Wednesday, June 30, 2010

Sesi pendaftaran mahasiswa dan mahasiswi ke gedung ilmu





Assalamualaikum wbth..

Syukur kepada Allah, nikmat iman dan Islam masih lagi dikurniakan oleh Nya..

Insyaallah, perjuangan kita dalam menuntut ilmu tidak kira dalam mana-mana bidang ilmu mahupun akademik, isu semasa, kepimpinan dan lain-lain perlu terus dipupuk walaupun pada cuti semester atau dalam waktu kuliah. :)

Sedar tidak sedar, pendaftaran mahasiswa dan mahasiswa baru akan berlaku insyaallah pada 12.7.2010 bagi kampus UMP dan bersyukurlah kerana setiap tahun akan ada penambahan umat manusia yang diberi peluang dalam menuntut ilmu di setiap gedung ilmu di Malaysia.

Buat semua fasilitator yang akan bertugas, selamat bertugas dan buat yang terbaik. TIADA alaun, tiada ganjaran mahupun kepututsan 4.0 ditawarkan apanbila berkhidmat sebagai fasilitator, namun dengan berkat kesungguhan untuk membimbing mahasiswa mahasiswi yang baru, membantu dan mempelajari sesuatu yang baru itu sudah cukup besar dan lebih bernilai daripada alaun dan sebagainya.

Teruskan perjuangan, ikhlaskan niat, bersatu padulah dalam gerak kerja, jaga hubungan dengan Yang Maha Pencipta, insyaallah segala urusan akan dipermudahkan Allah S.W.T..

Buat mahasiswa dan mahasiswi yang akan mendaftar, jadikanlah peluang untuk menuntut ilmu ini dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Bukan hanya belajar berkaitan akademik dan di dewan kuliah semata-mata, tetapi ilmu agama, ilmu kesukanan, ilmu kepimpinan dan sebagainya dapat dicari sebanyak mungkin di gedung ilmu ini. Usah biarkan diri terlalu banyak berhibur dan terlalu sibuk dengan kerja- kerja akademik, program dan sebagainya sehinggakan mengaibaikan tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang abg/kakak, seorang muslim dan juga seorang sahabat. Renung-renungkanlah. Sekian,Wallahu'alam.

Wassalam.

Wednesday, June 2, 2010

T-Shirt Mahasiswa Peduli Dibuka Untuk Jualan!






Inilah Design T-Shirt Mahasiswa Peduli...Idealisma dan Citarasa Mahasiswa




Sejarah T-Shirt Mahasiswa Peduli



1.Sekumpulan Pemimpin Muda drpd MPP UMP sesi 2008/2009 dengan semangat idealisma Mahasiswa bersetuju design dan menempah 15 T-Shirt Mahasiswa Peduli dan dipakai hanya oleh kami sahaja.


2.Kebetulan,kami yang baru pulang drpd sesi kunjungan hormat ke Universitas2 di sekitar Jogjakarta dan turut merasa bersama sama teman2 Mahasiswa Indonesia ketika itu mengadakan demonstrasi KKN(Korupsi,Kronisme dan Nepotisme) di hadapan Istana Jogjakarta. Kami juga mendapat suntikan semangat idealisma apabila telah berdialog dan sumbang saran dengan aktivis KAMMI(Kumpulan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia) dan juga FKAPMEPI.2 pertubuhan Mahasiswa yang cukup dominan di Indonesia.Pertemuan bersama sama akitivis2 mahasiswa Indonesia telah menyuntik semngat bahawa Mahasiswa Peduli wajar dizahirkan supaya ia menjadi budaya dan idealisme yang berterusan setiap generasi muda terutama Mahasiswa Malaysia.


3.Justeru, kami tekad membawea perubahan Mahasiswa Peduli dan kita mulakan di UMP terlebih dahulu.Kesannya,pada Pemilihan Raya Kampus memilih Pimpinan MPP yang baharu telah membuka mata Mahasiswa bahawa kita tidak ketandusan idealisma dan kepimpinan Muda. Semua kerusi ada pertandingan,sisi malam manifesto yang cukup meriah dan semngat.Kempen2 siber,facebook dan blog yang cukup berkesan dan percentage Mahasiswa yang keluar mengundi meningkat dan membrangsangkan.


4.Kami persembahkan T-Shirt Mahasiswa Peduli khusus untuk Mahasiswa Peduli seluruh Malaysia. Kerna ini merupakan permintaan teman2 dan sahabat seperjuangan yang menggesa kami menjual T-Shirt Mahasiswa Peduli,kami menggunakan sedikit wang simpanan untuk memenuhi permintaan anda semua demi Mahasiswa.






Harga T-Shirt Lengan Pendek= RM 15 sehelai
( size M,L,XL,XXL,XXXL)


Harga T-Shirt Lengan Panjang= RM 18 sehelai
(size L,XL,XXL,XXXL)




Sila hubungi
Sdr Afif : 019 2195 523(Oovoo:ikhwanul,Skype:boyzguest)


Sdr Suffi : 013 9966 389
( Oovoo,Skype: mr.suffi)






70 T-Shirt Mahasiswa Peduli Pertama akan dijual berdasarkan sambutan anda semua...Siapa Cepat Dialah Mahasiswa Pedulinya!!!


*Promosi ini dibuka pada teman2 Mahasiswa UMP dan Mahasiswa Seluruh Negara...


