini bukanlah di konsert malam tahun baru atau pun malam ambang merdeka, ini adalah konsert amal untuk mengutip derma dan konsert kebajikan. Dimana kawalan yang dijanjikan oleh pihak bertanggungjawab untuk mengawal keadaan konsert supaya keadaan konsert sentiasa dalam keadaan baik?? Dan pada masa inilah, kita dapat melihat ramai mahasiswa mahasiswi yang keluar daripada dewan sebagai tanda tidak bersetuju dan protes kerana jelik dengan persembahan dan akhlak yang ditunjukkan oleh mereka. Hal ini bertentangan dengan suasana universiti sebagai pusat gedung ilmu.

Pada satu lagi persembahan iaitu artis dari AF6 iaitu Alif, beliau juga menunujukkan moral yang kurang sopan dengan terlalu sosial dan juga terkinja-kinja diatas pentas semasa membuat persembahan. Beliau juga mengajak penonton-penonton wanita naik diatas pentas bersama beliau dan mengajak berjoget bersama dan akhirnya lebih kurang 7 hingga ke 8 orang wanita naik keatas pentas bersama-sama artis lelaki terbabit.

Persoalan yang ingin diutarakan adalah adakah konsert ini menepati konsep untuk membuat amal mengutip derma mangsa di Padang sedangkan ianya seolah-olah seperti hanya untuk mengaburi mata kita sahaja dan ianya lebih kepada untuk berhibur semata-mata. Tambahan pula perkara ini mencemarkan institusi pendidikan ini sebagai gedung ilmu masyarakat. Cukuplah hiburan yang kita seringkali di sogok di luar kampus. Mengapa sehingga dalam universiti juga perlu diterapkan unsur-unsur seperti ini??

Kami tidak menolak konsep berhibur dalam diri mahasiswa sedangkan setiap manusia memerlukan hiburan tetapi sebaik-baiknya biarlah hiburan yang mempunyai unsur – unsur yang baik dan berilmiah, tidak terlalu mengikut budaya barat. Contoh program ilmiah yang dimaksudkan ialah Program Sambutan Maulidurrasul yang diadakan di astaka pada bulan Mac 2009 yang lalu anjuran PIPI turut dihadiri oleh YH Dato’ NC. Terdapat nyanyian nasyid dari artis luar dan nasyid dalam, sketsa, bacaan sajak dan sebagainya . Ianya mempunyai matlamat,hiburan, unsur yang baik dan objektif yang jelas untuk disampaikan. Sekiranya dibandingkan dengan konsert amal ini, motif untuk beramal ini sudah pun dikaburi dengan hiburan yang melampau dengan budaya yang kurang sesuai dan lagu-lagu yang dibawa adalah untuk berhibur semata-mata dan ianya bertentangan dengan Nilai teras UMP yang pertama iaitu Hubungan Yang Kuat dengan Yang Maha Pencipta.

Kami berharap perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi selepas ini dan tahniah saya ucapkan kepada mereka yang menjayakan konsert ini kerana berjaya mengawal kedudukan lelaki dan perempuan daripada bercampur. Walaubagaimanapun itu hanyalah dari segi pelaksanaan. Persoalannya bagaimana dari segi dasar? Kami bimbang selepas ini segelintir mahasiswa mengambil ia sebagai satu ‘trade mark’ untuk menganjurkan program-program yang menjemput artis-artis yang tidak bermoral dan hanya untuk berhibur samata-mata. Saya mengupas isu ini atas dasar seorang mahasiswa yang sayangkan universiti sebagai pusat gedung ilmu dan cukuplah dunia di luar dimana budaya hiburan diterapkan didalam jiwa muda-mudi remaja, tetapi bukan di universiti. Sekiranya ingin diadakan di universiti, pastikan ianya mempunyai nilai-nilai yang ingin disampaikan dan menepati 5 nilai teras UMP. Kami berharap pihak yang berwajib dapat mengambil ia sebagi iktibar dan pastikan suara dan pendapat kami didengari terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan.

Apa yang saya ceritakan ini belum lagi masuk tentang perkara yang kecil-kecil, artis merokok di belakang stage, pergaulan bebas artis yang ditunjukkan dengan mahasiswa/I sangat sosial. Mohon pihak Dato’ dapat menegaskan tentang aktiviti-aktiviti dari pihak luar yang cuba dianjurkan di dalam universiti. Memang penting untuk menjaga nama baik universiti dan peluang untuk memperkenalkan universiti ke peringkat yang lebih tinggi, tetapi bukanlah sehingga menggadaikan imej dan maruah universiti sebagai pusat gedung ilmu dan intelektual . Sama-samalah kita warga UMP memeliharanya. Sekian, harap maklum. Wassalam.

MOHD ‘AFIF B ABD AZIZ
EXERCUTIVE CARETAKER
TYDP MPP 08/09
019-2195523 / afif_mppump@ yahoo.com

36 comments:

Anonymous said...

salam, awk mpp betul tak? ape yg awk tulis ade betulnye..tapi kalau awak sndiri nk membetulkan keadaan ini bukan carenye..dari awk tulis blog seolah menjatuhkan name ump lagi baik awk terus berhubung dgn org yg sepatutnye. xprofesional lgsg klu sekadar tulis blog tapi takde tindakan yg awk buat. jgn cakap je lebih tapi isi takde. saye bukan nk sebelah sape2 cume saye xnampak ape2 pon yg mpp buat utk student ump sendiri? DARI-INSAN BIASA YANG XPERLUKAN MPP!

Anonymous said...

salam...terima kasih dengan cete yg panjang lebar dari MPP yg care sangat pasal student2 ump ni...terima kasih byk2...TAPI ADEKAH MPP UMP NI MMG CARE DENGAN STUDENT UMP NI?? dengan cara camni ke awk nk care pasal student2 ump?? dengan camni ke awk nk menaiktarafkn nama ump? dengan mnyebarkn lagi cete2 camni...

warkah seorang pemuda biasa..

Anonymous said...

niey adalah care seorg pemimpin yang tidak matang dalam melakukan tanggungjawabnye.....
knp saudara afif tidak menyuara kn pendapat sebelom berlakunye konsert tersebut sedang saudara mempuayai kuasa yg besar yg tuk suara kn.....
sekadar ckp2 belakang seme org pn boleyh buat......
pengecut ke ape namanye inikah....
sebelum menulis tuh sile lah berfikir dahule yep,.....
kerja sebgai MPP UMP pn x seberape saudara lakukan....

IkHwAnUl mUsLiMiN said...

Assalamualaikum wbth..

terima kasih diatas kritikan-kritikan yang membina yang dilontarkan.. sblm itu,disini saye bukan nak tunjuk saye hebat atau pun ape yang saye buat ni adalah perkara terbaik..untuk makluman, ape yang ditulis ini adalah laporan yang dihantar kepada dato' NC sendiri melalui email dan sudah pun di balas oleh dato sndiri. dalam erti kata lain, di sini saye bukan cakap kosong atau menulis sesuka hati tetapi tujuan postkan perkara ini adalah sebagai perkongsian. Terpulang pada individu masig-masing untuk menilai. Klu tidak bersetuju, terima kasih. Klu bersetuju, terima kasih juga. Sekian, Wassalam. :)

Anonymous said...

saya sebulat suara menyokong tindakan Afif, watpe nak konsert2 yg ntah pape kt kampus cemtu kalo nk sgt g ar luar kampus.. kt cni tmpt cri ilmu bkn nk berhibur melampau2.. kalo dah kt tmpt ilmu biarlh beradab spy ilmu berkat.. ni konsert amal mkn konsert maksiat klo niat utk bkn nk bg sedekah sekadar nk tgk artis... lu pikir r sendiri wei.. go afif...

Anonymous said...

salam,alhamdulillahh bersyukur kepada Allah swt kerana salah satu anugerah yang Allah berikan kepada kita ialah melalui akal fikiran kita untuk menilai mana yang baik dan buruk,maka disini wujud minda kita semakin bijak mentafsir sesuatu..tetapi haruslaH diketahu bahawa akal manusia itu sngatlah terbatas...ia haruslah dibatasi dengan panduan dari Allah..saya tidak ingin membela sesiapa,sekadar pendapat peribadi yang melihat situasi pada hari kejadian tersebut..matangkah kita?ayuh mari kita melihat budaya mahasiswa kita pada hari ini,mari kita berfikir secara intelektual..budaya hiburan yang melampau2)hedonisme telah merajai dalam hdup manusia pda hari ini khasnya kepda generasi muda..sesungguhnya matlamat tak menghalalkan cara..walaupun diatas tjuan yang baik..baik,mari kita melihat teori Deontological,what make things right or wrong depends on the priciple inherent in the action...dari sudut kebajikan pelajar,mahasiswa sekalian,kita seharusnya semakin bijak berfikir,penggunaan blog merupakan antara alternatif terbaik untuk menyalurkan maklumat,kata2 belakang?lebih buruk lagi jika kita tidak mengetahui apapun tentang kejadian tersebut...adakah kita sekadar ingin menjadi mahasiswa yang pasif,tiada pendirian,tidak hairanlah mahasiswa kini semakin lesu,kerana dibudayakan hanya mengikut arus...

Pengasas Zentrum Future Study Malaysia memberitahu, kajian yang dibuat mendapati blog menjadi pilihan dan rujukan paling utama generasi muda dalam lingkungan usia 21 hingga 41 tahun berbanding media konvensional yang lain...bloglah medan terbaik,secara logiknya,blog itu menggunakan internet,kalau pngecut,pasti isu ini takkan ditulis dalam blog yang menyebabkan ramai mengetahui..

mahasiswa sekalian,mari kita berfikir sejenak,tidak perlu untuk menuding jari kepada MPP apakah yang telah mereka lakukan untuk kita,tuding jari tersebut kepada dri sendri apakah yang kita telah lakukan dalam menaikkan nama UMP itu sendiri,adakah sekadar melalui hiburan semata2,perlu ada sense of belonging,jangn memntgkan dri sahaja...jom naikkan nama UMP dengan program yang bersifat keintelektualan yang menampakkan bahawa mahasiswa ump juga mempunyai identiti trsendri..jangan disalahgunakan peluang yang ada dengan program yang berbntuk hbruran melampau,berhbur tak slah tp biarlah ikut caranya yang btul...

Para mahasiswa perlulah ingat bahawa tugas mereka adalah untuk mempengaruhi perjalanan kehidupan dan bukan sekadar menjadi penonton kepada kehidupan sahaja. Untuk memainkan peranan ini, mereka perlu mempunyai pemikiran yang tajam, sensitif dan kreatif.

Anonymous said...

waahh...jadi isu...
bnyk pro & contranya dlm event sebegini. Mmg tjuan utama adalah utk mnderma (bg y ikhlas).tpi disebalik itu adanya hiburan y tdk trkawal..
apabila disebut mngenai konsert amal, pstinya dri segi lagu2nya adlah mngenai mangsa2 y trlibat dlm kejadian di padang dan berkonsepkan kemanusiaan..bknnya brkonsepkan duniawi semata-mata.
phk sinar & phk atasan ump shrsnya pndang prkr ini adlh prkra yang serius, kerana nama ump y dibawa...

bitara said...

salam.
Di sini bukanlah medan untuk berperang lidah. ape yg baik kte cube apply, dan jika sesuatu itu kurang dari sudut praktikalnya, kita cuba 'touch-up' balik. Saya kagum dengan kepimpinan Saudara Afif, sekurang-kurangnya anda telah berjaya membuka minda warga UMP, terutamanya terhadap rakan-rakan mahasiswa bahawa betapa tingginya martabat institusi ilmu serta secara tidak langsung telah merangkul pemikiran serta hati penuntut ilmu untuk turut bersama-sama anda dalam misi meraih kualiti mahasiswa supaya tidah dipersendakan.

Wahai mahasiswa, jika anda ingin berhibur, tiada salahnya. Tapi ingat, letakkan etika dan batasan sentiasa bersama anda. Jangan gopoh, perhalusilah dahulu bagi tiap sesuatu, kerana anda sudah dilahirkan dalam nikmat ilmu.

