Assalamualaikum wbth...
Salam pertemuan..alhamdulillah,sekian lama ana tidak meng'update' blog yang diperkenalkan ini.. =) begini lah kehidupan seorang pelajar yang semestinya pandai membahagikan masa antara duniawi dan juga ukhrawi. Insyaallah pada nukilan kali ini ana akan menjawab beberapa isu tentang islam yang telah dibangkitkan seperti yang di lontarkan pada nukilan yang sebelum ini.
Soalan : Adakah umat islam menyembah kaabah?
Dalam konteks ini,kite perlu tahu apakah tujuan asal umat islam mengadap kiblat dan bersembahyang ke arah kaabah. Apabila soalan ini diajukan kepada umat islam,kebanyakan kita pasti akan menjawab, " kami bukan menyembah kaabah,tetapi kami hanya menghadap kearah kaabah untuk menunaikan solat dan itu menjadikan kami umat islam bersatu padu". Dan mereka yang bertanya akan mempertukaikan semula, kalau benar umat islam bersatu mengapa di negara2 timur tengah,umat islam masih lagi berperang sesama sendiri. Apa yang akan kite jawab? hmm...Yang pertama sekali,ianya adalah arahan daripada Allah S.W.T..Apa yang dijawab tadi adalah batul dan tiada salah pun.
Namun begitu, kuatkan lah hujah2 kita dengan analogi2 yang bersesuaian dengan jawapan yang ingin diberikan. Analoginya, kita ambil 4 keping gambar, iaitu gambar tuhan kristian, gambar tuhan hindu,gambar tuhan budha dan juga kaabah. Apabila disuruh untuk memijak gambar2 tersebut,maka orang kristian,orang hindu, dan juga orang budha pasti tidak akan memijak-mijak gambar tersebut kerana bagi mereka itu adalah gambar tuhan mereka. Tetapi gambar kaabah,hampai setiap hari orang islam memijaknya, iaitu sejadah. Selain itu,pada zaman Baginda S.A.W, apabila Bilal bin Rabah ingin melaungkan azan,beliau akan memanjat kaabah dan berdiri melungkan azan. Adakah rasionalnya umat islam menyembah kaabah sedangkan mereka setiap hari memijak-mijak gambar kaabah dan adakah perlu Bilal bin Rabah memanjat kaabah sedangkan beliau ingin menyembahnya?? Umat Islam tidak menyembah kaabah!
Persoalan yang lain pula,mengapa umat islam dikatakan bersatu dlm solat iaitu mengadap pada satu kiblat tetapi masih lagi terdapat permusuhan dalam islam? Satu analogi yang mudah yang boleh kita ambil iktibar, Di suatu simpang 4, ada traffic light yang berfungsi dengan baik disitu. Tiba-tiba ada sebuah kereta yang memecut jauh dari arah timur daya,dan pada ketika itu merupakan lampu merah. Dan lampu merah bermaksud dr segi undang2 adalah berhenti. Tetapi pemandu tersebut terus memandu dan melanggar lampu isyarat tersebut. Persoalannya, siapakah yang perlu dipersalahkan? adakah pemandu kereta itu atau pun traffic light??? Hal ini sama seperti Islam dan juga Umat nya,Islam telah menggariskan panduan yang cukup jelas dan lengkap untuk kehidupan yang aman damai dan sempurna tetapi umatnya yang kurang mengamalkan panduan yang digariskan oleh Islam. Umat islam berperang sesama sendiri bukan lah menunjukkan kelemahan Islam tetapi ianya menunjukkan umatnya yang lemah. Dan apa yang perlu dilakukan sekarang,bangkit lah wahai umat islam.Tidak perlu kita bergaduh sesama sendiri hanya kerana terdapat sedikit perbezaan pendapat atau pun apa sahaja. Bersatulah,semoga kegemilangan Islam akan menjelma semula.
Wallahu'alam.
Hello world!
8 years ago
4 comments:
Alhamdulillah..
huraian yang agak bernas..walaupun ringkas..tapi sangat bermanfaat.
cumanya disini.. ada 1 cadangan..dahulunya sering kali kita dengar mengenai 'surat berantai'. dimana kita dikehendaki untuk menyebarkan surat tersebut kepada sesiapa sahaja..namun kini.. kecanggihan teknologi pada masa kini telah menyebabkan fenomena 'surat berantai' diupgrate menjadi 'sms berantai'..cumanya persoalan disini, mengapakah diakhir sms ini seringkali menulis 'amanah..sebarkan kepada yang lain..jika diabaikan akan ditimpa kesulitan tiada hentinya' ketakutan serupa ini kadangkala menyebabkan kita men'forward'kannya pada yang lain.. bukankah segala ketentuan itu di tangan Allah?
jika tidak keberatan dan mempunyai keizinan masa..diharap saudara boleh mengupas lanjut mengenai fenomena ini.. akhir kata, didoakan semoga kita semua dijauhkan dari melakukan kesilapan samada secara sedar ataupun tidak sedar..
wallahu'alam
Insyaallah..terima kasih diatas respond yang diberikan..insyaallah saye akan mengupas isu tersebut
Assalamualaikum,
kaabah sbg sembahan/kiblat..
huhuuu jelaskan pd 'blm muslim' kami x sembah kaabah.. kalau x caye cube tengok orang yg sembahyang dlm kpl trbng..orang islam x sujud pd kaabah lg kan? kpl trbg x terbang ke bawah kan sbg tnda mnghadap kiblat? huhuuu
anonymous, ttg msg berantai..
ana ada ust yg prnah menuntut dgn ust yg bljr d nagara timur tgh, ana xingat mana satu.. suatu hari tuh guru ust ana dpt msg tersebut dan sms beliau ke makkah, beliau ambl kesempatan utk tahu ttg kesahihan msg@surat berantai tuh. ditanyakan pd penddk disana siapakah syeikh sekian2 (pengirim surat tersebut)belum pun ust tuh bertanye dye sdh dpt meneka ttg msg berantai tuh dan mengaku sendiri, beliau INGIN sangat bertemu/bermimpi bertemu rasulullah tp belum pun pernah berkesempatan sampai ke hari itu.. shortly, a semakin yaQeen bhw ada slh fhm/ miscommunication disitu. i.allah semuanya skdr slh fhm bkn niat jht mana2 individu sbg husnuzon bg diri ana... wallahua'lam
Boleh saya tahu ada apa di dalam kaabah dan apa itu hajar aswad dan fungsinya. Terima kasih..
Post a Comment