*Siapakah mereka yang perlu MEMILIKI T-shirt Mahasiswa Peduli yang Original?:
i)Pemimpin Mahasiswa,Pemimpin Belia JKKK,Ketua2 Section,Staff2 UMP yang umurnya muda bwh 40 Tahun dan sebagainya
ii) Mahasiswa2 yang tak berpuas hati dengan mutu makanan kafeteria UMP dan universiti masing2, mereka yang nak bersuara tapi takut kerna berasa berseorangan.


iii) Mahasiswa2 yang tak puas hati dengan elaun yang lambat dapat,tak puas hati dengan pengurusan dll


iv)Mahasiswa dan atlet2 yang tidak puas hati dengan layanan UMP terutama ketika MASUM,sukan2 yang sepatutnya dihantar UMP kepertandingan MASUM tetapi ditolak di saat2 akhir dan sebagainya


v) Mahasiswa2 yang berasa mereka anak muda,ada keinginan dan mahu keinginan dan suara mereka didengar dan dipenuhi.

Friday, May 21, 2010

Bolehkah Peguam Syarie Bukan MUSLIM??

Bolehkah Peguam Syarie Bukan Muslim?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

courthammer2.jpg

SOALAN

Selain isu pemberian lesen perjudian untuk mengendalikan perjudian sewaktu piala dunia pada bulan hadapan, isu berkait Islam yang banyak ditanyakan adalah berkaitan Perlantikan Peguam Syari'e dari kalangan bukan Islam. Apakah terdapat larangan khusus atau keharusan tentangnya di dalam Islam? Mohon ustaz mengulas.

JAWAPAN

Saya kira isu ini memerlukan perbincangan lanjut dengan lebih terperinci khususnya yang melibatkan peruntukan undang-undang dan yang berkait dengannya.

Selain itu, perkara berkait nas syarak dan juga kesan positif serta negatifnya juga perlu diteliti. Semua perlu didiskusikan bagi memperolehi satu keputusan paling konkrit dan wajar. Artikel yang saya tulis ini hanyalah sekelumit perbincangan yang berkaitan, ia ditulis dalam bentuk agak ringan untuk pembacaan awam. Ia tentunya tidak cukup untuk menetapkan pendirian terbaik namun saya kira cukup untuk memberikan sedikit jawapan dan rujukan untuk perbincangan yang lebih mendalam dan ilmiah.

Jika kita menelusuri khazanah ilmu Islam terdapat beberapa perkara boleh dijadikan rujukan iaitu:-

1. Firman Allah swt :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Maidah : 8)

Ayat ini secara jelas mengarah umat Islam mengenakkan keadilan dan kebenaran dalam apa jua penilaian dan hukuman yang dijatuhkan. Justeru menjadi objektif Shariah, apa sahaja perkara harus (yang tiada larangan khusus) boleh mendekatkan kepada keadilan akan turut dibenarkan.

Dalam konteks ini, demi menegakkan keadilan dalam pemutusan hukum Shariah di mahkamah, tentunya Hakim mestilah seorang Muslim, malah mempunyai syarat tertentu tambahan pula. Saya kira, adalah jelas hakim di Mahkamah Syariah MESTILAH dan WAJIB seorang MUSLIM.

Namun status peguam, bagi saya mereka HANYALAH pelaksana atau bidang kuasanya terhad seperti pegawai eksekutif sahaja, bukan pemutus. Malah semua hujjahnya dalam dakwaan atau pembelaan terhadap anak guamnya belum tentu diterima oleh Hakim Syarie. Perbicaraan pula boleh dibuat secara tertutup. Justeru tidak timbul persoalan, peguam terbabit akan menyelewengkan nas Al-Quran atau hadis, kerana sebarang penyelewengan akan ditolak oleh hakim dan peguam lain. Maka dalam konteks tersebut, saya melihat tiada masalah bagi seorang peguam Syarie walau dari kalangan bukan Muslim.

Ia hampir sama dengan situasi perbankan dan kewangan Islam hari ini yang dipenuhi dengan CEO, pengurusan tertinggi serta eksekutif yang bukan beragama Islam. Namun tentunya, mereka diperlukan mempunyai beberapa kriteria dan kelayakan tertentu untuk menduduki jawatan di sektor kewangan Islam. Khususnya ilmu dan pengetahuan di dalam hal ehwal hukum Shariah di dalam bidang Fiqh Mu'amalat.

Apa yang tidak wajar atau TIDAK DIBOLEHKAN adalah bukan Muslim menjadi ahli Majlis Penasihat Shariah di mana-mana institusi kewangan Islam. Ini kerana jawatan tersebut memerlukan kriteria seperti hakim di mahkamah Shariah yang perlu menghayati Islam dalam ilmu, kehidupan dan keimanan di hati. Alhamdulillah setakat ini, masih belum ada mana-mana individu atau ilmuan bukan Islam yang dilantik menjadi ahli penasihat Shariah.

2) Allah juga mengingatkan :-

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَآؤُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُم أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Ertinya : Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram. Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah dari mereka; jika kamu berpaling dari mereka maka mereka tidak akan memberi mudarat kepadamu sedikit pun. Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil ( Al-Maidah : 42)

Ayat ini menunjukkan mahkamah Islam sentiasa sedia menerima mana-mana individu bukan Islam untuk mencari keadilan atau mendapatkan hukuman terbaik di atas pertikaiannya berdasarkan ketentuan hukum Shariah. Justeru, dalam konteks memberikan pembuktian, mengemukan hujjah, sudah tentulah individu bukan Islam tersebut BEBAS untuk berhujah di mahkamah (jika dia tidak diwakili oleh mana-mana peguam). Keadaan ini secara langsung menjelaskan bahawa mahkamah Islam menerima hujah dari individu bukan Islam sama ada atas nama pendakwa, tertuduh dan sekaligus peguam yang mewakili anak guamnya.

3. Allah swt berfirman :

إنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللّهُ وَلاَ تَكُن لِّلْخَآئِنِينَ خَصِيمًا

Ertinya : Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah), kerana (membela) orang-orang yang khianat...(An-Nisa : 105)

Menurut para ulama, ayat ini sangat PERLU DAN WAJIB diHAYATI OLEH SEMUA PEGUAM MUSLIM, amat bertepatan dengan kerjaya peguam yang bertugas di mahkamah keadilan. Menurut mufassirin, ayat ini diturunkan ke atas kes seorang Munafiq bernama Tu'mah Ibn Abiraq.