Anonymous said...

salam...
ade betul nye ape yg warkah seorang pemuda lontarkan...name konsert pon 'konsert amal sinar peduli' dan saya berpendapat ini adalah sebuah konsert amal yg didatangi oleh artis2 yg menjaga tingkah laku nya serta sopan..ape yg dilihat pada iklan serta banner adalah berbeza dengan konsert tersebut...kemungkinan terdapat permasalahan di dalam pihak pengurusan...btw, tanye lah diri sendiri untuk menilai mne baik n buruk..dan renung2 kan la, yang baik kite ikuti, yang buruk kite abaikan jer...
hayati la sejenak perkara yang baik yang ingin disampaikan walaupon sesaat...xrugi pon..

shahirwan said...

Salam Sejahtera.
Saya terpanggil untuk membaca entri ini dan memberikan saya kekuatan untk memberikan pendapat.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh saudara Afif ini banyak benarnya dan saya kagum dengan kredibiliti beliau yang mencaras tindakan penganjur yang tidak memahami konsep "Konsert Amal", berpegang pada janji dan tingginya institusi pendidikan ini.
Rumusannya terdapat dua golongan dalam situasi ini;
Pertama,golongan yang tidak bersetuju dengan kenyataan saudara Afif dan kepimpinan MPP yang sekadar memberikan pendapat tetapi tindakan seterusnya kabur.
Kedua,golongan yang bersetuju dengan tindakan saudara Afif kerana sekurang- kurangnya ada insan yang cakna tentang bahana dunia yang menyelinap masuk ke minda remaja masa kini.
Bagi pendapat saya;
1)Sebagai pemimpin,kita tidak boleh mengharap sesuatu yang kita inginkan.Sebagai contoh,kita mahu pada malam konsert semua artis yang akan mebuat persembahan perlulah menjaga adab dan bersopan sama ada aksi mahupun pakaian.Akan tetapi kita perlu sedar,artis juga insan biasa dan mereka juga boleh melakukan kesalahan.Mungkin pihak penganjur sudah memberitahu hal ini namun tidak semua akan mengikutinya apatah lagi apabila mereka bergelar "artis" kerana ada di kalangan mereka bersifat egois yang tidak mengedahkan sangat permintaan pihak penganjur.
Kalau kita salahkan penganjur 100% (pihak Sinar Harian atau Irsyad Entertainment),kita perlu memikirkan kerjasama pihak UMP dengan mereka untuk masa hadapan. Mungkin pihak penganjur akan beranggapan kita terlalu ekstrimis dan boleh mengganggugugat kerjasama dalam program lain.Bukan niat menyokong penganjur tetapi kita perlu menganalisis terlebih dahulu perkara yang telah terjadi.
2)Pada anggapan pihak MPP dan saudara Afif,entri ini mengambarkan suara MPP mewakili suara mahasiswa UMP.Malangnya anggapan ini kurang tepat dan hanya menimbulkan kemarahan sesetengah pelajar.Ini disebabkan pihak MPP seolah-olah tidak mahu mengadakan hiburan di UMP lagi kerana ada artis tidak memakai tudung dan tidak menjaga adab dan sopan.Persoalannya,berapa peratus yang bersetuju dengan kenyataan saudara Afif ini? Sedangkan secara puratanya, tidak sampai 10% pelajar UMP yang menghadiri konsert tersebut,pihak MPP sudah beranggapan "BANYAK" pelajar tidak bersetuju dengan Konsert Amal ini.
Cadangan daripada saya;
1)Pihak MPP perlu menggunakan cara yang baik untuk menyelesaikan masalah ini dengan elok,sebagai contohnya, menulis "surat cadangan dan penambahbaikan" bukan "surat bantahan" kepada pihak penganjur selepas mengambil kira baik dan buruk Konsert Amal tersebut.
2)Menceritakan tindakan pihak MPP terhadap peristiwa yang berlaku apabila mengeluarkan kenyataan menyelar atau entri yang menyelar tindakan artis yang kurang sopan
3)Meminta pandangan pelajar terlebih dahulu sebelum merumuskan "ramai pelajar menyokong" sedangkan ada di kalangan pelajar tidak mengetahui perkara sebenar yang telah berlaku.
Tulus-Insan Peduli dalam Realiti

Rowan said...

Shame on you. I'm shocked that you, a supposed leader of UMP-ians can have such a narrow-minded perspective of what entertainment is about.

I think Zafrah's performance was not suggestive in anyway; calling the people on stage to dance with her was part of showmanship. The only reasons you're givin is that by her un-conservative dressing (which is ridiculous, are you so easily turned on by jeans & a blouse?) & her supposedly suggestive actions on stage (which is pretty normal on stage, you don't get points by standing stiff like a cardboard & how is moving around on her toes SUGGESTIVE?), UMP-ians will become mindless horny idiots.

If you have any sense about the entertainment industry, you'd know that what she did on stage was NOTHING compared to what other people do. I was on stage, I am a UMP-ian, I am proud to be a part of an effort that raised funds to help people in need.

For you to throw that into my face & the faces of the performers who worked hard to make the concert a success is TASTELESS & DEGRADING.

How insulting. Forget about UMP being a world-class university if its own student leaders can't be open-minded about a concert that was meant to help people in need & to bring some fun to our community.

Shame on you.

MeeSup said...

Sebagai seorang muslimin, sy paham kenape saudare bertindak begini. bagi saya pihak penganjur ade membuat salah ketika proses perundingan.guideline yg sepatutnye ialah:

1) inform semua artist awal2 tak kire artis AF ke band ke mahupon nasyid ke agar tidak melakukan sebarang physical contact dgn penonton semase on stage or off stage. (dpt mnyelesaikan isu artis ajak penonton menari & student mntak tangkap gamba ngan artis dgn posing2 yg ade body contact)

2) semase deal ngan artis, clearly ckp code of dressing! jgn bagi artis pakai bebas! remember we paid them, so we hv the power 2 do so!

3) beri tahu artis gerak geri atas stage tidak boleh melampau! walau pon gerak tari. same thing. we paid them, we got the right.

