Tuesday, February 15, 2011

Maulidurrasul : Kisah dan teladan yang perlu dihayati ~~~




Sambutan Maulud Nabi pada tahun ini jatuh pada 15 Februari 2011 betul2 sehari selepas 14 Februari 2011,iaitu sambutan Valentine Day oleh masyarakat barat. Alhamdulillah pada maghrib tadi saya sempat mendengar ceramah maulid nabi di Masjid Muaz B Jabal Taman Setiawangsa,KL. Antara isi-isi ceramah yang sisampaikan oleh ustaz jemputan adalah
" Pada suatu malam, Bilal b Rabah tlh b'mimpi Rasulullah , maka perasaan rindu yang t'amat sgt dirasai.. Maka bilal mengambil keputusan utk dtg ke madinah & m'ziarahi makam Rasulullah S.A.W.. Kemudian ketika bilal di madinah, cucu Rasulullah, Hassan & Hussin berjumpa bilal & memohon bilal utk mengalunkan azan setelah sekian lama bilal tidak mengalunkan azan di bumi madinah setelah Rasulullah wafat.pada mulanya bilal berat utk memenuhi permintaan tersebut namun disebabkan cucu kepada Rasulullah sangat mengharapkan, maka bilal mengazankan setelah sekian lama tidak didengari azan bilal oleh penduduk madinah setelah rasulullah wafat.. apabila bilal mula azan, maka para penduduk madinah mendengarnya dan sangat terkejut dengan suara yg sangat merdu sekian lama tidak didengari...maka peristiwa dan pengalaman semasa pengalaman bersama rasulullah mula terbit dihati setiap penduduk madinah yg pernah berada dizaman rasulullah..

Ada yang menyangka adakah Rasulullah telah dihiupkan kembali.. maka semua penduduk madinah berasak-asak ingin memastikan adakah benar rasulullah akan mengimamkan mereka utk solat pada waktu tersbut.. Namun begitu, apabila sampai pada' Asyhadu annamuhammadurrasulullah'.... maka bilal tidak dapat menahan sebak dan tidak mampu utk menyebut nama Rasulullah yang dicintainya... Begitulah betapa rindu, kasih dan sayangnya para sahabat kepada baginda... Adakan ada sedikit rindu kita kepada rasulullah???


Kemudian antara cerita ceramah yang disampaikan adalah "Pada suatu hari di zaman Nabi Musa A.S, ada seorang pemuda yang sering berbuat maksiat kepada Allah meninggal dunia. Disebabkan pemuda tersebut sangat keji dan berbuat maksiat selama 200 tahun, maka tiada siapa ingin memandi & mengkafankan beliau. maka dicampakkan mayat itu di tempat pembuangan sampah. Maka Allah memerintahkan Nabi Musa supaya mengkafankan & menyembahyangkan mayat pemuda tersebut. Kemudian Nabi Musa bertanya kepada Allah, mengapa aku utusan-Mu perlu menyembahyangkan pemuda yang byk berbuat maksiat ini.. Rupa-rupanya pemuda tersebut walaupun die seorg kaki maksiat, namun dia sering membaca kitab suci taurat dan apabil......a tiba di ayat tentang Nabi Muhammad S.A.W, maka pemuda tersebut akan menghayati nama baginda S.A.W dan merindui kepada baginda dan mencium nama Rasulullah..
Begitulah kisahnye tentang kepentingan kita utk merasa kasih dan rindu kepada rasulullah.. ianya adalah sesuatu yang sangat besar... :) "
Alhamdulillah, ceramah yang disampaikan begitu menusuk dikalbu dan sangat terharu sehinggakan Ustaz yang bercerita ini juga tersedak menitiskan air mata... Semoga perkongsian ini dapat sedikit sebanyak menambahkan ilmu dan perasaan rindu kepada baginda Rasulullah S.A.W. insyaallah.. wallahu'alam. Wassalam.