Hasil daripada ayat tersebut, Rasulullah menarik semula hukuman ke atas Yahudi yang dituduh oleh seorang Munafiq bernama Tu'mah ibn Abiraq mencuri baju besi perang kepunyaan Qatadah Bin Nu'man. Padahal Tu'mah yang mencurinya dan menyembunyikannya di rumah lelaki Yahudi yang juga merupakan jirannya. Kes ini berakhir dengan hukuman dikenakan ke atas Yahudi, namun Allah menurunkan satu ayat menunjukkan Yahudi terbabit tidak bersalah iaitu surah An-Nisa ayat 105-109. (Tafsir Ibn Kathir, 1/552 ; Al-Durru Al-Manthur, As-Sayuti, 2/673 ;)

Imam Al-Razi berkata ketika menghuraikan ayat 105 surah an-Nisa di atas:

وكان الغرض من هذا النهي تنبيه النبي عليه الصلاة والسلام على أن طعمة كذاب وأن اليهودي برىء عن ذلك الجرم

Ertinya : Tujuan dari larangan (janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) adalah peringatan kepada Nabi s.a.w bahawa sesungguhnya Tu'mah berbohong dan Yahudi tersebut tidak bersalah atas dakwaan jenayah mencuri tersebut.(Tafsir al-Kabir, 11/28)

Ayat ini juga menjelaskan secara terang bagaimana seorang bukan Islam dari kalangan Yahudi diadili di Mahkamah Islam di zaman Rasulullah. Sebagaimana di atas, tentunya Yahudi terbabit telah diberikan peluang oleh Rasulullah untuk membela dirinya. Namun pembelaannya gagal. Pembelaan bermaksud menjalan tugas seperti peguam. Namun jelas keadilan sentiasa dijamin pemutusan hukuman dalam kes di atas ini telah dipandu oleh Allah ta'ala.

4. Athar

Kisah perbicaraan antara Khalifah Ali k.w selaku Amirul Mukminin ketika itu dengan seorang Yahudi perihal baju besi wajar dijadikan rujukan.

Asalnya khalifah Ali kehilangan baju besinya. Tiba-tiba terlihat ia dalam barang jualan seorang Yahudi, lelaki tersebut kelihatan sedang menjualnya di pasar. Apabila dituntut oleh khalifah Ali dengan mengatakan ia adalah baju besinya yang jatuh dari untanya di malam hari, lelaki Yahudi tersebut enggan mengaku dan menegaskan ia adalah miliknya. Ali terus menuntut membawa pertikaian mereka mereka ke penghakiman hakim Muslim.

Hasil dari itu, kes mereka berdua yang berselisih dalam menentukan pemilikan terhadap baju besi tersebut dibawa ke pengadilan Qadhi Syuraih Ibn Harith Al-Kindi r.a (wafat 78 H). Lalu Syuraih bertanya kepada Ali, apakah kisahmu?

Khalifah Ali : aku mendapati baju besi milikku yang jatuh tercicir pada malam hari berada di dalam barang jualan lelaki ini.

Qadhi Syuraih : bagaimana pula kamu wahai lelaki?

Lelaki Yahudi : Ia adalah milikku dan berada dalam simpananku, aku tidak pula menuduh Ali berbohong.

Qadhi Syuraih : Wahai Ali, aku tidak syak atas kejujuranmu namun kamu mesti mempunyai dua orang saksi. Adakah kamu mempunyai bukti ia milikmu?

Jawab Khalifah Ali : Ya, kedua anakku, Hasan dan Husain menjadi saksi bahawa ia kepunyaanku.

Qadhi Syuraih :Sesungguhnya penyaksian anak terhadap bapanya dalam kes ini tidak diterima.

Khalifah Ali : Subhanallah!. Adakah lelaki yang dijamin syurga tidak diterima penyaksiannya ( merujuk kepada Hasan dan Hussain yang disebut oleh nabi akan menjadi pemuda Syurga)

Qadhi Syuraih : bahkan wahai Amirul Mukminin, namun aku tidak boleh membenarkan penyaksian anak menyokong bapanya dalam kes ini.

Qadhi Syuraih : Wahai lelaki, ambillah, baju besi itu adalah milikmu.

Lelaki Yahudi berkata :

أمير المؤمنين قدمني إلى قاضيه! وقاضيه يقضي عليه! أشهد أن هذا الدين على الحق، وأشهد أن لا إله إلا الله، وأن محمداً عبده ورسوله، وأن الدرع درعك يا أمير المؤمنين، سقطت منك ليلاً.

Ertinya : Amirul Mukminin Ali membawaku untuk diputuskan hukuman melalui mahkamahnya (islam) dan Qadhi pilihannya. Qadhi pilihannya memutuskan sebaliknya.! Aku bersaksi sesungguhnya agama ini adalah BENAR, lalu beliau terus mengucap dua kalimah shahadah. Kemudian, berkata : Sesungguhnya baju besi tersebut adalah milikmu wahai Amirul Mukminin, tercicir darimu di malam hari. (Hilyatul Awliya, Abu Nu'aim Al-Esfahani, 4/140 ; Tarikh al-Khulafa, As-Sayuti, 1/185 ; Akhbar Al-Qudhah, Waki', 2/200)

Namun kemudiannya Ali terus menghadiahkannya kepada lelaki tersebut.

Jelas sekali lagi dalam kisah di atas bagaimana lelaki bukan Islam Yahudi ini dibenarkan berhujjah untuk dirinya sendiri. Menggunakan peguam adalah sama seperti berhujjah kepada diri sendiri, kerana peguam hanyalah wakil yang mewakili anak guamannya disebabkan kredibiliti, pengalaman dan pengetahuan undang-undang yang lebih baik berbanding anak guamannya.

