Monday, November 9, 2009

Non-muslim dilarang masuk masjid : Antara ajaran islam & sangka buruk

Isu terbaru yang menggemparkan kita di Malaysia adalah isu non-muslim dilarang masuk ke dlm masjid. Berdasarkan keratan akhbar ‘Utusan Malaysia’ yang bertarikh 6 November 2009 iaitu tentang Statement yang dikeluarkan oleh Pengarah JAIS, Datuk Muhamed Khusrin Munawi bahawa orang bukan Islam dilarang untuk memasuki ke dalam masjid. Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut, izinkan saya menceritakan mengapa statement itu dikeluarkan. Sebelum kite membincangkan sesuatu perkara, perlulah kita mengetahui puncanya terlebih dahulu.

Hal ini berdasarkan salah sebuah masjid di Taman Sri Andalas Klang, telah membuat program dengan menjemput ADUN Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar dimana beliau dijemput untuk berucap di dewan utama masjid berkenaan, Ogos yang lalu.

Disebabkan peristiwa ini, tidak pasti sama ada kerana non-muslim memasuki dewan utama masjid atau pun non-muslim memberikan ucapan didalam masjid kite pun tidak berapa jelas, maka Muhamed Khusrin dilaporkan mengatakan kepada jawatankuasa masjid berkenaan bahawa mereka akan dikenakan tindakan undang-undang kerana membenarkan Xavier berucap di dewan utama masjid berkenaan.

Tambahan pula, Muhamed Khusrin mengatakan bahawa non-muslim tidak dibenarkan memasuki masjid kerana mereka sama dikategorikan seperti wanita yang sedang haid. Persoalannya disini, adakah salah seorang bukan islam memasuki masjid?

Saya tidak maha menyentuh tentang ape yang dikatakan dalam ucapan Xavier atau pun dari segi politik, tetapi persoalan dimana orang bukan islam dikategorikan sebagai wanita yang sedang haid adalah sesuatu yang sangat bercanggah dengan pemahaman saya sepanjang menjadi penganut Islam.

Sebagai contoh, sirah Rasulullah dan para sahabat adanya menceritakan tentang 2 orang badwi ingin bertemu Baginda. Kedua-dua badwi itu belum lagi menganut agama Islam. Tujuan kedatangan mereka adalah kerana ingin mempelajari ataupun ingin mengetahui dengan lebih lanjut apa itu Islam. Kemudia ada sahabat yang bertanya kepada Rasulullah, dimana kedua-dua badwi itu akan tinggal apabila selesai berjumpa Rasulullah. Maka Rasulullah menjawab, biarkan mereka tinggal didalam masjid. Hikmahnya, mereka dapat melihat sendiri dengan lebih jelas bagaimana orang Islam beribadat, bersembahyang, melihat akhlak yang mulia orang Islam apabila bertemu antara satu sama lain, dan mendengar alunan ayat-ayat al-quran yang dibaca oleh mereka yang sedang membacanya di dalam masjid. Selepas beberapa hari, kedua-dua orang badwi itu memeluk Islam bukan dan dikatakan mereka memeluk Islam kerana tersentuh dengan keindahan akhlak penganutnya, cara orang Islam bersembahyang dan juga kehebatan ayat-ayat Allah.

Walaubagaimanapun, non-muslim tetap ada syaratnya apabila hendak masuk ke masjid. Perl beradab apabila berada didalam masjid, menutup aurat dengan pakaian yang sopan, dan juga memakai pakaian yang bersih. Persoalannya disini, mengapa menghalang terus mereka dari memasuki masjid? Mengapa terus buruk sangak dengan mengkategorikan mereka sebagai umpama wanita haid. Sebaliknya, periksa terlebih dahulu tujuan dan juga niat mereka.

Sebagai contoh, saya pernah menyertai mosque tour di Masjid Negara, KL dimana saya ada berbncang dengan beberapa orang sukarelawan yang menjadi mosque tour, mengapa mereka yang ingin melawat masjid Negara tidak dibenarkan ke dalam dewan utama, iaitu tempat solat. Maka jawapan yang diberikan, kerana ada beberapa kes mereka mengganggu orang yang sedang solat, merakam pergerakan mereka yang sedang solat dan membuat bising. Maka disebabkan itulah mereka hanya blh masuk sehingga dihadapan pintu masuk dewan utama. Oleh yang demikian, jawapan yang diberikan adalah wajar kerana utamakan yang utama, periksa yang mana yang lebih mudaratkan. Larangan kerana akan mengganggu orang yang sedang sembahyang, di mana mereka sememangnya dating kerana hendak melawat, mengetahui bagaimana rupa masjid. Tetapi mengapa perlu bersangka buruk direct kepada non-muslim dengan mengungkapkan mereka seperti terlalu hina.

Ramai non-muslim diluar bertanyakan adakah orang islam sahaja yang boleh memasuki masjid? Ataupun apabila sesuatu program di university ataupun dimana-mana tempat diadakah, apabila pesrta non-muslim dijemput menyertainya, mereka akan bertanya, “ eh, boleh ke kami masuk?” , atau orang islam sendiri yang tanya’ “eh, boleh ke orang bukan islam masuk masjid?”. Inilah mentaliti masyarakat sekarang, sedangkan semua orang boleh memasuki masjid.

Kadang-kala non-muslim datang ke masjid kerana ingin berjumpa dengan orang islam untuk bertanyakan tentang islam, mendalami islam, melihat dengan lebih dekat bagaimana orang islam beribadat , tetapi mengapa kita terus bersangka buruk? Hidayah milik Allah, jangan disebabkan sikap sangka buruk atau pun perbuatan menghalang kita ini akan menjadi asbab untuk membantutkan hidayah turun pada orang bukan islam.

Imej Islam juga akan tercemar dimana non-muslim akan memperlekeh Islam, masjid hanya untuk orang Islam. Tetapi tokong Budha, kuil Hindu, dan gereja semuanya boleh dilawati ataupun dimasuki ke dalamnya. Malah saya sendiri ada pengalaman ke salah sebuah gereja di Shah Alam kerana ada talk disana, maka kami disambut oleh orang kristian dan juga pegawainya seperi VVVVIP, lebih hebat dari VIP malah membuat pengumuman tentang kehadiran kami. Cuba bayangkan apabila mereka datang ke masjid, bagaimana layanannya?? Fikir-fikirlah sendiri. Mereka mengalu-ngalukan kedatangan orang lain yang bukan beragama mereka supaya orang itu akan tertakrik dengan agama mereka, mempelajari bagaimana beribadat dalam agama mereka. Tetapi kita orang islam? Bukan sahaja halang masuk masjid, malah menghalau, memarahi mereka apabila bertanyakan tentang Islam. “ Engkau jangan sibuk-sibuk dengan agama aku”, “ Engkau jangan peril agama aku” sedangkan mereka baru bertanyakan sesuatu tentang Islam. Astaghfirullah al-azim. Untuk renungan bersama dan peringatan pada diri yang dhaif ini. Sekadar pandangan peribadi, wallahu’alam.

5 comments:

Kejernihanku said...

Ish2 teruk2 ala pip aku kat sini belajar dalam gereja kot hehe..so dah muak dah masuk gereja..pasal non muslim tak leh masuk masjid tu sebenarnye mentility melayu mcm tu..kat UK ni..especially sheffield dorg siap buat open day for masjid non muslim boleh masuk setiap penjuru masjid and waktu solat pun dorg boleh tgk tp kene senyap..and dorg respect..senyap gak..itu salah satu tarikan untuk dorg masuk islam insyAllah..tp tulah bile dalam hati manusia itu takde rase nak berdakwah mungkin kerana selesa dgn bilanagn umat islam yang ramai kat malaysia..dorg tak rase masjid tu sbg satu medan dakwah..sebaliknya masjid hanya dijadikan solat semata2..hurm,...bile kite berada di tempat yang islam berada pada jumlah yng sikit baru dorg akan tau setiap inci keindahan islam tu dijadikan pedang untuk dakwah and salah satu nye adalah masjid and solat jemaah dorg suke tgk kite solat jemaah mengikut imam ade yang siap respect lagi, mcm mane tau pergerakan seterusnya..semua same..org rukuk semua rukuk padahal semua diam..tak berbicara pun..so sume ni adalah unik huhu..sorry pip panjang sekadar berkongsi pengalaman dari sahabatmu

Sheffield
UK

Anonymous said...

Betul tu afif,abg setuju dengan pandangan afif.Sebenarnya di Malaysia ini mentaliti masyarakat beranggapan bahawa non-muslim dilarang untuk masuk ke masjid.Itu mentaliti masyarakat.

Tetapi yang membuatkan masyarakat semakin bertambah keliru apabila adanya campur tangan politik untuk beberapa kes-kes tertentu termasuklah kes Dr.Xavier ni.....

Apa-apa pun satu penerangan yang amat menarik dikupas oleh afif.Tahniah....teruskan perjuangan...

=)

Abang Fairul
http://syarmil.wordpress.com

asrar humaira said...

itulah masalahnya jika islam hanya pada nama..rasa dgn keluar masuk masjid dah cukup untuk tunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai ilmu yang tinggi di dada..alangkah ruginya..sama2 kita muhasabah diri..

محمد حذوان بن حميدان said...

semoga terus diberi kekuatan utk trs mnulis..amin.. (^_^)

azie said...

salam
kupasan yang menarik.
baru jumpa blog ni.