Tuesday, February 1, 2011

Isu di Mesir : Maidan At-Tahrir, Kaherah menjadi Medan Asy-Syuhadak

Maidan At-Tahrir. Kelihatan Muzium Kaherah (bangunan merah), di dalamnya ada banyak mumia firaun termasuk Firaun Ramses II, zaman Nabi Musa as.

Kini medan perkarangan terpenting di Kaherah, Maidan At-Tahrir dipanggil Maidan Asy-Syuhadak. Masjid kecil di medan tersebut, Masjid Ibadur Rahman, setakat jam 3.00 pagi tadi ditempatkan 13 orang yang syahid dan 83 orang yang cedera ditembak polis Mubarak. Ia masjid yang banyak nostalgia peribadi.

Maidan At-Tahrir salah satu tempat saya mencari nafkah, bekerja sendiri mencari tiket kapal terbang untuk pelajar-pelajar Malaysia di Mesir secara kecil-kecilan, tempat buat visa haji guna berniaga di Tanah Suci di setiap musim haji, semasa 8 tahun belajar di Mesir menyara keluarga 9 anak beranak ketika itu. Masjid tersebut tempat saya sering bersolat di situ, kali terakhir bulan Ramadan yang lalu. Dr Yusuf Al-Qardhawy, berasal Mesir kini menetap di Qatar, seperti rakyat di Mesir, meminta Mubarak meninggalkan Mesir dan menyerahkan negara ditentukan masa depannya oleh rakyat secara bebas.

Maidan At-Tahrir juga tempat yang paling strategik. Di sana terletak Kementerian Dalam Negeri, pusat mengawal keselamatan dalam negeri, dan dalam istilah amali banyak negara umat Islam hari ini, ia pusat menjaga kekuasaan pemerintah dalam berhadapan dengan pembangkang, suatu budaya yang langsung tidak ada di negara-negara maju seperti Amerika, Australia dan kebanyakan negara-negara Barat. Sepanjang saya tinggal di Barat selama 5 tahun, pembangkang atau “Opposition” adalah dihormati oleh pemerintah, dikira di dalam dan menyempurnakan sistem pemerintahan negara, ketuanya punya pejabat sendiri di Parlimen dan dapat ruang secukupnya di televisyen dan akhbar resmi negara.

Ini tidak berlaku di banyak Negara Ketiga, atau lebih tepat lagi di negara bermentaliti kelas ketiga seperti banyak negara umat Islam, malangnya (sorry to say). Ketika saya menjawat Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Mesir tajaan Kedutaan Malaysia di Kaherah, saya pernah masuk ke Kementerian Dalam Negeri tersebut secara rasmi. Di perkarangannya saya lihat ramai lelaki yang ditutup mata, menunggu giliran soal siasat. Mungkin mereka dari kumpulan Islam yang berbagai.

Maidan At-Tahrir. Berdekatan dengan medan ini juga terletak Stesen TV Mesir, salah satu tempat dan institusi terpenting dalam negara dan kestabilan pemerintah.

“Maidan” atau medan bererti tempat lapang dan “At-Tahrir” bererti Kemerdekaan. Kini mereka yang berdemo di sana memanggilnya Maidan Asy-Syuhadak bagi memperingati teman-teman mereka yang gugur syahid dalam Intifadhah (Kebangkitan) pada hari-hari 25, 28 dan 29 Januari 2011 lalu, yang belum pernah disaksikan oleh Mesir sejak dahulu. Jika kebangkitan ini berjaya menumbangkan regim diktator Mesir, hampir pasti nama Maidan Asy-Syuhadak akan kekal.

“Katakanlah kepada mereka, ‘Kamu tidak menanti kami melainkan salah satu dari dua kebaikan (iaitu syahid atau menang)…” (Surah At-Taubah). Hari ini bagi rakyat Mesir, kedua-dua kesudahan bagi mereka adalah baik, samada syahid mendapat syurga atau menang hidup mulia di dunia (dan akhirat).

