Tuesday, December 2, 2008

Keindahan ISLAM


Assalamualaikum wbth...

aku sungguh bersyukur pada-Mu Ya Allah,kerana sebaik sahaja aku keluar ke dunia ini secara fitrah,bagaikan kain yg putih suci..aku telah pun berada dalam keluarga islam.. kerana nikmat yg paling besar pada ku ialah Iman yang dikurniakan. Tanpa ketetapan Mu Ya Rabb untuk ku berada dlm keluarga ini,maka aku sendiri tidak pasti yang aku akan berada di jalan Islam.

Apa yang istimewanya islam klu nak dibanding kan dengan agama-agama yang lain?? Makna perkataan ISLAM itu sendri telah menunjukkan betapa indahnya islam itu..Islam itu datangnya dr bahasa arab iaitu salam. Dan salam dalam bahasa arab itu sendiri mempunyai banyak maksud antaranya harmoni,kedamaian dan juga kepatuhan. Islam itu menyeru pada keharmonian,kedamaian dan kepatuhan kepada Yang Maha Pencipta. Islam itu telah datang dengan kesempurnaan dari semua aspek pendidikan, ibadah, politik, ekonomi, undang-undang dan sebagainya. Makna kata, islam itu merangkumi secara keseluruhan didalam hidup seseorang manusia. Namun begitu, berapa ramai yang betul-betul dapat menjiwai tentang kesejahteraan dan ke'syumulan' islam itu sendiri bukan hanya pada non-muslim,malah muslim itu sendiri. Memang tidak dapat dinafikan, maaf saya katakan..masyarakat kita sekarang makin lama makin jauh dari kefahaman agama islam yang asli.
Ape yang berlaku pd aliran sekarang, gerakan sekular adalah menjadi asas tunjang dalam rujukan sesuatu negara. Apakah yang dimaksudkan dengan sekular??? Sekular ialah mengasingkan perkara dunia dengan agama. Contohnya, kite pergi bersukan dan perkara sekular ia akan mengatakan hanya untuk menguatkan badan dan kita boleh meneruskan hidup dgn sihat dan mencari duit untuk terus hidup. Namun pada hakikatnya, kita bersukan atau beriadah adalah untuk menguatkan tubuh badan supaya dapat beribadat kepada Allah dan meneruskan kehidupan berlandaskan undang-undang yang telah dipandukan oleh Yang Pencipta. Namun begitu, berapa ramai diatara kita yang menjalani kehidupan seharian dengan me'relate'kan nya sebagai ibadah??



Islam adalah suatu yang sempurna, namun untuk menjiwai kesempurnaannya itu kita sbg hamba-Nya perlulah mencari inasiatif sendiri untuk mengkaji islam iaitu dengan menghadiri kelas2 agama, majlis2 ilmu di masjid2 dan surau mahupun di mana sahaja. Al-Quran itu jelas kesempurnaannya dan sebagai seorg islam khususnya, kite perlulah sentiasa membacanya malah mengkaji tentang isi kandungan Al-quran itu. Malah sekarang ini, ramai non-muslim tu sendiri yang mengkaji Al-Quran kerana Al-quran itu bukan sahaja menceritakan tentang ibadah, undang2 dan sebagainya,malah ilmu sains yang tepat faktanya turut diselitkan di dalamnya. Kajilah wahai saudara ku....


Allah s.w.t berfirman, " Katakanlah : Demi, jika berhimpun manusia dan jin hendak membuat seumpama Al-Quran ini, nescaya mereka tidak dapat memperbuat seumpamanya, meskipun mereka menolong yang lain " ( Surah Al-Isra' 17 : 88)

Firman Allah, " Bahkan adakah mereka berkata : Dia (Muhammad) mengada-ngadakan Quran. Katakanlah : Cubalah kamu tunjukkan sepuluh surat seumpama Quran itu dari ciptaan kamu dan panggillah orang yang sanggup mengadakannya, selain dari Allah, jika kamu orang yang benar " ( Surah Hud 11 : 13 )


Firman Allah yang lain, " Bahkan adakah mereka mengatakan : Dia (Muhammad) mengada-ngadakannya. Katakanlah : Cubalah kamu perbuat satu surah seumpamanya dan panggillah orang yang kamu sanggupi,selain daripada Allah, jika kamu orang yang benar. " (Surah Yunus 10 : 38 )

Pada surah yang lain,Allah berfirman, " Jika kamu ragu-ragu tentang (Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad),maka perbuatlah olehmu satu surah seumpamanya dan panggillah saksi-saksi mu selain drpd Allah,jika kamu orang yang benar. Kalau tidak kamu perbuat dan takkan dapat kamu memperbuatnya, maka takutlah akan api neraka yang menyalakannya manusia dan batu-batu, disediakan untuk orang-orang kafir " ( Surah Al-Baqarah 2: 23-24 )


" Tidakkan mereka memperlihatkan Al-Quran? Kalau sekiranya Al-Quran itu, dari sisi selain Allah, nescaya mereka akan peroleh didalamnya perselisihan yang banyak " ( Surah An-Nisa' 4 : 82 )


" Sesunggunya telah Kami turunkan peringatan ( Quran ) dan sesungguhnya Kami memeliharanya " ( Surah Al-Hijr 15 : 9 )


" Telah tamatlah kalimat Tuhanmu dengan kebenaran dan keadilan. Tiadalah yang mengubah kalimat-Nya; dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui " ( Surah Al-An'am 6 : 115 )


" Bacakanlah ( Ya Muhammad ) apa-apa yang diwahyukan kepadamu, iaitu Kitab Tuhanmu. Tiada yang mengubah kalimat-Nya dan engkau tiada memperoleh tempat berlindung, selain dari-Nya " ( Surah Al-Kahfi 18 : 27 )



Wallahu'alam.


1 comment:

Tinta Al-Murabbi said...

Btol tu bro~ Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi drpdnya..teruskan perjuangan!