Sering kali ada yang bertanya, atau pun ingin mengetahui tentang perkara-perkara yg ada dalam ajaran Islam terutama sekali dalam bab solat.
“ Bro, aku nak tanye skit kat ko blh , bro? “ Tanya si A.
“ tanye la, insyaallah kalau aku tau, aku akan cuba jawab.. “ jawab si B.
“ Aku peliklah, kenapa orang Islam sembahyang, kenape lelaki mesti duduk depan. Perempuan plak kene dok belakang… bukan kah itu menindas kaum wanita.. “
“ Adakah islam menindas kaum wanita?? “ sambung si A.
“ Owh, berkenaan solat dalam Islam ini.. Act yg pertamanya, kedudukan lelaki dan wanita dlm solat adalah PERINTAH drpd Allah dan rasul .. “
“ Dan Islam sekali-kali tidak pernah menindas apatah lagi menzalimi golongan wanita tetapi Islam sangat menghormati wanita malah melindungi mereka.. ^_^ “ Jawab si B.
“ Aku still x faham la bro, kalau x menindas kenape pompuan dok belakang.. kalau melindungi, mestilah lelaki yg duduk belakang , kan.. br la adil.. “ ujar si A.
“ ok, ok.. menjawab persoalan yang bro tanye tadi, saya bagi satu analogi berkaitan apakah hikmah Allah memerintahkan wanita di belakang dan lelaki dihadapan…”
“ Orang Islam beribadah, mestilah khusyuk dan focus sepenuhnya kepada Allah S.W.T… kerana pada ketika itulah waktu hambanya berinteraksi dengan- Nya.. “
“ aku bagi contoh, cube solat kejap lagi wanita akan sembahyang dihadapan, lelaki akan bersembahyang dibelakang …. Apabila time rukuk sahaja, agak2 ape yg akan berlaku?? “ Tanya si B.
“ ape yg akan berlaku?? “ jawab si A.
“ maka makmum lelaku yang solat dibelakang wanita ketika rukuk ini semuanya akan memandang kearah kiblat..kerana apa, kerana wanita dihadapan mereka sedang rukuk.. cuba bayangkan apabila wanita dihadapan sedang sujud, maka semua makmum lelaki perlu buat sujud sahwi.. “ terang si B.
“ kenape pulak?? “ Tanya si A.
“ Sebab dieorg lupe jumlah rakaat mase solat… huhuh “ Jawab si B.
“ hmm, betul jugak.. “ ujar si A.
“ Dalam hal ini, Islam secara halusnya telah melindungi kaum wanita.. sbg buktinya, aku blh katakana dimana wanita lebih kuat berbanding dgn lelaki.. “ jawab si B.
“ eh, kenape pulak ko cakap mcm tu ??” Tanya si A.
“ Yela, kalau kt lihat skrg wanita sembahyang dibelakang lelaki.. apabila lelaki sujud atau rukuk, adakah kekusyukan mereka ( wanita ) akan terganggu?? Tidak, mereka kuat dr segi dalaman.. sebab itu mereka tidak merasa apa-apa apabila lelaki sujud atau pun rukuk malah mereka kekal khusyuk “
“ tetapi sekiranya lelaki dibelakang, wanita dihadapan.. apabila wanita rukuk atau sujud, apakah yg akan berlaku pada lelaki?? Fikiran mereka akan terganggu dengan melihat wanita dihadapan sedang rukuk atau pun sujud… inilah fitrah seorang lelaki yang tuhan ciptakan”
“ dan inilah tanda keadilan, kebijaksaan Allah melindungi wanita, meletakkan sesuatu pada tempatnya, dan berlaku adil kepada lelaki dengan meletakkan mereka dihadapan agar dapt terus khuyuk kepada Allah ketika solat.. ^_^ “ Terang si B dengan panjang lebar.
“ Betul jugak ape yg ko cakap tu bro.. aku ingatkan islam memang meletak taraf wanita tu kat belakang, rupenye ada hikmah disebaliknya dengan susunan mcm tu.. “ujar si A.
“ tapi bro, kenape dah duduk sebaris yang sama.. lelaki dan wanita bercampur dlm saf yg same?? Baru la Nampak adil..” Tanya si A.
“ o0o, berkenaan perkara ini.. kt review balik apakah tujuan solat ini.. ia adalah utk bermunajat kepada Allah dan Nabi Muhammad S.A.W menyuruh agar umatnya solat dengan khusyuk apabila menunaikan sembahyang.. “
“ sekiranya lelaki dan wanita bercampur dlm saff yang sama, duduk sebelah-sebelah.. aku bagi contoh, sembahyang kejap lagi ada sorang awek atau mak cik sembahyang sebelah aku.. dlm islam, apabila solat kene rapatkan saff.,. agar ikatan saff itu tidak putus dan menunjukkan kesatuan.. apabila tiba pada rukuk, maka bahu atau lengan aku ni akan bersentuh dengan org sebelah, iaitu mak cik tadi tu la.. maka, terjadilah satu ‘ kejutan elektrik’ pada badan aku.. huhu ..” terang si B.