WALAUBAGAIMANAPUN!!

1) dear MPP tercinta. jgn bersikap pilih kasih terhadap nasyid sahaja. NC once said to someone who proposed not to let girls perform anything on stage. he said "jgn narrow-minded!". if saudara claim NC replied email saudara ni, sy plak claim yg NC sendiri marah atas tndakan segelintir pemimpin UMP yg *syg sgt pada student* n *bertindak smpai terlampau membataskn student* tanpa memikirkn ade byk care lain ntok kite mengawal student agar sentiase melakukan aktiviti atas landasan islam.

sekian terima kasih.

Arvin said...

Dude. Seriously. I thought only some factions of the UMP management were narrow-minded fools. But I see things have gone pretty downhill since I left.

Your article must be made compulsory reading for people who love a storm in a tea-cup. Judging from the comments, there must be quite a few of those.

There are a lot more things for you as MPP to argue or fight for. And this is what you choose to tackle?

Why didn't you stage a protest and make them cancel the concert? Then UMP can become a laughing stock in in this country. Just like Malaysia became the international clown when we cancelled so many concerts.

And what's that thing about Gedung Ilmu and all that? Have you never done anything that had nothing to do with the pursuit of knowledge while in UMP? Tell me you guys didn't watch a single piece of pornography. Go on, lie. Who appointed you as the moral guardian anyway?

From the pics you've posted of the concert, it looks like such a tame affair. You call that suggestive dressing? Man you must have one dirty mind. I'm sure you're one of those people who argue women getting raped is their own fault.

Neanderthals like you give men everywhere such a bad name. What are we, monkeys roaming the earth with wild libidos and getting horny at the mere sight of ankles and raping anything that moves?

I would love to write an essay and offer a detailed argument on why you're wrong, bigoted, sexist, intolerant, a hypocrite and should be fired from the MPP, but you already know that you're right and I'm wrong don't you?

Anonymous said...

what century are u living in dude?not letting the girls to perform and all that sorts..that's not defending some kesucian or whatever crap, that's degrading the females and ur showing of some shit masochism.
that lady just went up there to perform for the sake of charity and those dancings and gigs were like part and parcel of an ENTERTAINER.why in the world u ppl wanna get so offended by that set of outfits she wore or the performance style she did on stage.goodness, its not even categorised as obscene.unless,u guys are so freaking horny to be turned on by such small details. you want that lady to wrap herself up like a mummy and stand there singing like some lamp post??this is total bullshit man...
the concert was for the sake of CHARITY..not for some so-called power-hungry egoistic MPP fellas to criticize it in their desperate,sick attempt to show soem power.
And please, suara mahasiswa UMP??here's a thought for u...SPEAK FOR URSELF...i'm an UMPIAN, and i certainly dont need some ppl like u to speak for me.DONT EVEN DARE TO USE US AS UR BLOODY EGOISTIC EXCUSES...
MENGAITKAN SAYA DAN LAIN DENGAN AWAK HANYA MERENDAHKAN NAMA DAN MARUAH SAYA SEBAGAI PERLAJR UMP.

lastly, get a life and brain!

Anonymous said...

Shame on you mr so called ex mpp.
In fact you are not deserve this title anymore.
Lastly , I am speechless and so disappointed with you.
Ethically, maybe that artist didn't perform as formal/halal as you expected.
Professionally, you should always follow up with the progress of the program. I always saw the flaw in the few program you did, and result you often cause trouble to your colleagues/anak buah committee.
Hopefully you learn your lesson from this piece of job you took.

-G.Gozuro-

Anonymous said...

saudara Afif, bolehkah anda berkongsi feedback daripada Dato' NC tentang laporan anda tersebut?

Anonymous said...

sepanjang aku jd UMPian niey......
aku rse MPP thn niey la paling xboleyh pkai skali.....
x gune........

aku nk tengok sendri pe surat NC yg reply kt ko......
NC stuju ke x pe yg ko utare kn tuh.....

MPP bodoh!!!!

Anonymous said...

salam..saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat. INI PENDAPAT PERIBADI SAYA, XLANGSUNG DIPENGARUHI SESIAPA. BENAR, perkara yang terjadi semasa di konsert ini mmg TIDAK PATUT BERLAKU di tempat berilmu ini. Saya tahu sesetengah kita hanya menyalahkan UMP sahaja, tapi mana fungsi kita sebenarnya. Walaupun kita tahu pemimpin yang berkuasa sebenarnya dalam sesebuah tempat, namun orang di bawahnya adalah yang penting. Jika kita tahu benda itu salah, knp tidak kita sahaja yang menyuarakan kebenaran. Kita berhak untuk bersuara, bkn sahaja peminpin. Sesebuah tempat itu bukan dinilai kepada pemimpin sahaja, namun yang penting adalah masyarakat di sekitarnya. KNP KITA PERLU TUNGGU PEMIMPIN SEHINGGA PEMIMPIN BERSUARA, SEDANGKAN KITA TAHU BENDA ITU SALAH DAN BERLAKU DI DEPAN KITA. KITA SEBENARNYA YANG PENGECUT!!Saya juga berpesan kepada diri sendiri, agar kita ambil iktibar. Jangan hanya menuduh dan menunding jari ke arah orang lain, ingatla.Satu jari ke arah orang lain, 4 jari lagi kepada kita. Jadi hitung diri sendiri. MPP bukan Tuhan yang boleh melakukan semua yang kita nak, mreka jg insan seperti kita. Jika ada kata MPP xbuat kerja, saya xsetuju. Program seperti MINDS n EXPOCONVO yg sebelum ini dikendalikan staf, sem ini dapa diberikan kepada mahasiswa. Ini membuktikan MPP mampu memberikan khidmat yang terbaik, setara dengan staf. Lagi isu2 semasa, sering di laungkan kepada mahasiswa agar bersama2 dalam perjuangan. Jgn kita hanya menjadi PACAT, menumpang kesenangan orang lain sahaja, pengorbanan orang kita tak nampak. Jadi saya menyeru kepada semua, jgn menuduh membuta tuli, kaji dahulu sebaik mungkin. Jgn hanya mengkritik, tetapi cubalah jadi insan yang intelek. Jika kita xperlukan MPP, maka siapa lagi yang boleh menjadi saluran utk kita menyuarakan pendapat.Maaf kalau terkasar, tp inilah hakikat yang ingin saya sedarkan pada insan yang hanya nampak kesalahan orang lain,tp bkn diri sendiri.
mahasiswa biasa...

