Pada pagi itu,
seperti mana pagi-pagi yang lain,
aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
" Assalamualaikum", seru Subuh.
"Waalaikum salam", sahutku.
Dan kami terus berpelukan,
tanda rindu serta kasih sayang.
Ku tanya khabar Subuh,
bagaimana keadaannya mengembara,
dari 1 tempat ke 1 tempat?.
"Tadi..", kata Subuh dengan sayu,
"aku baru sahaja melintasi 1 tempat,
ku cari tempat persinggahan,
ku ketuk bilik-bilik yang sunyi,
tetapi satu pun tidak ada yang mahu,
menerimaku sebagai tetamu " .
Dan air mata Subuh pun berlinangan.
Dan Subuh merenung mataku,
mengharapkan sesuatu dari ku..
Aku fahami maksud Subuh,
dan akur dengan penjelasan Subuh.
Moga Subuh sudi menziarahi aku lagi esok hari.
^_^ :-) ^_^
Hello world!
8 years ago
2 comments:
subhanallah..semoga subuh sentiasa menziarahi kita semua~
ermm ramai yang terkantoi subuh, sampai ada pulak subuh gajah la, subuh anak gajah la.. kenapa payah sangat dengan subuh ni... moga dijauhkan dari meninggalkan subuh..huhu
Post a Comment