Sekiranya mereka takut syahid, lalu meninggalkan Intifadhah ini, mereka akan terus hidup dan balik ke rumah-rumah mereka seperti kita di saat ini. Sebahagian akan berkata cukuplah dapat hidup, akan tetapi belum tentu mereka hidup mulia. Ini adalah kerana:

1. Regim yang memerintah mereka lebih mengutamakan agenda Barat lebih dari kepentingan mereka dalam mengurus negara dan rakyat. Syariah Islam tidak dilaksanakan sepenuhnya yang menjamin kesejahteraan hidup mereka di dunia dan akhirat. TV dan majalah mereka hampir semua berunsur Barat yang merosakkan moral, akhlak dan akidah di samping menghalang generasi mereka dari memahami risalah umat Islam dalam memimpin dan membimbing dunia dengan cahaya petunjuk Ilahi seperti peranan gemilang Mesir di kurun-kurun lampau.

Apabila Gaza, Palestin dikepung dari mendapat makanan dan ubat-ubatan sejak 2006, diserang oleh Israel pada 2008 dan terus menerus ditindas hingga kini, Mesir tidak membantu sebaliknya tunduk menurut apa yang dikehendaki oleh Israel melalui arahan Amerika. Di antaranya ialah menutup lebih ketat sempadannya dengan Gaza, membina tembok bawah tanah dengan keluli tahan lasak bagi menutup terowong-terowong dan kini membina tembok atas tanah. Begitu sekali ketundukan kita, umat kebenaran, di hadapan umat Barat!!

2. Negara Mesir yang begitu kaya dengan hasil bumi dan kedudukan strategik tidak dikecapi kekayaannya oleh kebanyakan rakyatnya melalui pengurusan kerajaan. Mereka yang hidup sederhana dan baik di segi ekonomi adalah mereak yang bekerja sendiri. Ketika saya di sana 1989-1997, ketika doktor graduan di Malaysia mendapat gaji mula kira-kira RM2500-3000 sebulan, seorang doktor di Mesir mendapat gaji mula sebanyak RM100 sebulan sahaja, dan RM120 jika baru lulus dan menjadi doktor pakar!! Sedang harga beras, gula, daging dsb kecuali sayuran dan buahan adalah hampir sama dengan Malaysia ketika itu (hari ini, setelah berlaku kenaikan petrol 2 tahun lalu, kebanyakan harga adalah lebih mahal dari Malaysia). Mesir tersangat kaya melalui kutipan yuran laluan kapal-kapal laut melalui Terusan Suez, terusan paling penting di dunia, namun semua kekayaan tersebut tidak bermakna bagi kebanyakan penduduknya. Oleh itu kebanyakan professional mereka samada bekerja swasta atau mempunyai kerja sampingan seperti membawa teksi, menjual ikan dan sebagainya.

Pernah seorang akauntan berbangsa Australia baru memeluk Islam belajar bahasa Arab sebentar di Mesir. Dia tidak percaya apabila saya memberitahunya tentang gaji-gaji ini sehinggalah suatu hari apabila emaknya datang menziarahinya dan selepas itu mahu ke Cairo Airport untuk pulang ke negaranya. Di luar rumah saya menahan sebuah teksi. Di dalam teksi ke airport, dia kata dia risau emaknya yang tua tidak tahu ke mana nak dituju ketika emaknya berseorangan di dalam airport nanti. Saya berbual dengan pemandu teksi, dan pemandu teksi kata nanti dia tolong. Saya katakan pada sahabat Australia ini seperti yang dikatakan oleh pemandu teksi, namun beliau masih risau kerana kita boleh tolong emaknya di luar airport, sedang dia risau bagaimana keadaan emaknya ketika di dalam airport. Pemandu teksi kelihatan tenang sambil berkata jangan risau. Setiba di airport, pemandu teksi tolong membawa beg-beg masuk ke dalam airport setelah dia mengambil dan memakai lencana khas di bajunya. Rupa-rupanya beliau, seorang pemandu teksi, adalah juga seorang akauntan kanan Cairo International Airport!! Baru sahabat saya ini dapat mempercayai masib umat Islam yang cuba saya sampaikan kepadanya. Apa yang berlaku di negara-negara Arab banyak tidak tergambar oleh mereka yang tidak pernah hidup di sana. Bagi saya, memahaminya sangat membantu memahami perjuangan Islam itu sendiri dan hakikat pertarungan antara Haq dan Batil, bukan sahaja di Mesir, tetapi di seluruh dunia!