Eastguyz a.k.a qelateboyz said...

sekadar berkongsi, alhamdulillah, ade yg bersuara tentng konsert "amal", sy ade kata2 yg sesuai dgn tjuk ni kot, yg mn berbunyi, 'matlamat tidak menghalalkan cara'......ade yang marah, ade yg x setju and ade yg setuju....untuk umat islam, bile kate amal, maksudnya melibatkan ibadah, apabila melibatkan ibadah, konsep ibadah perlu menggunakan garis panduan islam,islam tidak melarang hiburan tetapi islam juga meletakkan garis panduan utk berhibur, knp? adakah atas dasar suke2? adakh islam meletakkn gris pnduan utk membuat diskriminasi terhadap kaum wanita? tentulah tidak, kerana islam sgt teliti dlm setiap perkara, jika konsert amal penyanyi dedah sana, dedah sini...adakah itu amal, islam menjaga maruah seorng wanita sebenarnya, jika dedah sana dedah sini, bknkh itu melambangkan wanita itu *****(terjemahkan sendiri)? anda semua pelajar UMP blh dikatakan ulul albab(orng cerdik pandai), bile berkaitan agama, dipandng enteng, agama dibuat mcm belajar ABC kat tadika, x kene dgn nafsu, mulalh memberontak....jd bg non-muslim, anda boleh utk menderma bg tujuan baik, dlm mn2 agama pn bg smbngan utk orng memerlukan satu amalan baik, jd jika anda nakkan hiburan, anda mesti menghormati agama kami, sebagaimana kami menghormati agama anda.....sjak sy berada di UMP, sy x pnh dgr non-muslim mati sebab x dpt hiburan, sy x pnh dgr non-muslim dilarang menganut agama mereka apabila mereka berada di UMP, kami umat Islam perlu menjaga etika, adab dan akhlak bila berhibur...jd kita same-same menghormati agama masing2, spt yg sy ckp pd awal td Islam teliti dlm setiap perkara, Islam juga menggunakan konsep mencegah lebih baik dari merawat....jika tiada pemisahan antara lelaki dan perempuan, berkemungkinankah akan berlaku pesta yg diluar jangkauan d konsert amal? anda semua diberi akal untuk berfikir lebih jauh tetang perkara ini, jadi jgn kerana anda nakkan hiburan kami sebagai umat islam tidak di hormati...sama-samalah kita ambil pengajaran dari konsert tersebut...dlm erti kate lain, pihak penganjur juga perlu lebih teliti dlm pemilihan artis, supaya konsert amal tidak bertukar menjadi konsert "amal(berunsur maksiat)", sekadar itulah coretan sy, jika ade slh dan silap, ade terkasar bahasa, ade kata2 membuatkan hati terguris, nk mrh sy mntk maaf dari hjng kaki ke hjng kepala, yg mn slh blh diperbetulkan, semoga dgn perbincngan begini dapat meluaskan daya pemikiran kita sebagai seorng mahasiswa...sekian WASSALAM, ma'al taufiq wal hidayah minALLAH....p/s jika x fhm, cari makna dlm kamus bhs arab yeee.....;-)

Anonymous said...

Salam.

Syabas & tahniah kpd saudara Afif dan barisan MPP yg lain.

Abaikan kata2 yg dilemparkan oleh mereka2 (Rowan, Arvin, dan beberapa ekor picisan). Arvin & Rowan tu, mmg r diorg ckap cmtu..mna diorg tau pasal akhlaq..bhibur lebih2 kt pub diorg xde hal..clubbing ke..
tp sape yg beragama Islam ni, wat malu btol la..

Anonymous said...

Masalah segelintir umat Islam: CEPAT MENGHUKUM;
PENILAIAN BERASASKAN EMOSI;
MEMAKSAKAN NILAI KE ATAS ORANG LAIN.

Masalah kebanyakan MPP IPTA Malaysia:
MUDAH PERASAN & SYOK SENDIRI;
BANYAK CAKAP TAPI KURANG BEKERJA;
BANYAK PROGRAM TAPI TIADA KUALITI;
JADI PLATFORM UNTUK POLITIK PERIBADI SEHINGGA PARA PELAJAR DIKETEPI;

dan

PERASAN PANDAI! Tapi lihatlah warkah kepada Naib Canselor dalam entri ini -

Bahasa tunggang-langgang dan bercampur-aduk; Ketidaktelitian tulisan huruf besar dan kecil dll.

maka,

INIKAH MPP YANG PROFESIONAL?

Belajarlah menghormati orang lain,
barulah orang akan menghormati kita.

Menghormati orang lain bukan sahaja dari segi PERTUTURAN, tetapi juga dari segi TULISAN;

Barulah dikatakan kita ada ADAB.

The Think Tanker said...

Assalamualaikum wbt n Salam Mahasiswa peduli



1.I'd like to respon to several comment given by my UMP ians from other races especially Chinese and Indian. you know, MALAYSIA is a democracy parlilamentary and contitiuion monarchy system. i bet all of my clicks will aware with this particular part. Every people are free to talk and voice up their opinion BUT they have to be responsible on what they talk.




2.Islam is the constitition religion.other religions are free to practise their believe. Islam is just not a religion to be practise ONLY in mosque or particular places but we believe IT IS A AWAY OF LIFE.




3.To all my UMPian and every person in Malaysia,please do respect and understand briefly the history,the constitution and any related source before u wanna speak up your mind.Dont hurt the sensivity of Muslim in UMP. i believe how close I am with my clicks from others races and religion. the problematic among us is how far the culture of hedonisme can get through in our beloved UMP.




4.As a muslim,a practic muslim,a muslim who believe of peace,harmony and never pick of slice on issues which isn't worth to fight for.There are seveal comment I read from my friend's blog about the konsert Sinar Peduli.

5.I strongly believe we have to make sure the activities done by anyone in UMP is following the UMP Core Values.Please respect and do understand. I will stand and contionously against a programmes that not goin to benefit the muslim and the student themsleves. This is my stand and I will said it without fear of worry bout the criticsm that will heat on me.

P/S; Kpd anonymous yang banyak CAKAP,sila bertanding MPP n mari kita bawak perubahan kalau anda orang yg benar.
MAHASISWA PEDULI

~ana SoLehah~ said...

^^TrusKan PerJuanGan..

ALLaH Maha Tahu Siapa Yang benar..^^

Anonymous said...

salam..
gua stuju dgn think tanker walau gua xsuke lu,kpd anonymous,lu masuk ar mpp kalo lu brani..
kutuk org blakang2,ckp mpp xbagus apehal..
xpasal2 kutuk2 mpp yg lu tu buat ape..ke lu antara org yg kalah btanding mpp mase diorg menang dulu..kalo kalah,masuk lg..
bkenaan dgn konsert tu,yg pihak penganjur pon bodoh apehal,tibe2 je takot artis saman sbb kansel die punye show yg mengarut tu,,kalo artis tu bleh saman kami pon bleh gak sbb takde bukti yg artis ni dbenar untuk buat show kt sini..artis tu pon dah memg xpemes,1 2 kali stahun bru ade show,memg ar nak tunjuk belang..siap ajak org menari..blah la lu artis...

so,pade yg mbodohkan mpp td,gua cabar lu btanding kalo lu rase lu hebat..

pelajar ump yg aktif di luar..

Anonymous said...

salam..
skang ni asal org kritik jer, suro masuk bertanding MPP..xde modal langsung..
kami kritik supaya anda bole nampak dari sudut pandangan yg berbeza..
apa guna kami lantik anda?? supaya kami senang bersuara..
kesian student UMP, nak buat event power2 x bole..kenapa??
kongkongan dari pihak anda lah..
sume event mesti berlandaskan hukum Islam, tapi mestikah bertemakan Islam???

-bukan budak saham-

Eastguyz a.k.a qelateboyz said...

jd adakah konsert tersebut dijalankan atas hukum islam? adakah budak Saham je yg Islam? Islam untuk semua, jika kamu terima maka kamu islam jika kamu tolak mka kamu bukan islam...semuanya bergantung pd ilmu yg kamu ada....seperti di dlam kuliah jumaat 22/1/2010...islam bukan hnya memegang dan membaca terjemahan AL quran....ttp perlu dipraktikkan dlm kehidupan jika kamu tolak Al quran maka kamu tolak islam...ingatlah dlam surah al baqarah terdapat ayat yg boleh menggentarkan hati umat islam yg mn apabila ALLAH menarik balik cahaya Islam dari kamu maka kamu akan berada dlm kegelapan(kesesatan) yg mn ALLAH tidak akan memberi petunjuk setelah cahaya Islam dan iman kamu ditarik balik...sama-sama kita menginsafi diri...apa yang baik datang dari ALLAH, apa yg kurang, apa yang lemah datang dari diri penulis ini sendiri, jika terkasar bahasa, tersilap tulisan harap lah dimaafkan, kerana penulis hnya manusia yg x terlepas dr melakukan kesilapan...

Anonymous said...

salam..
ok,gua nak tny sape yg ckp nak buat event power2 td event ape yg diorg nak buat tp dpt halangan dr mpp???
kalo lu ckp event yg lu buat tu btol2 xmlanggar islam dan undang2 ump,gua sanggup kate mpp ni xgune...tp,kalu lu buat event yg langgar syariat dan undang2 kampus,lu memg sorg student yg hanya ckp2 blakang dan xgune..

Anonymous said...

salam..
ak rase ump ni ptt tkr je jd uimp(rmai yg ckp mcm ni ye)..ak as student ump ni bknla nk pr0tes pasal islamic2 ni..tp open minded la sket..ak ase mcm t'k0ngkong sgt d0k kt ump ni..psl isu konsert tu..,ak ase xde mende sgt p0wn..ak tgk sume org hepi je..n pakaian si zafrah tu ok je ak ase..bajet dlm ump ni xde org pkai lg advance dr tu ke?n psl pggl2 org nek stage tu,it was part of a performance wut..zafrah dgn alif tu xde t'kinja2 p0wn..bknnye mel0mpat mcm m0nyet p0n..stakat g0yang kanan g0yang kiri mcm k0runk xbiase..lam senamr0bik p0n ade g0yang sane g0yang cni..tu p0n nk kec0h ke?lagi 1,mpp ni sbenanye ape yg k0runk buat ye?ak tgk xde mende p0n yg k0runk wat..kte syg student k0non..mentang2 ump ni kecik b0le r nk wjbkn mende tu la mende nila..xmcm uni2 laen..wat aktvti xpyh wjb2..rmai je stdnt attend sbb pr0gram b'kualiti x mcm ump ni..xikhlas ati km bile dpakse attend ceramah tu la inila..tu bkn carenye..mcm mne la ump nk maju..

Anonymous said...

Mr Thinktanker,

Reading your comment, i'm terribly embarrased.

Is this the level of English written by a so called 'well-read' YDP?

Is the the English you're using when dealing with non-Malay speaking people or during your trip overseas?

You're talking about democracy, but frankly tell me, don't you think that you and your friends are doing the otherwise in UMP?

You hardly accept people differ with you, and when MPP election comes, you and your team started making arrangements and placing candidates of your choice!

I tell you, because of this malpractice, you've painted a black image on your own religion. You want to show that SAHAM is the most dominant group in UMP, but just look, what has SAHAM done for good in UMP? Throwing fear on the non-Muslims by their nearly extreme and narrow-minded approach etc.

Is this what you call DEMOCRACY?

That's why students lost interest in MPP election. And look at you, do you think by showing off yourself with politicians and VIPs, that will make you a good YDP?

As long as SAHAM continue to behave arrogantly with their 'kampung' approach, you'll find no support but hatred and silent protest from UMPians.