“ haha.. “ suke si A.
“ Jadi, inilah hikmahnya mengapa lelaki dan wanita tdk boleh solat sebelah-sebelah.. mmg xkan khusyuk solat tu nnty..lelaki dan wanita kan mcm magnet, umpama cas negative dan cas positif… ^_^ “ ujar si B.
“ lagi satu aku nak tanye, kenape lelaki je yg blh jadi imam.. pompuan tidak layak ke?? “ Tanya si A.
“ Satu soalan yang sangat baik. ^_^ … “jawab si B.
“ Untuk pengetahuan bro, act wanita boleh menjadi imam… bukan x boleh.. tetapi dengan syarat makmumnya adalah dikalangan wanita sahaja.. ^_^ “..
“ tetapi sekiranya ada lelaki, maka lelakilah yang akan menjadi imam.. aku bagi contoh, kalau lelaki tu nak jugak jd makmum, dan pompuan yg jadi imam… maka lelaki tu mestilah duduk dibelakang imam dan makmum wanita dibelakang makmum lelaki.. perkara yang sama, apabila imam wanita itu rukuk, apakah yg akan terjadi kepada pandangan dan kekusyukkan makmum lelaki tadi?? Huhu “ terang si B.
“ makmum laki tu akan tgk kat imam pompuan tu la.. rezeki jangan di tolak.. haha “ ujar si A.
“ ha, sebab itulah hikmahnya wanita tidak menjadi imam sekiranya ada makmum lelaki tetapi tidak menjadi masalah wanita jd imam hanya dikalangan wanita sahaja.. ^_^ “.. terang si B.
“ cube tanya kepada wanita, selepas mendengar penerangan ini, sekejap lagi solat adakah mereka nak solat di hadapan atau dibelakang??? Yang mana yg akan melindungi mereka, mereka solat dibelakang atau dihadapan?? “ sambungnya.
“ wah, hebat-hebat.. xpernah plak terfikir perkara ini.. kalau mcm tu, it is better to the women to staying at the back.. “ ujar si A.
“ Tambahan dr saya bro, islam tidak menilai seseorang melalui darjatnya… kalau kita lihat senario dalam dunia ini.. “
“ contoh yang pertama, apabila kita nak naik kapal terbang.. siapa yang akan duduk di bahagian hadapan.. ianya adalh utk ‘bisness class ‘… yang ekonomi klass semuanya duduk belakang..”
“ kalau kt pegi ke tempat wayang, VIP seat akan duduk di mana.. duduk di bahagian belakang agar mudah utk die tgk screen tetapi utk golongan yg lambat, biase2 dan tiket murah akan dapat duduk di kerusi hadapan yg berdekatan dengan screen…”
“ contoh yg lain, apabila kita ada kereta mewah dan ada driver… siapa yg akan duduk di hadapan?? Driver yg di hadapan dan bos akan duduk di belakang…”
“ oleh itu, kedudukan mengikut darjat ini adalah tidak blh di ukur duduk depan itu mulia atau pun di belakang itu mulia.. dalam islam semua manusia adalah sama disisi-Nya, kalau solat tidak kira engkau hanya pencuci tandas, driver bas, seorang menteri, pengemis, hatta perdana menteri sekali pun,… itu semua bukan menjamin yg anda berhak mendapat di saff yang dihadapan mahupun di belakang.. apatah lagi utk memasuki syurga, tidak di ukur dengan harta dan pangkat yg diperolehi.. semuanya berdasarkan taqwa… inilah adilnya islam.. ^_^_^ “ terang si B.
“ Firman Allah S.W.T , ‘Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).’ Petikan drpd surah Al-Hujurat 49 : 13 … “ Tambah si B.
“ terima kasih bro atas penerangan.. act persoalan ni dah lama timbul dalam fikiran aku, kenapela orang islam ni zalim sangat terhadap wanita.. letak wanita kat belakang, x blh jadi imam.. Tetapi selepas bro terangkan serba sedikit tentang islam ini, aku pun faham la skit2 kenape dan mengapa islam itu menyuruh umatnya buat begitu.. Thanks you much much bro.. arigato … haipp .. “ ujar si A.
“ Sama-sama.. anything just message or call me… no prob.. sama-sama kita saling berkongsi ilmu dan memhuraiakn ape yang tersimpul berkenaan agama Islam.. ^_^_^_^ “
Wallahu’alam.
5 comments:
LIKE!!
prkongsian yg bek..
Santai, teruskan menulis dan memberi!
~Salam..teruskan perjuangan..
perkongsian yang baik. teruskan perjuangan...
Post a Comment