3. Seseorang itu mulia apabila dia hidup bebas, boleh membuat keputusan bebas dan terbaik untuk diri, keluarga dan umatnya demi kebaikannya di dunia dan akhirat. Ini termasuk kebebasan bersuara yang benar dan membina kepada sesiapa termasuk pemerintah, keadilan dalam sebarang pendakwaan ke atas dirinya “innocent unless proven guilty” dan lain-lain hak diri insan yang kemuncak ialah kebebasan dalam mendengar kempen di televisyen, menilai parti atau badan yang terbaik dan seterusnya kebebasan mengundi dalam pilihanraya. Kesemuanya tidak dikecapi di Mesir.

Sebaik Iraq berjaya ditawan oleh Amerika tahun 2003, Presiden Bush memberi alasan kepada dunia bahawa Amerika cuma hendak “mendemokrasikan” Iraq sambil memberi, kononnya, amaran kepada negara-negara Arab yang lain agar berfikir untuk berbuat demikian. Kesan langsung dari itu, kali pertama saya lihat kain rentang pilihanraya (majlis bandaran) di Madinah, Saudi Arabia, negara sistem beraja, yang belum pernah berlaku sebelum ini, dan tidak pula berlaku selepas itu. Pilihanraya Mesir 2005 diadakan dalam 3 pusingan. Pusingan 01 sangat bebas menyebabkan Ikhwan Muslimin akhirnya mendapat 88 dari 444 kerusi Parlimen, iaitu kira-kira 20%. Pusingan 02 dan 03 menyaksikan penipuan yang tiada tolok bandingnya. Namun setelah 5 tahun berlalu, “seruan demokrasi” oleh Amerika telah reda, Mesir kembali kepada sikap asalnya. Dalam Pilihanraya 2010 bulan November lalu, Ikhwan Muslimin tidak dimenangkan walaupun untuk mendapat 1 kerusi pun!! Di sini, rakyat merasa sangat tertipu dan dihina, lalu menyumbang kepada Intifadhah yang sedang kita saksikan.

Sehingga ke dekad atau kurun mana Yahudi, melalui Amerika dan negara-negara Barat, akan dapat memperkudakan pemimpin negara-negara Arab ? Masa depan umat Arab, seperti juga banyak umat Islam yang lain, adalah terletak pada umatnya, bukan pemerintahnya yang berkiblat Barat, terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.

Kantoi!! Begini akhbar utama Mesir, Al-Ahram, menyiarkan foto persidangan lima negara mengenai isu Palestin di kediaman Presiden Amerika, “White House” tahun lalu.

Pendek kata jurang di antara pemerintah dan rakyat terlalu jauh, begitu juga jurang kekayaan di antara sebilangan kecil penduduk yang menikmati kekayaan hebat Mesir dengan kebanyakan penduduknya yang malang adalah juga sangat jauh.

Umat yang hidup adalah umat yang berani dan berkorban menuntut hak walaupun mereka hidup sederhana, manakala umat yang mati adalah umat yang tidak bertindakbalas walaupun dihina dan dikalahkan, walaupun mereka mewah. Setelah umat Melayu kehilangan Temasik pada 9.81965, Pulau Timur Timor pada 20.5.2002 dan Pulau Batu Putih, Johor pada 23.5.2008, mereka akan kehilangan Tanjong Pagar pada 1.7.2011 ini.

Dunia kini terbahagi dua, pihak yang berharap agar Intifadhah Mesir 2011 ini gagal, mereda, regim Mubarak terus berkuasa dan mencengkam rakyatnya dan segala kepentingan Barat dan Israel terus terpelihara, manakala satu pihak lagi berdoa agar Intifadhah berkat ini terus berterusan hingga berjaya menundukkan regim Mubarak. Jika berjaya ia bukan sahaja satu sejarah Mesir yang baru, akan tetapi oleh kerana Mesir adalah abang sulung kepada semua negara umat Islam, memiliki Terusan Suez, bersempadan dengan Israel, memiliki bilangan ulamak dan pendakwah yang teramai di dalam dunia Islam, kejayaan Intifadhah ini adalah satu sejarah dunia yang baru. Ia akan merubah kesemua formula dan percaturan politik, ekonomi dan budaya seluruh dunia!!

“Kami ingin menganugerahkan orang-orang yang tertindas di muka bumi. Kami hendak menjadikan mereka imam-imam (di tempat mereka). Kami hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (kepimpinan dunia). Kami meneguhkan mereka di muka bumi. Kami (hendak) memperlihatkan Firaun, Haaman dan tentera-tenteranya apa yang mereka takutkan (kebangkitan dan kekalahan)” (Al-Qasas: 5).

Semoga Allah swt memenangkan hamba-hambaNya yang soleh, menerima mereka yang gugur dalam perjuangan sebagai para syuhadak, menanam kesabaran kepada ahli keluarga mereka, meneguhkan pendirian pejuang-pejuang kebenaran sepanjang zaman di seluruh pelusuk dunia. Ameen.

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Naib Presiden I,
Ikatan Muslimin Malaysia

Wednesday, December 15, 2010

Ketuanan melayu VS Ketuanan Islam : Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dari katil wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya dibekalkan dengan akhbar untuk dibaca saban hari. Nampaknya isu ketuanan Melayu masih menjadi ratib yang tidak henti-henti keluar dari mulut pimpinan UMNO. Peliknya tidak pula istilah ini disebut ketika Konvensyen BN 2010 yang lepas. Adakah Ketuanan Melayu tidak boleh menembusi pintu Dewan San Choon, Wisma MCA di mana konvensyen itu berlangsung?



Ketuanan hendaklah kembali kepada Islam. Tidak dinafikan bahawa di Negara ini majoriti umat Islam ialah berbangsa Melayu, ini sepatutnya menjadi satu kebanggaan bangsa Melayu sendiri yang sudah menerima Islam beratus-ratus tahun yang lampau. Bukankah Islam itu anugerah daripada Allah SWT? Tidakkah hanya orang yang bertuah sahaja yang akan menerima anugerah daripada Allah SWT? Firman Allah SWT :


لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُوا عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ


Yang bermaksud : Sesungguhnya benar-benar Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus diantara mereka seorang Rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al hikmah. dan Sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali-Imran : 164)


Namun, dukacita sekali apabila ada orang Melayu sendiri yang menolak Islam. Menolak Islam bererti menolak ketuanan Islam. Bila menolak Islam ertinya menolak anugerah daripada Allah SWT. Seolah-olah Islam ini bahan buangan yang tidak layak untuk diterima, demikianlah barangkali tanggapan mereka yang mengenepikan Islam sebagai perundangan hidup mereka. Hari ini, seruan Islam yang menjadi tonggak orang Melayu ini diganti dengan nasionalis. Dengan slogan Ketuanan Melayu, mereka beria-ia menjulang keris tumpul itu kononnya merekalah pendekar sejati mempertahankan hak Melayu. Apa yang peliknya, di samping menjulang Ketuanan Melayu itulah, mereka telah terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah dan pecah amanah. Halalkah pelakuan rasuah ini di sisi mazhab Ketuanan Melayu? Melaungkan Ketuanan Melayu dengan mengenepikan Islam hanya akan menjadikan bangsa Melayu lebih hina, bukannya lebih mulia.


Bolehkah pimpinan sebegini menjadi tempat bergantung rakyat? Bukan sahaja orang bukan Melayu, bahkan orang Melayu sendiri akan disembelih dengan slogan seperti ini. Buktinya, di Kelantan yang majoritinya bangsa Melayu, dinafikan peruntukan pembangunan dan royalti minyak oleh Ketuanan Melayu. Melayu tidak terjaga, Islam pun terlepas dari genggaman. Hakikatnya, perjuangan Ketuanan Melayu ini hanyalah perjuangan sia-sia. Demi menyedarkan rakyat tentang hakikat inilah, saya gagahi diri saya untuk terus berjuang memberikan kefahaman agar rakyat menerima Islam sebagai addin (din dandaulah). Dalam hal ini, saya berterima kasih kepada salah seorang pemimpin UMNO Kelantan yang mendoakan kesihatan saya agar terus dapat berjuang menentang UMNO. Semoga doanya dimakbulkan Allah, insya-allah Amin.


Marilah balik kepada Islam sebagai penyelesaian yang sempurna, yang datang daripada Allah SWT. Ia sudah sempurna, tanpa cacat cela sedikitpun.


Firman Allah SWT :


وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


yang bermaksud : Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. tidak ada yang dapat merobah robah kalimat-kalimat-Nya dan dia lah yang Maha Mendenyar lagi Maha Mengetahui. (Surah al-An’am, ayat 115)


Al-Quran ialah manual yang diturunkan oleh Allah SWT untuk mentadbir dunia. Justeru, apabila terdapat beberapa orang Raja-raja Melayu yang menyuarakan kebimbangan berkenaan nasih orang Melayu, saya sarankan supaya marilah kita merujuk kepada Al-Quran. Pada saya, Raja-raja Melayu berhak bimbang jika benar orang-orang Melayu terancam, tetapi marilah kita mencari penawar yang betul untuk penyakit yang berlaku. Tidak guna jika menggunakan ubat yang salah, penyakit tidak sembuh bahkan semakin melarat. Dalam hal ini, Ketuanan Melayu ialah ubat yang salah bahkan ia sebenarnya racun yang bisa.


Al-Quran menyatakan bahawa sesuatu bangsa tidak mempunyai sebarang kelebihan ke atas bangsa yang lain, yang melebihkannya hanyalah taqwa kepada Allah SWT. Renunglah sejenak sekali lagi firman Allah SWT :


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13)


Yang bermaksud : Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah al-Hujurat, ayat 13)


Kemuliaan tidak pernah bergantung kepada bangsa. Ia hanya wujud apabila sesuatu bangsa itu bertaqwa kepada Allah SWT. Bangsa Arab yang melakukan hampir kesemua jenis jenayah di dunia, akhirnya menjadi mulia apabila menerima Islam. Jika bangsa Arab yang sedemikian jahil itupun dimuliakan Allah SWT dengan Islam, apa peliknya jika bangsa Melayu pun boleh dimuliakan oleh Allah SWT, syaratnya berpegang dengan Islam?


Justeru, bolehkah kiranya saya meletakkan harapan kepada pihak Raja-raja Melayu agar membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah yang berlaku? Yakinlah, dengan Islam, Melayu akan terbela. Alhamdulillah, di Kelantan, saya telah menerajui kerajaan negeri selama 20 tahun dengan tidak pernah menyebut Ketuanan Melayu, namun orang Melayu tetap terbela dan terjaga. Manakala KDYMM Sultan Kelantan pula disayangi oleh semua bangsa di Kelantan. Kaum bukan Melayu pula tidak mempunyai sebarang masalah untuk berada di Kelantan. Bimbang saya andainya Ketuanan Melayu disebut-sebut dan diulang-ulang, ia hanya akan memarakkan dendam dalam diam dan membakar di dalam senyap.


Di sudut yang lain pula, Ketuanan Melayu jugalah yang telah menghapuskan tulisan jawi di sekolah-sekolah satu ketika dahulu sehingga hari ini melahirkan generasi yang buta al-Quran. Jawi yang menjadi tulisan asal bahasa Melayu di’kebumikan’ secara terhormat oleh Ketuanan Melayu . Ketuanan Melayu jugalah yang menghapuskan bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat dan Ketuanan Melayulah yang bertanggungjawab terhadap terhakisnya tanah rezab Melayu di seluruh negara. Jenayah Ketuanan Melayu ini sebenarnya cukup panjang untuk ditulis. Ia menyimpulkan bahawa Ketuanan Melayu tidak membawa apa-apa faedah untuk negara hatta untuk bangsa Melayu sekalipun.