KESIMPULAN

Hasil dari ringkasan dalil di atas, buat masa ini saya berpandangan, secara ilmiah, logik dan asalnya, tiada salah mana-mana peguam sama ada dalam kes yang melibatkan harta seperti di atas atau kes kekeluargaan dan sebagainya bertindak selaku peguam bagi anak guamannya. Tanpa mengira agama anutannya, apa yang asas adalah hujahnya mestilah menepati displin ilmu Islam yang ‘valid'.

Namun demikian, perlu saya ingatkan sekali lagi, artikel ini hanyalah ulasan ringkas menjawab soalan yang diutarakan. Justeru, beberapa persoalan lain juga perlu diambil kira khususnya dari sudut undang-undang dan pentadbiran.

Sebagaimana isu penggunaan nama Allah, pemerintah mempunyai kuasa ekslusif untuk menyekat jika diyakini ia boleh membawa mudarat tertentu. Malah jika tiada mudarat sekalipun, Allah memberikan kebebasan. Ini jelas dari ayat kedua yang saya bawakan di atas juga iaitu :

فَإِن جَآؤُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُم أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ

Ertinya : Sekiranya mereka datang kepadamu, jalankanlah proses hukuman di antara mereka atau kamu boleh berpaling

Imam Al-Baidhawi dan lain-lain mufassirin menjelaskan:

تخيير لرسول الله صلى الله عليه وسلم إذا تحاكموا إليه بين الحكم والإعراض

Ertinya : Ia merupakan pemberian pilihan kepada Rasulullah s.a.w apabila mereka datang meminta hukuman darinya, sama ada untuk menerima atau menolak ( Tafsir Al-Baidhawi, 2/326)

Justeru itu, pendirian Islam dalam hal ini terbuka kepada pemerintah dan hakim Syar'ie. Mereka boleh menerima kes yang melibatkan bukan Islam di dalam mahkamah mereka, atau menolak. Jika demikian, ini bermakna, menurut peruntukan yang jelas dari Allah ta'ala, Mahkamah Islam juga bebas sama ada untuk menerima peguam Syari'e bukan Islam atau menolaknya sebagaimana halnya penerimaan untuk membicarakan kes mereka atau menolaknya. Kedua-duanya dibenarkan oleh Allah ta'ala

Selain itu, pemerintah sama ada atas nama jabatan Agama Islam negeri berkenaan atau lainnya, mereka mempunyai hak untuk menyusun atur kelayakan khusus untuk sesuatu posisi dan jawatan di dalam perkhidmatan. Justeru, jika telah ditetapkan oleh mana-mana negeri, peguam syarie di negeri mereka mestilah dari kalangan mereka yang beragama Islam sahaja, maka hal tersebut adalah ‘valid' dan wajar dipatuhi.

Pada hemat saya, ia adalah undang-undang yang bersifat administrative dan bukan tegahan atas nama ‘agama' atau dari hujah agama' (kerana kelihatan tiada halangan dari sudut agama), ia adalah syarat pentadbiran, seperti mesti menjalani peperiksaan PTK untuk kenaikan pangkat, menghadiri majlis konvokesyen universiti dengan jubah khas. Memasuki sebahagian kawasan hospital dengan pakaian khas dan sebagainya. Jika kita mampu untuk memahami sedemikian, isu pentadbiran seperti itu, tidaklah wajar diperbesarkan.

PRAKTIKALNYA

Secara praktikalnya saya juga kurang setuju bukan Muslim menjadi Peguam Syari'e, namun apa yang saya bicarakan dalam artikel di atas adalah sebahgain aspek dari sudut hukum. Persoalan peguam ini termasuk dalam bab ‘Al-Wakalah bil Khusumah' atau ‘Al-Wakalah Fi Al-Da'wa'.

Ertinya, perlantikan seseorang terhadap peguam untuk mewakili dirinya dalam perbicaraan. Disebutkan dengan jelas oleh para ulama keharusan bukan Islam untuk mewakili orang Islam dalam apa juga kes melibatkan harta, keluarga, hak pusaka dan sebagainya.

Imam Ibn Qudamah mengatakan :


وإن وكل مسلم كافرا فيما يصح تصرفه فيه صح توكيله سواء كان ذميا‏,‏ أو مستأمنا لأن العدالة غير مشترطة فيه

Ertinya : sesungguhnya jika seorang Muslim melantik wakilnya seorang akfir dalam apa jua perkara yang sah untuknya bertindak, mak sah perlantikannya sebagai wakil (dalam konteks perbincangan kita wakil bil khusumah = wakil pembela atau pendakwa), sama ada kafir itu dari kalangan kafir dzimmi, musta'min kerana keadilan itu tidak disyaratkan (berkait) padanya' ( Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah , Bab Wakalah)

Kerana itu saya katakan, dari sudut hukum Islam, bukan Islam dibenarkan mewakili muslim di mahkamah sama ada mahkamah civil atau mahkamah Syariah (dalam konteks Malaysia). Cuma ia terikat kepada undang-undang administrative yang memerlukan muslim sahaja di mahkamah syariah. Cuma artikel saya lebih kepada mengajak pembaca mendapat info hukum asal, bukan terlalu specific dan menjawab persoalan dalam konteks Malaysia secara khusus.

Adapun hal-hal dan isu seperti ‘kebenaran itu akan menutup peluang kerja muslim', ‘peguam muslim masih ramai', ‘agenda kuffar', ‘aqidah umat islam sedang lemah', ‘agenda murtad bertambah', ‘bagi betis nak peha', ‘kelak nanti memohon menjadi hakim syarie pula' dan sebagainya.

