Islam adalah agama yang sangat indah, sejahtera, dan merangkumi segala aspek kehidupan iaitu daripada soal ibadah sehinggalah kepada cara makan dan masuk ke dalam tandas… Begitulah kesyumulan Islam yang terang & jelas yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada umat manusia melalui Kitab suci Al-Quran dan As-sunnah.
Dalam beragama, terdapat beberapa factor untuk seseorang itu beragama samada Islam, Kristian, Buddha, Hindu atau sebagai. Antara faktornya ialah :-
1 * - Dilahirkan dalam keluarga yang beragama berkenaan
2 * - Menganut agama tersebut selepas membuat kajian
3 * - Hendak berkawin dengan penganut agama tersebut
4 * - Mahu mencuba ( try and error )
5 * - Dan lain-lain
Oleh itu bukanlah menjadi kesalahan sekiranya kt menganut kerana tujuan asalnya adalah untuk berkahwin, ikut kawan dan sbgnya. Ianya diaangap langkah awal utk mengkaji mahupun ianya cara utk Allah memberikan hidayah kepada hamba-Nya dlm jalan kebenaran ( bg yg menganut Islam).
Jadi, antara perkara yg saya cube hightlightkan disini ialah berkenaan mereka yang dilahirkan dalam keluarga Islam dan menganut agama Islam dari kecil lagi. Oleh yang demikian, maafkan saya sekiranya saya mengatakan terdapat segelintir daripada mereka yang mengunut islam adalah kerana mengikut keadaan dan kehendak keluarga yang sudah Islam daripada kecil ( Islam mengikut budaya ).
Tetapi bukanlah menjadi suatu kesalahan cumanya adalah lebih baik sekiranya kita menganut dan beramal dlm agama Islam ini berdasarkan kefahaman dan kajian yg telah dibuat. Terdapat beberapa persoalan yang sering timbul kepada mereka, antaranya ialah :-
1 * - Kenape kene sembahyang 5 kali sehari?? Lagi-lagi solat subuh…
2 * - Kenape kene pakai tudung?? Kenape lelaki x blh pakai seluar pendek?? Menyusahkan je
3 * - Kenapa perempuan islam x blh menyanyi?? Dimana hak kebebasan dlm islam??
4 * - Kenape islam benarkan lelaki kahwin 4?? Pompuan boleh 1 je.. kenapa x dua dua blh kawin 4??
5 * - Kenape harta pusaka anak lelaki dapat lebih dprd anak pompuan.. macam x adil je..
6 * - Kenape x boleh minum arak?? X blh makan babi??
7 * - Islam ni mengongkong umatnya..
8 * - Kenapa Nabi Muhammad boleh kawin lebih daripada 4??
Banyak lagi persoalan yang timbul dikalangan masyrakat bukan islam malah dikalangan orang islam sendiri.
Persoalannya :- Salahkan seseorang penganut agama Islam ingin bertanyakan soalan-soalan sebegini?????
Berdasarkan cerita dan pengalaman yang didengari, ramai kawan Islam saya yang lain dimana mereka sangat taat dengan perintah Allah, menjaga amal ibadah dan sebagainya. Namun, disebabkan mereka beramal adalah disebabkan ikut-ikutan dan tidak pernah mengetahui mengapa mereka membuat demikian, maka timbul persoalan dihati mereka, kenapa aku kene buat ini?? Kenape x macam tu.. kenapa x macam ini??
Contohnya, seorang rakan saya cuba bertanya tentang ajaran agama islam kepada seorang ustaz atau pun guru agama, “ Ustaz, boleh x saya nak Tanya sesuatu.. kenape Rasulullah boleh kawin daripada 4, tetapi umat die hanya boleh kawin 4?? “ . Namun, jawab biase yg akan dijawab oleh ustaz itu, “ Astaghfirullah al-azim, kenape dgn awak ni.. kamu ni orang islam ke x.. kenape nak pertikaikan perkara tersebut.. kamu percaya, ikut sudah la.. jangan nak Tanya soalan bukan-bukan … “ . Sound familiar??????
Salahkan murid tadi bertanya tentang ajaran islam?? Beliau bertanya bukan kerana tidak percaya atau meragui perkara tersebut, tetapi untuk mendapatkan kepastian dan sebabnya.
Dalilnya :
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Al-Baqarah 2: 260 )
Berdasarkan dalil diatas kita dapat melihat dimana Nabi Ibrahim berbicara dgn Allah dan meminta Allah menunjukkan kekuasaan-Nya kepada baginda. Adakah Nabi Ibrahim tidak beriman kepada Allah?? Adakah baginda tidak yakin?? Bukan, baginda sangat beriman kepada Allah tetapi baginda ingin menambah keyakinan dan meningkatkan ketaqwaan dalam diri baginda.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". ( Surah Al-Baqarah 2 : 30 )
Dalam ayat diatas menunjukkan malaikat berinteraksi dan bertanya kepada Allah tentang penciptaan manusia sebagai khalifah. Adakah Malaikat tidak bersetuju dengan Allah?? Tidak, malaikat ingin tahu hikmah mengapa Allah buat demikian.
Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku). ( Surah Al-A’raaf 7 : 143 )
Berdasarkan dalil diatas, adakah nabi Musa tidak yakin dengan Allah S.W.T??? tidak, bahkan Nabi Musa tersangat yakin dengan Allah S.W.T.. baginda ingin menambahkan keyakinan dan ketaatan kepada Allah.
Oleh yang demikian, salahkan kita sekiranya kita bertanyakan sesuatu tentang agama Islam??? Kenape kene pakai tudung?? Kenape kene puasa sebulan?? Jawapannya tidak salah! Malah umat Islam digalakkan untuk mengkaji ajaran Islam itu agar keyakinan dan juga salah faham kita dalam agama Islam akan terlerai setelah sekian lama menghantui dalam jiwa kita. Dan bertanyalah kepada mereka yang berilmu dan ‘ahli’ dalam bidang tersebut .
Dan sekiranya kita ditanya sesuatu soalan, tidak kira daripada non muslim mahupun rakan-rakan seislam dengan kita berkaitan sesuatu perkara yang kita TIDAK TAHU jawapannya, maka katakana sahaja anda tidak tahu dan cuba mencari jawapan kepada jawapan tersebut . JANGAN GORENG JAWAPAN SEKIRANYA ANDA TIDAK TAHU!!! Setiap soalan dalan agama Islam ada jawapannya.
“ Beramallah dengan kefahaman, bukan ikut-ikutan”
2 comments:
err..bleh trngkn dgn lbih rngkas dn pdat x??
cthnye mcm syarahan..pendek tp padat dan org mudah fhm..wasalm...
salam..
insyaallah akan cube diterangkan dengan lebih ringkas... cume nak penerangan lebih lanjut berkenaan yg mane ye..
Post a Comment