Marilah kita sama-sama mengingatkan satu sama lain tentang akhirat. Akhirat yang menjadi tempat tuju samada Melayu atau bukan Melayu. Ia khusus untuk Allah SWT membalas setiap perbuatan manusia. Justeru, kita diperintahkan mengulang-ngulang peringatan ini beratus ribu kali sepanjang hidup kita melalui surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam solat. Tujuh ayat yang menjadi agenda utama hidup seorang muslim diulang baca sentiasa, dan satu daripada ialah peringatan tentang hari kiamat :


مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ


Yang bermaksud : Yang menguasai di hari Pembalasan.


Yakinlah, tibanya kita di stesen yang bernama akhirat, Ketuanan Melayu tidak akan membawa apa-apa harga lagi di mahkamah Allah SWT!


HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Wad 2, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian

6 Muharram 1432H / 13 Disember 201M

Tuesday, November 23, 2010

Kenapa pakai tudung besar-besar ? tak rimas ke????

Suatu kisah yg diambil daripada pengalaman seseorang di kampus IPTA ....

Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

" Awak, boleh saya tanya?"

"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.

"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.

Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.

"Tapi kenapa ya?"

"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.

Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.

" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"

Dia mengangguk

"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.

"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.

"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.

"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.

" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"

"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"

"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"

Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."

Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.

"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seatbelt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan" Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.

"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"

Dia menggeleng kepala tanpa suara.

" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat'. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.

" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.

"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."

"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.

"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.



"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..

Dia mengangguk...

"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.

" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.

Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil brmonolog sendirian.

'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.

dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...

Wallahu'alam. ^_^


Tuesday, October 12, 2010

LAMAR LELAKI LANGKAH TERPUJI


Assalamualaikum wbth...

Perkongsian artikel dari http://mujahid86.blogspot.com/2010/10/lamar-lelaki-langkah-terpuji.html#more ...

LAMAR LELAKI LANGKAH TERPUJI

ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya de­ngan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.

IKAT PERTUNANGAN...tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.

Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.

Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.

Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.

Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.

Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.

Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.

Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?

Mungkin kaum wanita mengang­gap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.

Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.

Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.

Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasa­ngan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.

Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.

Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya...!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)

Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.

“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.

“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.

“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.

“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.

Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.

“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.

“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.

Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.

Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.

“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.

“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.

“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.

Berdasarkan sejarah yang masy­hur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.

“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.

“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.

“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.

“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.

Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasa­ngan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.

“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat de­ngan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.

“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.

“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.

Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.

“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mung­kin Allah hendak selamat­kan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.

“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.

“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.

Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.

“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.

Wallahu'alam. Wassalam

Wednesday, September 15, 2010

interesting conversation..

Assalamualaikum wbth dan selamat sejahtera...

Don't miss even a single word… Every second is worth reading this mail... Too good An atheist professor of philosophy speaks to his class on the problem science has with God, The Almighty..

He asks one of his new students to stand and.....

Prof: So you believe in God? Student: Absolutely, sir.

Prof : Is God good? Student: Sure.

Prof: Is God all-powerful? Student : Yes.

Prof: My brother died of cancer even though he prayed to God to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But God didn't. How is this God good then? Hmm? (Student is silent.)

Prof: You can't answer, can you? Let's start again, young fella. Is God good? Student: Yes.

Prof: Is Satan good? Student : No.

Prof: Where does Satan come from? Student: From...God.. .

Prof: That's right. Tell me son, is there evil in this world? Student: Yes.

Prof: Evil is everywhere, isn't it? And God did make everything. Correct? Student: Yes.

Prof: So who created evil? (Student does not answer.)

Prof: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don't they? Student: Yes, sir.

Prof: So, who created them? (Student has no answer.)

Prof: Science says you have 5 senses you use to identify and observe the world around you. Tell me, son...Have you ever seen God?

Student: No, sir.

Prof: Tell us if you have ever heard your God? Student: No, sir.

Prof: Have you ever felt your God, tasted your God, smelt your God? Have you ever had any sensory perception of God for that matter? Student: No, sir. I'm afraid I haven't.