One more thing, due to this, people join SAHAM not because of da'wah, but to find platform to step up in campus politics. I know few SAHAM members who show themselves as pious and 'soleh' inside UMP, but behave 180' different outside.

Mr Thinktanker...improve your English, please!

Lousy!

The Think Tanker said...

Mr Anonymous,your skills of debating really disappointed me.

You said Mahasiswa didnt aware of this election?Lose interest in this election??Its easy to critics and its easier critics without facts and figures.

Please update your facts bro...If only you wanna listen to others.

We have the most candidates in election history. 39 candidates and 7 of them camoes from Chinese and Indian.Thatz my facts to prove the student power has arise again.
Dont you see the manifesto last night bro?The huge crowd wih idealism of MAHASISWA really make the candidate a leader.

So based on what facts you have the rights to attactk the student didnt inteterst with MPP election.You can call me lousy or anything but at least I've done my job to make sure all SEMUA KERUSI DIPERTANDNGKAN.I translate for you becoz my English very bad.Do I care bro???huhuh

PlZ la BRO,we are the leader of frontliners UMP sTUDENT.Yeah,to be show off with VIPS n politician,its my right and to respect them n to compliment each other.Dont u understand politics bro??Takkan nak duduk bilik jer mcm Mr Anonymous and become cybertroopers and attatcks withouts any proves.Shame of You.

I stand bravely without fear and everyone can see me,know me,know my phone numbers and etc.I can explain and debate with anyone for any curretnt issues.

How about you bro??You are only pathetic Mr ANONYMOUS...

Critics la with concern and give solution.UMP Election is a free fair election.Anyone can come and fight as one of candidates.No heart feeling bro.You didnt have any rights to accuse SAHAM,BUDAK MASJID,GENG KAKI SEMAYANG N ETC...its really shame on you.Respect others then peoples will give the respect.

My English very bad??Thanks coz atleast Mr ANONYMOUS still can understand.hehehe.Thanks for your critics.

SIAPAKAH ANDA MR ANONYMOUS YANG CUBA MENIMBULKAN PERPECAHAN KEPADA GERAKAN MAHASISWA?TONJOLKAN DIRI ANDA N BERTINDAKLAH SEPERTI ANAK JANTAN!!!

The Think Tanker
Mahasiswa PEDULI.

Anonymous said...

Salam...
Sesungguh nya Allah tidak akan menguji hamba'y luar dr kemampuan kita...
so,,anda perlu lh tbah menghadapi smue dugaan ini...
sya yakin,anda psti dpt tempuhi segala cbran...
Ingat lah,,setiap yg terjadi pasti ada hikmah'y...cume kite je yg xtau..Mybe ape yg tlah terjadi ini akan memberi penglaman yg bru utk anda spya berfikir dhlu sblum m'buat sesuatu prkara...
tidak smue org menyukai setiap prbuatan kte...

sekian...

insan yg b'nama : manusia

tdk lari drp melakukn kesilapan

..(^_~)..

Anonymous said...

The thinks tanker,

Saya mmg terkejut dgn komen yg awk balas disini.Bukan rasa GEMPAK tapi rasa KECEWA & SEDIH.Inikah pemimpin yang UMPians pilih sebelum ini?
Sbg seorg pemimpin bukankah seharusnya sanggup menerima segala kritikan org lain walaupun kritikan negatif?? JIka tiada angin tidak akan pokok bergoyang....Awk sbgai MANTAN YDP tidk sepatutnya mempunyai sikap sebegini...
Berkaitan dgn rmai calon bertanding,kenapa awk begitu bangga dengan 39org calon bertanding dan 7orng calon non-muslim??Adakah itu semua dalam CATURAN awk dan org2 awk??
Saya juga mendapat tahu ada juga dikalangan calon yg masuk bertanding ini adalah DIPAKSA semat-mata supaya kononnya kerusi fakulti itu tidak akan jadi menang tanpa bertanding..dimana keadilan PRK yg awk inginkan??jgn ckp awk tidak tahu..calon itu bermula daftar sbg calon umu lps itu menarik diri tpi dipksa last2 jdi calon fakulti tapi dia sebenarnya langsung TIDAK INGIN..knpa ada jentera yg memaksa.Saya rasa awk tau sapakah calon itu sb bukan kah semuanya dalam CATURAN...
Lagipun,walaupun tahun ini ramai yg bertanding tapi saya tidak nampak yg betul2 berkualitinya mereka..tgklah cara berkempen..boleh pulak bg FREE DADIH dan gula2..RASUAH...RASUAH...RASUAH... knpe tidak ada tindakan??adakah mereka adalah calon SAHAM??
BUkan kami umpians nk band dgn SAHAM.Bagusnya SAHAM dengan menganjurkn progrm ilmiah tapi sygnya ahli2 SAHAM tidak mencerminkan kemurnian nilai2 yg ada..kecewa sgt...Kalo mcm ini bgaimana kita inginkan org non-muslim utk menerima kita??bukankah mereka akn lebih benci??
Saya bukan ingin menimbulkan perpecahan..tapi ini realiti...jgn sesekali inginkn semua menerima semua prgrm kena berkonsepkan ISLAM.Sya rasa mereka dapat menerima nilai2 islam tp bkn konsep islam..
Lepas itu,psl laungan HIDUP MAHASISWA pula lagi best..saya pun ada dlm cafe ari ini dikalangan rmai2 itu..saya lihat yg begitu semangat laungkan itu semuanya yg dah lepas makan DADIH @ gula2 yg diberikn oleh calon2 nya...wahaha

Anonymous said...

salam..to all muslim and salam 1 malaysia for all....