Semua itu adalah faktor-faktor mendatang (li ghayrihi), maka ia memerlukan perbincangan berasingan dan memerlukan berbukti. Maka terbukti, pemeirntah smemeangnya boleh melarang, namun larangan itu bukan atas dari larangan asal yang bersifat (li zatihi) tetapi larangan yang bersifat mendatang. (li ghayiri).

Kita perlu faham satu demi satu dimulakan dengan perspektif hukum Fiqh yang asal terlebih dahulu

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

18 Mei 2010

Sunday, April 11, 2010

Surat Terbuka Buat Dato' Naib Canselor UMP


"Artikel ini di COPY dengan kebenaran dari http://siffusuffi.blogspot.com/ , sahabat seperjuangan Muhamad Suffi Kamari"


Assalamualaikum wbt Salam Mahasiswa Peduli

Ayahanda Profesor Dato' Dr Daing Nasir Bin Ibrahim,Naib Canselor UMP

TTT ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk menulis sedikit hasrat hati mewakili sebahagian besar teman teman seperjuangan dan menzahirkan keinsafan buat diri sendiri andai segala apa yang terbuku diluahkan akan menyinggung perasaan sesiapa sahaja cuma niat TTT hanya ingin membetulkan kembali tohmahan dan fitnah yang tak sudah sudah dilemparkan kepada TTT dan teman teman seperjuangan. TTT tujukan penulisan ini buat Pimpinan Tertinggi UMP terutamanya Ayahanda Dato' Naib Canselor dan seluruh warga UMP yang sudi membaca penjelasan dan penulisan TTT yang tidak seberapa.


Sepanjang 1 tahun 3 Bulan memegang tampuk Pimpinan Mahasiswa UMP amat memberi pengajaran buat TTT dan teman2 lain bahawa tidak semua perkara boleh dicapai. Semangat dan dorongan yang diberikan oleh teman teman seperjuangan bahawa perjalanan ini bukan mudah malah berliku dan tiada kesudahan membuat TTT berasa sangat bertuah untuk merasai sebentar pengalaman bersama teman Mahasiswa UMP,memperjuangankan kebajikan Mahasiswa,Meletakkan kembali Suara Mahasiswa di tempat yang selayaknya,MeMahasiswakan Mahasiswa supaya matang,agresif,responsif dan bertanggungjawab dsb.

Tunjuk ajar,nasihat,kritikan dan panduan yang diberikan oleh Ayahanda Dato' Naib Canselor,Profesor Dr Daing Nasir serta Datin Fazia amat terkesan buat dalam diri.( TTT masih ingat dikala diawal memegang tampuk Pimpinan,TTT dimarahi dan ditegur oleh Dato' Naib Canselor dan Datin mengenai sikap lambat TTT dan teman2 Pimpinan MPP lain dalam menyuarakan Kebajikan Mahasiswa berikutan notis perpindahan yang dikeluarkan oleh Pihak Kolej Kediaman ke 2 kepada beberapa Blok Q untuk diambil perabot untuk diisi di bilek Pelajar Antarabangsa daripada China). Tidak lupa jua TTT kenang dengan kesabaran dan ketenangan Dekan JHEPA ketika itu,Profesor Dr Abdul Jalil Bin Borham yang tidak jemu jemu melayan karenah TTT dan pimpinan Mahasiswa yang lain. TTT hargai bahawa inilah antara pendorong kuat dan terbentuknya semangat juang yang tidak pernah padam.


Banyak Perkara Kita Persetujui Bersama


Di sini,TTT ingin menyatakan dengan penuh rendah diri sebagai sosok tubuh manusia yang lemah dan tiada upaya melainkan kudrat pinjaman daripada Allah swt bahawa kita Pimpinan Mahasiswa bersetuju dan menyokong Pimpinan Dato' Naib Canselor dalam banyak isu dan permasalahan:


1.Diawal kami menjadi Pimpinan Mahasiswa,antara tuntutan awal kita minta kepada Dato' Naib Canselor ialah memberikan autoriti 100% kepada Mahasiswa mengendalikan 2 Program besar tahunan iaitu Minggu Induksi Siswa(MINDS) dan juga penganjuran eXpoconvo UMP.Dato' bersetuju dan kita menyambut baik keputusan ini kerna bagi kami ,ini akan meningkatkan mutu modal insan Mahasiswa terutama dalam beraktivisme,dan membuat keputusan penting dalam sesuatu majlis yang cukup besar ertinya.

2.Isu Harga Makanan dan tuntutan Kafeteria yang baharu dengan sistem yang lebih baik dengan pilihan makana yang pelbagai. Teman Mahasiswa pasti ingat kembali dengan 'Rapat Umum Suara Mahasiswa: 6 Tahun Penubuhan UMP,Kafeteria Masih Ditakuk Lama' yang kita buat serba sederhana di ruang makan Kafeteria KK1 dengan kehadiran sendiri Dato' Naib Canselor,Dekan JHEPA,Tn Hj Pendaftar,pegawai pegawai JHEPA,JPPH dan seluruh teman Mahasiswa. Penuh semngat dan iltizam untuk membawa prubahan positif kearah keselesaan Mahasiswa akan datang.Natijahnya,kita peroleh kepelbagaian makanan yang lebih variasi,lihat sahaja tambahan menu seperti cendol dan rohak mamak,mee sizzling,roti canai,Ice Blended, Western Food dan harga masakan panas yang murah berbanding dahulu. Kafeteria juga diubaha suai dengan memberikan lebih keselesaan kepada Pengusaha Kafe agar bisa menyediakan makanan yang lebih teratur dan selesa. Kehadiran TV Plasma 60 Inch juga memberikan keselesaan kepada Mahasiswa untuk menonton dan mendapatkan maklumat terkini.Kita pasti tidak dapat memuaskan hati semua namun ingin TTT tegaskan perubahan telah sedia ada.


3.Kita juga bersetuju dengan tindakan Dato' Naib Canselor memberikan pendahuluan wang UMP separuh daripada duit PTPTN Mahasiswa UMP di mana ketika itu pihak PTPTN terpaksa lewat masukkan duit student kita kerna masalah teknikal.TTT bersama dengan Bendahari MPP UMP,Sdr Izzat Saidon bertemu sendiri dengan En Zainuddin Bendahari UMP dan seterusnya membawa usul kepada Dato' Naib Canselor dan minta dipermudahkan urusan pendahuluan duit UMP dibayar separuh daripada pinjaman PTPTN Mahasiswa. TTT ingin tegaskan keprihatinan dan kesanggupan Dato' Naib Canselor amat dihargai dan TTT tidak boleh menafikan perkara ini.

4.TTT juga ingin berkongsi betapa kita bersetuju dengan kepantasan bekerja Dato' Naib Canselor apabila membabitkan kebajikan Mahasiswa UMP.Isu Arwah Yasmin Binti Che Razali yang kemalangan meragut jiwa di bahu jalan lebuh raya dihadapan Canseleri UMP pada 24 Januari 2009 amat menyayat hati semua warga UMP.TTT antara saksi awal yang hadir dan terkedu melihat insiden berdarah dihadapan mata TTT sendiri. Dato' Naib Canselor sendiri antara yang awal hadir ke tempat kejadian malah lebih awal daripada van HTAA atau van Pusat Kesihatan UMP sendiri. Kita hargai keprihatinan Ayahanda Dato' Naib Canselor kita.


5.Kita juga bersetuju dan menyokong usaha Pihak Dato' Naib Canselor dan Tn Hj Mustapha Pendaftar UMP dalam membawa Doktor kedalam Pusat Kesihatan UMP. Kita menyatakan secara tegas bahawa sudah lama UMP tiada Doktor tetap akibat beberapa insentif yang kurang menarik dan kekangan doktor tempatan memaksa Pihak UMP diketuai Dato' Naib Canselor mencari doktor luar negara drpd Myanmar. Alhamdulillah,sekarang kita mempunyai 2 orang Doktor di Pusat Kesiahatan UMP.

6.TTT dan teman2 lain juga memberi dokongan kepada polisi memperketatkan undang undang jalan raya dan keselamatan jalan raya di dalam UMP.


7.Pemimpin Mahasiswa termasuk MPP,Presiden Kelab Persatuan diberi Kursus Transformasi kelolaan Excel Training kepunyaan Dato' Dr Hj Fadhilah Kamsah. Banyak yang kami timba dan kami sedar bayaran kursus amat mahal setimpal dengan tanggungjawab kami sebagai Pemimpin Mahasiswa.

8.TTT juga ingin menyatakan betapa terharu dengan sifat prihatin Dato' Naib Canselor yang turun padang sewaktu UMP ketiadaan air yang kronik pada semester lepas. TTT masih ingat akan penjelasan Tuan Hj Rosdi Pengarah JPPH semasa dialog bahawa UMP telah mengeluarkan puluhan ribu menyewa tangki air dan menjadi bekalan sementara kepada Mahasiswa Kita. Statement pedas dibuat Dato' kepada JBA Pahang membuat mereka sedikit tersentak.Namun,TTT dimaklumkan bahawa projek pemasangan paip bekalan air daripada Loji Air Semambu kle Bukit Sulai masih menjadi tanda tanya.


TTT ingin menyatakam terdapat puluhan isu dan perkara yang kita bersetuju dan menyokong penuh kepimpinan Dato' Naib Canselor kita.Sebagai anak,kita berasa Ayahanda banyak berkorban berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan penyampaian UMP. Pelan Transformasi yang dijuang oleh Dato' Naib Canselor sewajarnya memberikan perubahan secara positif kepada warga UMP terutama dikalangan pensyarah dan staff sokongan.


Mengkritik Bukan Bererti Derhaka atau Pembangkang


TTT menganggap Ayahanda Dato' Naib Canselor sebagai ayah kepada seluruh Mahasiswa UMP. Dalam realiti hubungan anak beranak sekelipun pasti ada kritikan dan sungutan si anak kepada ayahnya.Bagitu juga kami,TTT terpanggil dengan secara berani dan berterus terang bahawa kita mengkritik bukan bererti derhaka atau bersifat pembangkang tetapi kami PEDULI dan kami sayang UMP.


1. TTT dan teman2 seperjuangan telah berjuang dan mempertahankan kebajikan Mahasiswa dalam segala hal. Cuma apabila menyentuh ruang aktiviti berhibur dan isu kebudayaan dalam UMP amat TTT bertegas dengan pendirian TTT dan teman2 yang lain.Kita berpendirian dalam menyajikan hiburan dan sebarang bentuk aktiviti kebudayaan mesti menghormati UMP sebagai Institusi Ilmu terulung di Pantai Timur ini dan melandasi Nilai Teras UMP. TTT percaya walau terbuka sekalipun pemikiran dan cara hidup kita,pasti ada hadnya dan membatasi akhlak kita sebagai seorang Mahasiswa di dalam Institusi Ilmu. Kami berulang kali menyatakan pendirian bahawa kita tidak pernah bersetuju dengan Nyayian dan persembahan yang bersifat hiburan semata mata tanpa nilai,wanita secara terbuka membuka dan menelanjangkan maruah(membuka aurat) dihadapan khalayak umum, persembahan berlebih lkebihan sehingga hilang malu dan kawalan dan sebagaimya.Isu Konsert Amal tempoh hari amat mencabar kami sebagai Mantan Pimpinan Mahasiswa bahawa perjalanan konsert yang tidak menghormati UMP sebagai Institusi Ilmu dan melahirkan Modal Insan Terbaik. Kertas Cadangan kepada penganjuran Konsert tidak diambil endah oleh pihak penganjur.Buktinya,semasa di hari konsert, wanita dan lelaki dibiarkan bercampur tanpa batasan.Pergaulan dan percampuran amat ketara apabila artis mula turun khalayak ramai.Apakah ini?Insiden Pensyarah menari nari diatras pentas amat memalukan.Kita kecam bahawa budaya dan perjalanan Konsert Amal amat mengecewakan.




