Saturday, July 10, 2010

Rentetan dengan suasana World Cup 2010..satu tempoh masa yang menarik



Kehangantan Piala Dunia 2010 semakin tiba dipenghujungnya.. banyak pasukan yang menjadi pilihan banyak kecundang terutama sekali bagi pasukan Italy, Perancis, Brazil dan banyak lagi.

Pelbagai perkara atau kejadian yang terjadi semasa kemeriahan piala dunia ini disambut meriah oleh masyarakat dunia sebagai contoh tentang Pemberian lesen Perjudian oleh kerajaan Malaysia ( kemudian ditarik semua), cadangan pemansuhan peperiksaan PMR dan UPSR, ura-ura FELDA bankrap,pogram ESQ adalah haram, Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan sebagainya. Selama sebulan para pemuda dan warga lelaki terutamanya tidak lekang dari mulut berceritakan tentang bola sepak.

Namun begitu, pelbagai persoalan yang ingin dilontarkan dimana mungkin terlepas pandang oleh kebanyakan pihak. Yang pertama adalah bagaimana dengan solat seorang muslim itu terutama semasa perlawanan bola sepak sedang dilangsungkan.



1) Pada awalnya, terdapat 3 sesi perlawanan iaitu pada 7.30 petang ( waktu Malaysia ). Persoalan yang timbul adalah pukul berapankah para penonton menunaikan solat fardhu Maghrib ?? sekiranya solat dahulu , alhamdulillah. Bagaimana pula dengan yang tidak solat?? Menunaikan solat pada jam 8.18 malam?? Sedih melihat fenomena ini dimana bola dan keseronokan diletakkan sebagai keutamaan.

2) Kemudian, perlawanan pada jam 10 malam. Mungkin ada yang solat isya terlebih dahulu, alhamdulillah. Bagi yang mereka yang belum solat, bagaimana??

3) Dan disinilah waktu kemuncak dan semua perlawanan antara yang trakhir akan dilangsungkan iaitu pada jam 2.30 pagi. Pada ketika ini ramai manusia yang akan bangun malam ( bukan utk qiyyam ) tetapi untuk menyaksikan pelawanan bola sepak di Afrika Selatan. Persoalannya disini, bagaimanakah dengan solat subuh mereka apabila mereka selesai menonton Piala Dunia?? Dan yang kedua apabila kedai - kedai makan dan kedai mamak dipenuhi oleh manusia, termasuklah bagi wanita dan pemudi . Dan sangat membinbangkan apabila seorang pemudi dan wanita yang keluar malam tidak bersama muhrimnya, maka kebarangkalian dan kecenderungan untuk berlakunya maksiat dan kes-kes jenayah adalah tinggi.

Itulah antara lontaran persoalan yang sering timbul didalam masyarakat kini, namun terdapat satu lagi isu yang imbul pada ketika ini ialah berkenaan tilik samada pasukan yang akan menang dan kalah. Dan perkara yang sangat jelas adalah berkenaan seekor sotong daripada Sepanyol telah melakukan tilik nasib pasukan manakah yang akan menang dan begitu juga seekor burung yang membuat tilik nasib di Singapura dan banyak lagi tempat yang tidak dapat saya senaraikan disini.


Persoalannya, bagi orang Islam perkara ini adalah sangat bertentangan dengan ajaran agam suci ini dimana hanya Allah yang Maha Kuasa dan tiada satu pun makhluk yang tahu apakah yang akan berlaku pada masa yang akan datang termasuklah pasukan manakah yang akan memenangi sesuatu perlawanan. Benar, Paul ( sotong ) telah pun menilik dan kesemua tilikan beliau buat masa ini adalah tepat dan perkara itu tidak mustahil kerana dia juga adalah makhluk Allah, dimana apa-apa pun boleh berlaku hanya dengan izin Pencptanya.

Berita ini sangat sensasi di dada-dada akhbar melaporkan tentang sotong ini dan juga burung-burung tilik nasib di seluruh dunia. Apa yang membimbangkan adalah masyarakat khususnya orang islam akan mempercayainya dan secara tidak langsung ia adalah dosa yang paling besar iaitu syirik kepada Allah S.W.T..

Oleh itu, bersukan adalah salah satu tuntutan dalam agama Islam, berhibur juga tidak dihalang oleh agama islam, namun setiap perkara yang dilakukan mestilah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Tidak salah menonton bola,menonton sukan, tetapi pastikan solat tidak ditinggalkan dan diawal waktu, elakkan diri daripada terjebak dengan maksiat dan jadilah seorang muslim yang berakhlakkan acuan Islam. Sekiranya semua masyarakat mengamalkan agama dengan kefahaman bukan secara ikutan,tidak kira Islam, Kristian, Budha mahupun Hindu, rakyat kita akan hidup aman dan harmoni dan kebenaran itu akan menonjol dan terserlah secara fitrahnya. Wallahu'alam.
Wassalam.

No comments: