Wednesday, October 21, 2009

tanggungjawab ku sebagi MPP

Syukur kepada Allah yang Maha Kuasa, kini tamat sudah kontrak ku sebagai Timbalan Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang sesi 08/09 iaitu pada 16 oktober yang lepas. Namun begitu, pihak universiti telah memutuskan untuk mengadakan sesi Pilihanraya Kampus bagi UMP untuk MPP 09/10 adalah pada bulan januari 2010. Maka, kami seramai 15 org mpp UMP masih lagi tidak dilepaskan dengan tanggungjawab sbg MPP cumanya bukan dipanggil MPP, tetapi sebagai Executive Caretaker.

Berat sungguh bahu ini memikul tanggungjawab utk memimpin 5600 orang mahasiswa/i ump..
Ya Allah, ampunkan dosa ku sekiranya aku lalai dalam tugasan. Ampunkan aku sekiranya adanya maksiat yg berlaku tanpa tindakan dari ku...................................................................
Jawatan adalah suatu kehinaan di dunia, tetapi kekesalan di akhirat kelak... Pray 4 me!

4 comments:

Khazinatul Asrar said...

alhamdulillah..saudara telah melakukan apa yg termampu saudara lakukan sebagai memikul amanah dari Allah utk saudara..memikul tanggungjawab sebagai seorang wakil pelajar bukannya mudah..setiap orang sebenarnya adalah pemimpin..dan tidak mustahil jika selepas ini saudara terpilih sekali lagi memikul amanah ini dengan ujian yang lebih mencabar lagi insyaAllah..tahniah dan takziah..

The Think Tanker said...

Tahniah buat Adinda Afif yang banyak membantu perjuangan kita sebagai Pemimpin Mahasiswa di UMP.

Ana mohon 1000 kemaafan andai ada tersalah kata terkasar bicara sepanjang perjalanan ini.

http://siffusuffi.blogspot.com/

The Think Tanker

Anonymous said...

alhamdulillah,saudara telah melakukan yang termampu saudara lakukan,berserahlah padanya,semoga kekurangan saudara dapat dimaafkan olehNya melalui doa saudara.. Semoga berjaya menempuh ranjau dewasa kelak.. Insyallah.. (awangputra)

contenganjalanan said...

Alfun Mabruk kerana anta terpilih menjadi antara barisan pimpinan UMP dan Alhamdulillah kerana telah menyelesaikan tugas sebagai pimpinan mahasiswa. Sesungguhnya, tanggungjawab itu bukanlah sesuatu yang dibanggakan, tapi suatu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.. Semoga terus thabat dalam perjuangan !