Tuesday, December 2, 2008

Salah Faham Terhadap ISLAM......

Di sini terdapat pelbagai persoalan yang sering ditimbulkan tentang agama islam...apakah persoalannya?? Sekiranya kite menerangkan tentang islam pada non-muslim malah kepada muslim itu sendiri, mereka masih lagi terdapat pelbagai persoalan tentang agama islam maka peratusan untuk mereka menerima apa dikatakan itu adalah sedikit. Analoginya, gelas yang kotor apa bila dituangkan dengan air yang bersih. Adakah kita sanggup meminumnya walaupun air yang dituangkan itu adalah air yang suci dan bersih? Untuk meminumnya,kita perlulah membersihkan terlebih dahulu gelas yg ingin digunakan dan menuang air yg bersih ke dalam tidak kiralah air sirap atau pun air bandung cincau.


Bagaimana untuk membersihkan nya?? Iaitu dengan menerangkan seberapa banyak salah tanggapan tentang agama Islam. Banyak method kita boleh menjawab persoalan-persoalan ini iaitu dengan menggunakan DENGAR & FAHAMI SOALAN ,RASIONAL,LOGIK ,SAINTIFIK ,DATA, STATISTIK dan juga RUJUKAN. Namun begitu, semua itu mestilah berlandaskan AL-QURAN & SUNNAH.



Soalan-soalan umum :

Masuk islam adalah masuk melayu?? Agama islam adalah agama yang susah dan mundur?? Tuhan Islam kejam!! Sanggup memasukkan manusia ke dalam neraka!! Macam mana orang yang dilahirkan dalam agama bukan islam,kemudian mati dalam keadaan bukan islam. Masuk neraka kan.. Adil ke tuhan Islam ni..??? Agama dan sains tidak serasi?? Semua agama adalah sama je..semua yang beragama percaya adanya tuhan , semuanya hendak kepada kebaikan. Semua agama same je.. x kisah lah nak masuk agama ape pun.!! Kite tiap-tiap hari berdoa pada Allah,tetapi mengapa ada juga doa kite tidak dimakbulkan Allah?? kan Allah menjanjikan sesiapa yang berdoa pada-Nya, Dia akan kabulkan. Seorang yang kafir tetapi berkelakuan sangat baik,hidupnya dikorbankan untuk kebaikan manusia dan semua orang menyukainya tetapi apabila dia mati, dia masuk neraka. Bandingkan dengan sorg islm yang jahat kelakuannya, semua orang tidak menyukainya dan banyak buat kerosakan dan kemusnahan. Tetapi apabila dia mati dia akan masuk syurga juga. Adil kah begini seseorang yang buat baik,korbankan kehidupannya untuk kebaikan tetapi tetap masuk neraka. Muslim tadi jahat tahap gaban tetapi masih lagi dapat masuk syurga akhirnya??



Soalan isu keganasan :


Benarkah umat islam yang merancang perisitwa 11/9?? Islam mengajar umatnya menjadi Terrorist?? Mengapa negara islam suka berperang?? Islam itu tersebar melalui mata pedang??

Isu Wanita :

Mengapa wanita tidak boleh menjadi imam?? Mengapa dalam solat wanita kene diletakkan dibelakang?? x adil mcam ni.. Mengapa wanita tidak diletakkan sebaris dengan lelaki?? baru la adil..mengapa dalam pembahagian harta pusakan wanita m'dapat hanya 1/3 sedangkan lelaki akan mendapat 2/3 dr harta pusaka?? mengapa dalam menjadi saksi dlm sesuatu perbicaraan wanita diperlukan 2 orang sedangkan lelaki hanya seorang diperlukan?? X percayakan wanita ker?? Mengapa hanya pemimpin dikalangan lelaki? wanita pun mampu menjadi pemimpin!! mengapa poligami dibenarkan dalam islam? lelaki boleh kawin 4..ini tidak adil! kenape x buat lelaki dan perempuan hanya boleh kawin seorang sahaja?? mengapa x buat isteri pun boleh kawin 4..baru adil..Mengapa kuasa talak hanya ada pada lelaki?? dimanakah hak wanita klu begitu,mudah di permainkan?? mengapa wanita kene pakai tudung?? menyusahkan betul!!



Isu Nabi Muhammad S.A.W :

Nabi Muhammad kahwini budak berusia 6 tahun?? Kenapa Nabi Muhammad kawin lebih dari 4 isteri?? Boleh pulak kawin lebih?? Nabi Muhammad tidak buta huruf!! klu x mengapa ayat pertama yang diturunkan menebut ' Bacalah! ' . " Bacalah (Ya Muhammad ) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan "(Surah Al-Alaq 96:1) ; " Engkau (Ya Muhammad) tidak pernah membaca kitab sebelumnya (turun Quran ) dan tidak pernah pula menulisnya dengan tangan kanan engkau. (Kalau ada),tentu menjadi ragu orang-orang yang membatalkan (Quran) " (Surah Al-Ankabut 29:48).


Soalan dari MISIONARI KRISTIAN :

Nama Muhammad disebut hanya sebanyak 5 kali didalam Al-Quran ( 4 Muhammad, 1 Ahmad) tetapi nama Nabi Isa disebut sebanyak 25 kali! Siapa lagi hebat?? Diakhir zaman nanti nabi mana yang akan turun berdasarkan ajaran islam? Nabi Isa yang akan turun..mana Nabi Muhammad??..Siapa nabi terakhir klu macam tu?? Nabi Muhammad sudah wafat tetapi Nabi Isa diangkat dilangit dan masih belum wafat..Siapa lagi hebat?? Adakah Al-Quran meniru bible?? Didalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang mengatakan 'Kami' iaitu merujuk pada Allah? itu merujuk kepada ramai, betul ke tuhan tu satu?? Quran ditulis oleh Syaitan?? Nabi Muhammad mempunyai ibu dan bapa,tetapi Nabi Isa hanya mempunyai ibu dan dilahirkan secara mukjizat..Siapa lebih hebat??



Soalan dari orang Hindu :

Orang islam menyembah kaabah?? Adakah didalam kaabah terdapat Lingam ?? Orang Islam menyembelih binatang secara kejam?? Kenapa makan binatang,bunuh binatang tu perbuatan yang zalim..Kenape x makan sayur-sayuran je?? cian anak-anak binatang tu menjadi yatim piatu..


Soalan percanggahan dalam Al-Quran :

1 hari dalam Al-Quran adalah merujuk kepada 1000 hari atau 50000 hari?? " Mereka minta segerakan siksa kepada engkau, pada hal Allah tiada akan memungkiri janji-Nya, Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu seperti seribu tahun dari apa yang kamu hitung "(Surah Al-Hajj 22:47); " Dia mengatur urusan dari langit sampai ke bumi, kemudian naik (kembali) kepada-Nya pada hari yang lamanya seribu tahun, menurut apa yang kamu perhitungkan (sekarang) " (Surah As-Sajdah 32:5 ) ;
" Malaikat-malaikat dan roh naik kepada-Nya dalam sehari, yang lamanya lima puluh ribu tahun " (Surah Al-Ma'arij 70:4)
Langit dan bumi dicipta selama 6 hari atau 8 hari?? ( 7:54, 10:3, 11:7, 25:59 & 41:9-12) Manusia dicipta daripada tanah,air mani atau air?? (25:54, 76:2, 6 ;2 )



Itu merupakan diantara soalan-soalan salah paham atau pun penjelasan yang kurang jelas tentang islam. Insyaallah saya akan cube menjawab persoalan ini dari semasa ke semasa.. Nanti kan... =)

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِي الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِنْ قَالَ بَلَى وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي (البقرة 260) Dan (ingatlah ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati”. Allah berfirman: “Belum yakinkah kamu?” Ibrahim menjawab: “Aku telah menyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku).” (Surah Al-Baqarah 2:260 )

Allah berfirman, " Setelah datang Musa A.S diwaktu perjanjian Kami, dan Tuhan berfirman(berkata-kata) dengan dia,lalu ia berkata : Ya Tuhanku, perlihatkanlah (zat) Engkau kepadaku, supaya dapat aku melihat-Mu. Berkata Tuhan : Engkau tidak akan dapat melihat-Ku,tetapi lihatlah bukti ini, jika ia tetap ditempatnya, nanti engkau akan melihat-Ku. Setelah terang sebahagian kecil nur Tuhannya dibukit itu,lalu bukit itu menjadi pecah dan Musa A.S jatuh pengsan ke bumi. Tatkala ia bangun dari pengsannya, ia berkata : Maha Suci engkau (Ya Allah ) aku taubat kepada-Mu dan aku orang yang mula-mula beriman " ( Surah Al-A'raf 7 : 143 )

Firman Allah, " (Ingatlah ) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah diatas bumi ( Adam ). Maka jawab mereka itu, Adakah patut Engkau jadikan diatas bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah, sedang kami tasbih memuji Engkau dan menyucikan Engkau? Allah berfirman : Sesungguhnya Aku mengetahui tiap apa-apa yang tiada kamu ketahui " ( Surah Al-Baqarah 2 : 30 )

Tidak salah untuk menanyakan atau mempersoalkan sesuatu perkara. Sekiranya terdapat apa-apa sahaja persoalan tentang islam, cepat2 lah mendapatkan kepada mereka yg mengetahui. Untuk pengetahuan, semua persoalan-persoalan tentang islam MEMANG ADA JAWAPANNYA..cumenye sama ada kita yg tidak tahu atau pun kita tidak berusaha untuk mendapatkan jawapannya iaitu mengkaji.

Allah S.W.T berfirman, " Mereka tidak memberikan suatu contoh (yang buruk) kepada engkau, melainkan Kami berikan pula kebenaran kepada engkau beserta keterangan yang terbaik"
(Al-Furqan 25:33)

Ini hanyalah sebahagian persoalan-persoalan tentang agama islam, sekiranya sahabat-sahabat mempunyai persoalan yang lain atau pun lebih menarik lagi,boleh la kita kongsi bersama dan membincangkannya dgn cara yang terhormat. =)

Wallahu'alam.

4 comments:

~venness~ said...

salam. saye nk tanye 1 soklan^^ semalam sye ade sembang dgn chnese girl dpn blik saye yg beragama kristian. ktorg sembang pasal mknn. pstu, dia pon ade ckp bile masak daging, better ltk wine supaya daging jd lg sedap. dia tau the fact that muslim x leh minum arak... tp dia kate arak yg dimasak bersama mknn akan evaporate... so, ape pendapat saudare mengenai hal ini...
adekah benar yg kite bleh mkn mknn tu @ sekadar kate2 utk meyakinkan kite...? (chef wan pon penah ckp camtu dlm rancangan mskn `ole2 chef wan')

IkHwAnUl mUsLiMiN said...

Waalaikum salam wbth.. syukran diatas soalan anti tu..act memang soalan sepertitu sgt panas dalam masyarakat kt sekarang..walau ape pun sebarang soalan atau salah paham terhadap agama islam,AlQuran dan Sunnah adalah rujukan yang utama..Pertama sekali didalam al-quran jelas menyatakan dimana arak itu adalah haram..walau pun sejarah pengharaman arak ini asbabnya adalah oleh saidina Umar al-khatab..mungkin melalui secara kimianye arak tu akan evaporate apabila dimasak..tetapi pengharaman arak ni bukan disebabkan evaporate atau pun x..tetapi kesan yg buruk kepada manusia itu lebih byk dr kebaikannya..seperti merosakkan sel-sel otak,memabukkan,x berfikiran waras dan sebagainya..adakah bile dah evaporate kesan2 buruk itu juga akan evaporate? Allah yang Maha Pencipta sangat mengetahui apa yg diciptakannya dan hukum-Nya adalah yg paling sempurna kerana Dia Maha Mengetahui.. =)cume mngkin blh bgtau pada rumet anti tu,dgn scr yg berhikmah,kenape islam mengharamkan arak..mungkin die xtau..die may be ingat islam ni mengongkong sedangkan ianya berhikmah..dan tunjukkan peribadi seorg muslimah yg sbnrnya iaitu dr segi pergaulan,pemakaian,ibadah dan seluruhnya agar insyaallah dia akan tertarik pd ISLAM.. Wallahu'alam.

Anonymous said...

salam.saye still baru dlm islam.n banyak lagi yang perlu diblaja.persoalan-persoalan tadi memang sering timbul dikalangan kawan-kawan saya yg berbangsa cina.Salah seorang pernah mengatakan kepada saya,mengapa saya perlu mnyusahkan diri untuk memakai tudung yang menampakkan diri seperti orang melayu padahal kawan-kawan bbgsa mlayu tidak mmakainye.And saya tidak tahu bagaimana ingin jelaskan kpdnye bahawa islam and malays are different.Dimana saya boleh memperolehi semua jawapan kepada persoalan2 yang timbul dikalangan non muslim??and satu lagi persoalan,adakah merokok itu telah diharamkan??

IkHwAnUl mUsLiMiN said...

Waalaikum salam wbth..
terima kasih dengan soalan yg diajukan..sememangnya setiap ape yang ditetapkan,dibuat dalam ISLAM pasti ada hikmahnya..Pencipta lebih mengetahui daripada diri yang dicipta ..Sblm itu,tegaskan dalam diri bahawa setiap persoalan dalam ISLAM ada jawapannya,hanya manusia sahaja yang tidak tahu atau perlepas pandang tentang hikmahnya perkara2 yang disyariatkan oleh Allah..utk jawapan yg lebih lanjut,harap saudara/i bolehlah berhubung dgn saye dgn lebih direct,semoga jawapan yg diberikan lebih kemas dan tersusun. mhd_affboys@hotmail.com...terima kase...Wassalam