i'm not a pro to critic all this kind of comment and also about blogger post..first of all..to all Anonymous,i'm agree with those Anonymous..they speak the truth...but i'm so disappointed with the all ex- mpp leader..i was threat by them once..and from that time..i swear to myself..dont ever respect them...but for this narrow minded post..its really make me wanna puke..dude..i'm also muslim..i'm not going clubbing..i'm not that social even do any skin contact or body contact with non-muhram..but i think your expectation for ump is really low..do u think all umpian muslim are that bad??going clubbing??body or whatever hell contact??and do u think you already perfect enough to comment others muslim behavior??no!!..u and i,we are same age..i know what human want in their ageno!!!..sorry to say..i'm also a silence observer in ump..u know what..some "alim" student are hypocrite!!..why i said like that??in front of others..really "sopan",but who know what happen behind the curtain ??anyone can tell me??they also a human..ok let me tell u something..most of myfriend got this message yesterday, "SALAM,UNDILAH SIPOLAN..SIPOLAN...SIPOLAN..SIPOLAN...DAN SIPOLAN..INSYAALLAH HIDUP ANDA AKAN DIBERKATI"..i said WTH??they try to bribe us??sorry to say,,,i got info..that message from SAHAM people to promote their candidates..be fair la dude..people know what is the best for their life..and for me i was really regret with my votes for you last year..do i need a leader who's only know how to critic people??i think i dont need them..ALLAH is the best judges for the whole world...hey afif..correct your mistake before talk bad about others..if u really want to follow RASULULLAH..do u know his history??do u know how he spread ISLAM??do u know how he threat the non-muslim??is he a criticizer just like u ??he is the best leader i've ever known..as a muslim i'm so ashamed with you..UMP is not a university with all muslim student..u need to consider this...we got chinese,indian and other races..show your respect to them..and show that muslim leader is the best..dont be small minded people..not all muslim is bad as u said..i'm really regret and ashamed with all SAHAM people and u.yes u....and also your follower...respest ISLAM..do not make people lose respect with muslim leader..dont u understand??

oh ya,about the mpp threat..last sem, i was choose as a candidate for one course...that mmp said to me..yeah..your participate in that course has been confirm..but i got no notice ..they even ask me to do stupid essay..and so on..but at last ..one day before the course..i called the staff and the staff said, "sory ye dik, mpp xde bgtau ke?derang dh pilih org lain"..i was like want to punch that mpp face..shame on you...do your work perfectly..i was a leader once..and i know how was it..but please do not make others life in trouble..because of that course..i'm finished up my daddy money for that course(to buy shoe and some formal clothes)..i hate mpp right now..i just hope next batch will be more responsible and know what leader need to do..not be a criticizer T_T..and for now..i already lose my respect and believe toward mpp and SAHAM...

~hamba Allah yg masih jahil~

Eastguyz a.k.a qelateboyz said...

tabarakallah, masyaALLAH, bgitu rmai manusia, tetapi berapa ramai yg fhm tntng agama, jike pakaian yg jelas2 ditegah didalam al quran masih lagi ok, ape maknanya? bile bercakap tentng agma msti berpndukan al quran dan assunnah, bkn mengikut, minded seseorng...walhai ulul albab, baliklh kpd ajaran islam...islam cukup teliti dlm semua perkara, ada rasa terkonkong bile berada di UMP, ingtkah sdara/i pd lubng kubur yg bakal sdra/i hadapi, betapa keciknya lubng itu berbnding ump, prnhkah terbyng bile ditnya, kemana masa mudamu dihabiskan? xkn nk jwb, pg konsert amal,yg pnyanyinya berpakaian ok x advanced sgt, tp sy buat amal, sy menderma....ok ape dr sesiapa yg x pg...adkh ini jwpn kita di hadapan ALLAH? nak berubah bermula dr paksaan, lme kelamaan insyllh, x prlu kene pksa, x perlu kne wjibkan....mknanya pelajar dtg dgn rela hati...sbb dia mula fhm, bile ade ceramah ada ilmu, bile ade ilmu ade phla, bile ade phla benda ini yg akan mendekatkan diri pd ALLAH, sblm kite kate orng lain x de nilai2 murni, ape kate kita tgk diri kita dulu, antara aku dgn dia siapa lebih baik? islam sgt indah bile disulam dgn keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH...sy bercakap bukan atas dsr nk tnjk hebat dop, tp berckp ats dsr tnggngjwb sbgai akhul muslim, islam x penah larng konsert , nk pkai cm zafrah pkai la, tp syaratnya, msti tertutup n semua penonton perempuan....nk pnggil siapa pn pngggil, tp syarat yg diletakkan perlu ikut, bgtu jugak senamrobik, jika boleh perempuan kat tmpt tertutup dan nk gyng cm inul pn boleh jika tiada lelaki, indahnya islam jika fhm kn? stkt thu islam mmg ump xkn maju, nk maju biarlah smpai ke akhirat, ump maju didunia, tp disana, yg mnjdi bhn bkar ialah dak2 ump yg x kisah yg mn halal dan yg mn haram...nauzubillah min zaalik.. adakah berbaloi dgn konsert yg kite anjurkan last2 konsert itu yg menyebabkan kamu ke dlm neraka....sesungguhnya janji ALLAH itu benar....ape yg baik dtg dari ALLAH ape yg bruk yg kurang dtg dari diri penulis sndiri....
-bukan sbg budak SAHAM, tetapi sbg umat ISLAM-

Anonymous said...

kpd insan diatas...
islam2 ko pun, facebook yahudi tu ko main gak...hahaha..
mula2 aku respek dgn ilmu ko..ok..
last2 aku tgk blog ko, ade tag facebook la pulak... blah la wei..!!!
skrang ni mmg camtu, sembang agama cam otai..tp saham yahudi g tabur gak..
camne anda nak jwb dlm kubur nnt????

Anonymous said...

muslim yang menyangkal hukum al-quran dan as-sunnah.. da tau kan apa hukumnya kan..

buka aurat di khalayak ramai is ok? hurm... fikir sekali lagi... rasa-rasanya tu style orang kafir.. kalau kau setuju yang buka aurat di khalayak ramai tu takpe, kau dengan orang kafir xde beza la. lain la kau non-muslim, aku minta maaf la.

aku pun bukan muslim yang sgt2 beriman, tapi aku tak pernah nak menyangkal hukum agama. bagi yang muslim, kalau tak dapat ikut, tak payah la nak bangkang or menentang hukum agama. jangan tunjukkan kejahilan anda. lagipun korang da tahu kan apa hukumnya menentang hukum agama?

fikir-fikirkanlah..