2. Fitnah melata Dato', TTT sendiri dituduh antara orang yang akan menghalang Konsert Amal ini dengan berdemostrasi.Persoalannya,mana dan siapa mereka yang melakukan spekulasi jahat dan terkutuk ini? Menyusahkan Pihak Polis PDRM dan Cawangan Khas dengan spekulasi jahat dan tidak berasas. Kita telah jelaskan dalam kertas cadangan yang TTT juga tanda tangani bahawa Penganjuran Konsert di dalam UMP perlu megikut tata tcara dan menghormati UMP sebagai tempat tradisi ilmu dan melahirkan modal insan.



3.TTT ingin mengulang dan bertegas bahawa kami bersama sama Pimpinan Mahasiswa tidak pernah berbincang secara rasmi atau tidak rasmi untuk mengadakan demonstrasi,rapat umum atau bantahan terbuka dengan tujuan mensabotaj Konsert Amal ini.Kita sedar tanggungjwab kita sebagai Mahasiswa dan batas nya.Tapi jangan lah pandangan berbeza dariapda kami dilihat sebagai Pembangkang dan Perosak.Kami punya maruah dan Anak Muda tidak rela maruah dipermainkan hanya dengan fitnah busuk dan jahat!

4. Dato',salahkah TTT dan teman teman seperjuangan berbeza pendapat dengan mana2 individu dan pihak termasuk Dato' sendiri.Peraturan manakah kita rujuk bahawa Mahasiswa tidak boleh tidak bersetuju waima dengan Naib Canselor sendiri?Kami sayang dan concern pada UMP kerna mempunyai tradisi ilmu yang cukup ampuh,penekanan Core Values UMP semakin dipinggirkan, pengambilan staff UMP yang kurang ketat berbanding dahulu( jika dahulu interview pengambilan pegawai dan staff UMP pasti akan persoalkan Adakah anda solat? dan Apakah anda Merokok?,sekarang staff UMP ramai yang merokok secara terbuka dan penekanan staff dan pensyarah solat jemaah di Masjid UMP hilang begitu sahaja). TTT percaya dan yakin bahawa UMP akan terus maju dan kehadapan setapak lagi andai kita perteguhkan budaya ilmu didalam Universiti kita. Berapa banyak program Kelab Persatuan UMP yang ingin menganjurkan Program Ilmu seperti Pidato Umum( Walaupun sudut Pidato sudah ada,namun idealisme Mahasiswa dan kesedaran amat rendah),bedah buku,forum Mahasiswa,teater budaya,Ceramah Umum,Syarahan Perdana...Hampir tiada yang dianjurkan oleh Mahasiswa sendiri.Kenapa ini berlaku? Kerna jawapan sinis segelintir akan menyalak " Alah, kalau buat pon bukan ada student nak datang pon,bazir tenaga dan duit jer buat majlis ilmu di UMP".Subhanallah, natijahnya,program2 Ilmu terus dipinggirkan didalam Institusi Iimu sendiri.Alahai UMP~


5.Pelbagai isu akan dihadapi oleh kita semua terutamanya Mahasiswa UMP. Kita telah kehilangan status Latihan Industri 6 Bulan di Akhir Semester,Kita masih mempunyai masalah Bekalan Air terutamanya di hujung semester,Kita masih mempunyai masalah kerungsingan Kolej Kediamana Ke 5 yang entah siap entahkan tidak,Kita masih dihantui oleh isu Mahasiswa kita tidak dilayan seperti sewajarnya~pemberian elaun Atlet UMP,ealaun perjalanan mewakili UMP dalam mana2 acara,kemudahan Kompleks Sukan yang kini perlu berbayar,Kita masih mempunyai persepsi buruk layanan kepada Mahasiswa UMP.


TTT bersedia memberi penjelasan dan statement kepada mana mana pihak yang berasa hati tetapi percayalah inilah perkara sebenar benarnya,Malah TTT dan teman2 lain terlalu sibuk dengan menyiapkan PSM 1 dan Test 2 yang berderetan.Kami Mahasiswa Kejuruteraan bukanlah bodoh dan menentang sewenang wenangnya.Kita sebagai Mahasiswa Peduli wajar bingkas bangun memperjuangankan Kebajikan Mahasiswa dengan fakta,rasional dan idealisme anak muda andai ditekan,difitnah dan dipermainkan.

Kepada teman2 Pimpinan MPM ,perteguhkan lah barisan dan jangan mudah goyah dengan segala dugaan yang berlaku. Berilah ketaatan dan kepercayaan pada kepada Sdr Aedlan sebagai Pemimpin kita. TTT teguh berdiri meyokong dan membantu Sdr Aedlan sekiranya dipelukan.Ramai yang mempertikaikan usaha TTT kerna soalah olah membayangi MPM ,jawapan TTT mudah,dalam kerja2 Memperjuangakan Kebajikan Mahasiswa,ia satu kerja meluas dan tidak akan habis ke penghujungnya.Lebih ramai lbih Peduli tanda kesatuan. TTT mendoakan agar teman2 Pimpinan MPM akan terus tabah dan matang mengharungi liku liku kehiupan sebagai Pemimpin Mahasiswa!

TTT mengucapakan terima kasih kepada mereka yang tekun membaca sehingga ke akhir ini.Kita menulis dengan ideaslime anak muda yang asli bukan untuk mengampu atau diampu.Mahasiswa Peduli punya maruah dan kredebiliti untuk menjaga nama baik UMP. Buat Dato',percayalah,kami hanya inginkan terbaik untuk masa hadapan graduan UMP. Malah, TTT dan teman2 Mahasiswa Peduli berhempas pulas menaikkan nama UMP,membawa imej UMP ke persada nasional dan antarabangsa,berulang ulang di kaca televisyen menyatakan Saya Mahasiswa UMP Mahasiswa Peduli,berjuang dan menaikkan nama UMP tanpa berkira soal kewangan,keringat dan tenaga muda kami,Kami hanya minta agar bersikap lebih adil dalam melabel Pemimpin Mahasiswa yang lantang sebagai Pembangkang,Perosak dan sebagainya.


Allah Berfirman:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, Karena sebagian dari sangkaan itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah kamu mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di kalangan kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. (Surah al-Hujurat, ayat 12)




Buang yang keruh Ambil yang Jernih...Hidup Mahasiswa!


TTT Mahasiswa Peduli,Anda bagaimana?


The Think Tanker
8.36 pagi
11 April 2010 di Kolej Kediaman 1

Saturday, March 13, 2010

Nasihat Khalifah Umar Abdul Aziz

Khalifah Umar Abdul Aziz menulis surat kepada semua gabenor yang baru dilantikmya bagi memastikan gabenor-gabenor yang baru dilantik di setiap wilayah pemerintahannya menunaikan amanah yang diberikan sebaik mungkin. Sama-sama kita sebagai pemimpin menghayati kata-kata nasihat dari Khalifah Umar ini :-


"Kamu diamanahkan bagi memikul tanggungjawab ini. Maka lakukanlah dengan ikhlas, jujur dan bertaqwa. Sesungguhnya, sebelum aku ini, ramai yang dianugerahkan jawatan khalifah termasuk Sulaiman bin Abd Malik. Allah menganugerahkan jawatan itu kepada mereka, kemudian mencabutnya semula. Sekarang saya pula yang menggantikan mereka. Sesungguhnya yang mentakdirkan saya berada di tempat ini ialah Allah dan ini bukan tugas yang mudah. Dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini, saya amat takut dengan kemurkaan-Nya. Saya pasti menghadapai masalah yang besar di akhirat nanti kecuali dengan rahmat dan keampunan-Nya."

" Sesiapa yang mahu bekerjasama dengan kami hendaklah dia sedia memberikan kerjasama dalam lima perkara iaitu menyampaikan hajat orang yang tidak sampai hajatnya kepada kami, menunjukkan keadilan kepada kami berkenaan sesuatu yang kami belum mengetahui, hendaklah dengan rela membantu kami menegakkan kebenaran, hendaklah melaksanakan amanah kepada kami dan kepada seluruh manusia, dan jangan sampai ada yang membenci kami. Mereka yang tidak dapat menjalankan lima perkara ini, tidak mungkin dapat berkawan dengan kami."

Friday, March 12, 2010

Mahasiswa boleh kritik kerajaan- Dato' Saifuddin Abdullah




KUALA LUMPUR, 12 Mac: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar sentiasa memperbetul setiap perkara yang dilihat salah bukan sahaja di universiti malah dalam pentadbiran negara.

Bercakap dalam satu forum anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Fakulti Sastera Sains Sosial Universiti Malaya malam tadi, Saifuddin berkata, ianya memerlukan keberanian dalam diri setiap mahasiswa dan mereka harus bertindak secara berjemaah.

Mahasiswa juga tegasnya boleh melontarkan kritikan kepada kerajaan dan kerajaan pula tidak seharusnya melabelkan pengkritik sebagai pembangkang.

"Mahasiswa boleh mengkritik Kerajaan, dan Kerajaan tidak boleh cop pengkritik sebagai pembangkang, " katanya di hadapan lebih 150 mahasiswa yang hadir.

Menyentuh mengenai sudut pidato yang dihidupkan semula di IPT selepas 20 tahun ianya dihentikan, Saifuddin berkata, sudut pidato merupakan satu platform yang sesuai untuk mahasiswa melontarkan idea mereka melalui pengucapan awam.

Bagaimanapun, beliau yang mengakui mahasiswa mempunyai potensi untuk menggugat pentadbiran universiti mahu Hal Ehwal Pelajar (HEP) agar meletakkan halatuju yang betul dan memahami matlamat sudut pidato dihidupkan semula.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak universiti tidak mengenakan terlalu banyak peraturan terhadap penuntut yang ingin membuat pengucapan awam di sudut pidato sebaliknya memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk mengendalikannya.

"Apa maksud mahasiswa menggugat? Mengugat apa? Menteri? Organisasi, HEP, atau KPT?Amalan buruk, rasuah, kebejatan, kebobrokan?

"Melalui sudut pidato. mahasiswa ada potensi menggugat. Sebab itu HEP perlu ada halatuju yang betul dan faham matlamat sudut pidato. Tak perlu banyak undang-undang dan arahan dalam sudut pidato. Biarkan mahasiswa bebas mengendalikan sudut pidato.

"Mahasiswa boleh berfikir dan menentukan halatuju kampus sendiri," katanya.

Sudut pidato kembali diwujudkan di UM selepas lebih 20 tahun ia diharamkan apabila Akta kolej dan Universiti (AUKU) diperkenalkan.

Dua lagi panelis forum 'Mahasiswa Menggugat: Antara Realiti dan Fantasi' itu, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Prof. Dr. Redzuan Osman dan bekas bekan fakulti berkenaan, Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar yang juga penulis buku 'Mahasiswa Menggugat'.

Monday, February 8, 2010

Sejarah dan Hukum menyambt Hari Valentine Day

Assalamualaikum wbth....

Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

Sejarah Sambutan Hari Valentine

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.

* Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

* Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

* Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

* Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum sambut Valentine

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)


Dipetik daripada http://ustazahcyber.blogspot.com