Thursday, January 28, 2010

Apakah itu pemimpin??

Assaamualaikum wbth dan selamat sejahtera...

Setiap manusia yang berada di muka bumi ini adalah khalifah. Semua orang tidak kira perdana menteri, pensyarah,guru, polis, mahupun pengemis sekali pun adalah pemimpin. Kalau bukan pemimpin kepada sesuatu organisasi, ianya tetap sebagai pemimpin keluarga , pemimpin kepada adik beradik atau pun sekurang- kurangnya pemimpin kepada diri sendiri.

Mengapa penting sangat untuk memilih pemimpin??

Kebanyakan orang kurang mengetahui, mengapa kita perlu mengundi?? mengapa perlu memilih pemimpin yang benar-benar layak?? sedangkan solat yang 5 minit itu pun kita perlu melantik seorang imam melalui syarat-syarat yang ditetapkan seperti baik bacaan fatihahnya, berilmu, bukan ahli maksiat dan sebagainya. Apatah lagi ingin melantik seorang pemimpin sebulan, 6 bulan, setahun atau pun 2 tahun sebagai pemimpin.

Apa yang perlu ada pada seorang pemimpin adalah hubungan yang kuat dengan yg maha pencipta ( mcm nilai teras UMP plak..hehe) . Mengapa pentingnya perkara ini?? kerana kita tidak mahu orang yang memimpin kita hanya mereka yang pandai berkata-kata, mereka yang hebat dari segi pengurusan, pemikiran tetapi dari segi solatnya, akhlaknya kurang memuaskan. Hubungan yang kuat dgn yang maha pencipta boleh dikatakan sebagai perkara basic bagi setiap pemimpin, malah kepada semua manusia. Bak kata bekas Rektor KUKTEM yang lepas, kalau dengan tuhan di boleh tipu, apetah lagi saya yang hanya manusia biasa. Itulah jawapan yang diberikan kepada beliau mengapa soalan pertama dalam interview staff baru, " solat 5 waktu cukup x?". Ini lah soalan basic yang perlu dilepasi sekiranya menjadi seorang pemimpin. Hal ini kerana bukan mudah untuk menjadi pemimpin. Mungkin sampai satu tahap, anda akan diuji dalam organisasi andi dengan ujian yang sangat mencabar.Ya, pentingnya kita membeli dan membaca buku-buku matovasi. Tetapi manusia ini diciptakan sampai kepada satu tahap, hati nurani ini hanya boleh diubati dengan kasih sayang dan petunjuk dari Allah S.W.T.

Sifat yang seterusnya yang perlu ada pada setiap pemimpin adalah mudah menerima kritikan orang lain dan tidak cepat melatah. Satu lumrah kepada pemimpin apabila berdepan dengan situasi yang sangat tertekan, menerima kritikan, kutukan dan sebagainya. Namun begitu, ape yang penting adalah sejauh mana kita menghadapi cabaran-cabaran kepimpinan ini. Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang pemimpin agung dan sempurna bagi orang muslim. Dan baginda juga mendapat pengiktirafan daripada orang bukan islam didalam satu kajian tentang pemimpin paling berpengaruh di dunia dan Nabi Muhammad adalah pemimpin no 1. Baginda walaupun sempurna akhlaknya, menerima wahyu terus daripada Allah, namun baginda tetap mempunyai musuh. Baginda tetap menerima kritikan, kutukan daripada orang-orang munafik dan kafir quraisy pada zaman tersebut. Cuba kita banding kan diri kita dengan baginda, adakah layak kita sebagai manusia yang mempunyai banyak kelemahan dalam diri, takut untuk berdepan dengan kritikan,masalah dan juga takut untuk mempunyai musuh?? renung-renungkan lah, cabaran kita zaman sekarang jauh lebih rendah jika mahu dibandingkan dengan zaman baginda.

Apapun, setiap tindakan kita, setiap keputusan yang dibuat pasti akan disoal di akhirat kelak. Siapa pemimpin yang kita pilih?? mengapa engkau pilih beliau?? semuanya akan ditanya oleh Allah S.W.T.. Oleh itu,jadilah mahasiswa cakna, mahasiswa yang sayangkan agama, bangsa dan negara. Wallahu'alam.Wassalam

No comments: