Friday, November 6, 2009

Salahkah baru datang masjid pd minggu exam??

Apabila menjelangnya minggu peperiksaan ataupun waktu saat mahasiswa menghadapi saat-saat genting seperti presentation dan sebagainya, senarionya insyaallah masjid ataupun surau di sesebah universiti akan penuh disebabkan iman dihati masih lagi menganggap Yang Maha Pencipta dapat membantu mereka dalam menghadapi tekanan tersebut. Namun persoalannya disini, salahkah mereka berbuat sedemikian?

Ya benar, jangan jadikan Allah itu sebagai kuli. Apabila senang, lupakan Dia. Apabila dalam keadaan yang sukar, barulah kita mencari Dia. Namun, mengapa keadaan umat Islam pada dinihari semakin lama semakin lemah???? Kerana sifat buruk sangka sentiasa beradu di dalam hati. Sebagai contoh satu kisah seorang pendakwah terkenal dalam menegakkan Islam, Brother Shah Kirit Kakulai Govindji dimana beliau sebenarnya ingin memeluk Islam kerana ingin mengahwini wanita melayu. Dan dipendekkan cerita, apabila hampir dengan hari pernikahan, bakal ayah mertuanya bertanya, “ apa jaminan engkau sebagai ketua keluarga kelak dalam membimbing anakku sedangkan engkau baru sahaja mengenal Islam? “. Maka jawabnya, ” sekiranya aku tidak jadi berkahwin dengan anakmu, maka aku sesekali tidak akan berpaling sebagai penganut Islam kerana sekarang aku benar-benar dalam proses menghayati keindahan dan kesempurnaan Islam.”

Apa yang ingin di sampaikan disini, hidayah adalah 100% milik Allah. Kita hanya berusaha dan berbaik sangka terhadap perbuatan seseorg selagi mana ianya jelas kearah kebaikan. Tidak kira sama ada mereka yang akan menghadapi peperiksaan dan sebagainya hanya datang ke masjid pada waktu susah sahaja, kerana ingatlah hidayah Allah boleh datang dalam pelbagai cara. Mengapa pertikaikan kawan serumah kita hanya datang ke masjid untuk solat terawih sahaja tetapi tidak solat fardhu maghrib dan isya’. Mengapa perli kawan sekelas kita yang hanya datang ke masjid semasa hari sebelum exam sahaja? Dan mengapa pertikai tentang kewajipan mahasiswa hadir solat subuh berjemaah semasa minggu Orentasi sedangkan selepas minggu orentasi mereka tetap subuh dirumah dan kadang-kala tidak solat langsung. Itukan x ikhlas??
Ingatlah sahabat, manusia sentiasa memerlukan tarbiyyah diri. Sentiasa memerlukan peringatan dan memerlukan latihan dalam menghadapi dunia dinihari. Malah imam Syafie juga walaupun ilmunya tinggi, tetapi dalam masa yang sama beliau turut pergi menuntut ilmu dengan guru yang lain.

Sahabat,mungkin dengan kehadiran mereka untuk solat terawih pada bulan ramadhan, Allah akan kurniakan kemanisan iman dalam beribadat kepada mereka. Mungkin apabila mereka hadir ke masjid pada minggu peperiksaan, perasaan kebergantungan dan keyakinan dengan bantuan Allah itu akan terus meresa kedalam jiwa mereka. JANGAN BURUK SANGKA wahai muslimin!! Apa yang perlu dilakukan, sama-sama kita bina ukhwah dengan mereka, raikan kehadiran mereka secara positif bukan negative ( lame x nampak, baru nak datang masjid ke ) dan mendoakan supaya mereka terus istiqamah dalam mengabdikan diri pada Allah.

Jangan sesekali mengatakan “ mereka hanya ingat Allah hanya pada waktu susah”. Zahirnya memang begitu, tetapi salahkah?? Memang tidak sepatutnya, tetapi itulah salah satu saluran ataupun jalan bagi Allah mengurniakan hidayah. Kerana disini kita perlu lihat, adakah dengan kita memerli golongan ini semasa di kuliah maghrib atau kuliah zohor akan dapat menyelesaikan masalah atau lebih membuatkan mereka lebih jauh dari masjid; atau pun kita sama-sama bersangka baik terhadap golongan ini agar terus istiqamah di jalan Allah. Bak kata pepatah, ‘ lebih baik ada buat dari x buat walaupun tidak ikhlas’, ‘klu x blh buat semua jangan tinggal semua’.

Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Ustaz Hazmi Dibok, iaitu salah seorang tempat rujukan hambo dalam ilmu agama. Beliau mengatakan setiap manusia memang akan bermula untuk beramal kerana manusia. Tidak ada satu manusia pun mula-mula beramal terus dlm keadaan ikhlas. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang baru berumur 6 atau 7 tahun disuruh oleh ibu dan ayah nya untuk bersembahyang walaupun hanya dengan gerakan atau sembahyang secara zahir sahaja kerana itulah didikan yang sepatutnya diberikan kepada mereka sebagai pengenalan. Persoalannya, adakah kanak-kanak itu akan lakukan terus mendapat keikhlasan dalam hati?? Pastinya mereka buat kerana disuruh ibu atau takutkan ayah akan memarahi sekianya tidak bersembahyang. Tetapi kesannya, apabila didikan itu meresap atau hidayah Allah itu turun pd jiwa yang keringkan hidayah ini, secara tidak langsung perasaan bukan kerana sesuatu akan bertukar kepada kerana Allah. Aku telah merasai kemanisan sembahyang itu. Aku yakin ini adalah tanggungjawab ku kepada Allah Yang Esa. Terima kasih kepada ibu dan ayah ku kerana mendidikku. Sekiranya tidak diperlaku seperti begitu, walaupun aku tidak ikhlas pada mulanya, maka aku tidak pasti aku akan merasai kemanisan ini. Wallahu’alam.

10 comments:

nur_iman said...

semoga Allah akan memberi ketenangan, dn cahaya buat mereka untuk terus sentiasa melangkahkan kaki ke rumah Allah.. insyaAllah.. yg soleh dan solehah itu belum tentu akan soleh selama-lamanya. dn yg tidak soleh itu belum tentu tidak soleh selama-lamnya.. boleh jadi dgn hidayah Allah.. yg tidak soleh akan menjadi soleh.. begitu sebaliknya. apa yg penting, sama2lah menjaga hati dan amal agar diri ini sentiasa dilindungi dan snts terdorong ke jalanNya.. wallahu'alam

Anonymous said...

Apakah sebenarnya maksud anda? Maaflah saya tak dpt faham intipati kiriman anda...

Anonymous said...

niat mesti laa kene betul, insyaAllah..
Ikhlaskan niat, Allah akan beri ptunjuk...

IkHwAnUl mUsLiMiN said...

Salam...secara ringkasnya, ape yang saya maksudkan adalah jangan cepat buruk sangka terhadap mereka yang sebelum ini jarang ke masjid atau pun bertingkah laku yg kurang baik apabila mereka ke masjid.. didiklah hati kita supaya bersangka baik kepada orang lain.. begitulah Rasulullah bersangka baik kepada penduduk Quraisy Mekah ketika pembukaan kota mekah dengan mengampunkan mereka semua termasuk Hindon, yang membelah jasad Hamzah ketika perang Uhud. Wallahu'alam.

Anonymous said...

salam..
smugo hamba Allah ini juga akn m'prbaiki diri'y dgn hati yg ikhlas...Ins'Allah..

Anonymous said...

maaf la wahai saudaraku, saya melihat komen yg diberi dan komen yg dijawab oleh anda melalui post anda dan apa yg sy dapati lebih kepada kata mengata pendek kata seperti kamu kata saya, saya kata balik kepada kamu .Jadi apa yg ingin disampaikan mulanya berunsur kebaikan menjadi sia-sia bila org lain menjadi marah dan sakit hati, itu pendapat saya, maksud saya disini ialah blog tidak sama dengan cara kita berbicara dimana mngandungi nada suara dan lenggok ayat yg memberi maksud baik dan buruk. Jadi berhikmah dlm ayt2 yg disusun.

Anonymous said...

Pada saya, setiap orang ada cara melontarkan pendapat masing-msing.. pada saya,xde ape-ape masalah dengan artikel atau pendapat yang dikeluarkan kerana ape yang dilontarkan adalah perkara yang benar dan realiti dalam masyarakat kita sekarang.. memang pahit untuk berkatakan sesuatu yang benar, kerana pahit itulah ubat..klu nak tunggu sume org suke, xde sorang pun yang terasa dengan apa yg akan dikeluarkan, maka sampai bila pun teguran x dapat dibuat.. Sahabat,teruskan selagi mana perkara itu memberi kebaikan dan benar. Salam perjuangan

Anonymous said...

maksud saya di sini ya akhi, jangan sampai usaha kita untuk mendekati mereka makin menjauhkan mereka... alang-alang nak tegur biar dengan bhikmah, supaya target tercapai... memang kebenaran pahit, memang namanya ubat itu pahit... anda lebih tahu strategi anda... apa guna kalau org yg kita tegur makin liar dan makin tidak suka, lebih2 lg dalam amar makruf nahi mungkar...

IkHwAnUl mUsLiMiN said...

Salam perjuangan.. terima kasih diatas sumbang saran yang sahabat-sahabat berikan.. insyaallah diri yang dalam proses belajar ini akan memperbaiki dari hari ke sehari..klu nak bandingkan mcm sahabat kita ni, jauh lebih hebat..saya akan terus belajar dr sahabat.. maafkan daku insan kerdil.. =)

IkHwAnUl mUsLiMiN said...
This comment has been removed by the author.