Prof: Yet you still believe in Him? Student: Yes.

Prof: According to empirical, testable, demonstrable protocol, science says your GOD doesn't exist. What do you say to that, son? Student: Nothing. I only have my faith.

Prof: Yes. Faith. And that is the problem science has.. Student: Professor, is there such a thing as heat?

Prof: Yes. Student: And is there such a thing as cold?

Prof: Yes. Student: No sir. There isn't. (The lecture theatre becomes very quiet with this turn of events.)

Student : Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat. But we don't have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can't go any further after that. There is no such thing as cold . Cold is only a word we use to describe the absence of heat. .. We cannot measure cold.Heat is energy . Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it . (There is pin-drop silence in the lecture theatre.)

Student: What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness? Prof: Yes. What is night if there isn't darkness?

Student : You're wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light.....But if you have no light constantly, you have nothing and it's called darkness, isn't it? In reality, darkness isn't. If it were you would be able to make darkness darker, wouldn't you?

Prof: So what is the point you are making, young man? Student: Sir, my point is your philosophical premise is flawed.

Prof: Flawed? Can you explain how? Student: Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite, something we can measure. Sir, science can't even explain a thought. It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing. Death is not the opposite of life: just the absence of it. Now tell me, Professor. Do you teach your students that they evolved from a monkey?

Prof: If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do. Student: Have you ever observed evolution with your own eyes, sir? (The Professor shakes his head with a smile, beginning to realize where the argument is going.)

Student: Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavor, are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher? (The class is in uproar.)

Student: Is there anyone in the class who has ever seen the Professor's brain? (The class breaks out into laughter.)

Student : Is there anyone here who has ever heard the Professor's brain, felt it, touched or smelt it? No one appears to have done so.. So, according to the established rules of empirical, stable, demonstrable protocol, science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir? (The room is silent.. The professor stares at the student, his face unfathomable. )

Prof: I guess you'll have to take them on faith, son. Student: That is it sir... The link between man & God is FAITH . That is all that keeps things moving & alive.


NB: I believe you have enjoyed the conversation. ..and if so...you'll probably want your friends/colleagues to enjoy the same...won't you?....


This is a true story, and the student was none other than........ . Muhammad Ali Jinnah , Founder of Pakistan .

Tuesday, September 7, 2010

Why Muslim Fasting and celebrate Aidulfitri????

Assalamualaikum wbth...

Insyaallah satu perkongsian dialog dan sesi soal jawab dengan Brother Shah Kirit... Semoga mendapat manfaat.

Bro. Shah Kirit b. Kakulal Govindji


  • Memeluk Islam pada tahun 1996

  • Terlibat secara intensif di dalam program “International Da’wah Training Programe” di IRF Mumbai, India yang dikelolakan oleh presiden Islamic Research Foundation (IRF), Dr. Zakir Naik.

  • Terlibat secara langsung dalam menganjurkan kelas perbandingan agama untuk pelajar universiti dan orang awam di IIS

  • Penceramah jemputan Jabatan Agama Islam, Kerajaan dan Swasta, Universiti dan gereja

  • Pegawai dakwah, IIS

  • Pengarah Saba Islamic Media K. Baru.


Q : What is fasting in Islam and can you share with us your experience and perspective on fasting during the auspicious month of Ramadhan and on Aidulfitri celebration in Malaysia.



Bro Shah Kirit : Fasting is a practice observed across many religion, albeit with various degree of variation to the practice in Islam. I too had observed fasting in accordance to my previous religion since my younger days. Of course, then I was not required to abstain from food and water altogether. As a matter of fact, I became a Muslim in the month of Ramadhan. I began fasting immediately, doing the best that i could for the remaining days of Ramadhan. It took me a few years to 'perfect' may fasting and be able to fast completely in Ramadhan.

Observing fast during the subsequent years has greatly enriched my understanding and appreciation of its significance. Just as important, I have also learn to differenciate between religious requirements and cultural practices amongst the Muslim in Malaysia, which is some cases are not quite the same things.

During ramadhan, Muslims are required to abstain from eating,drinking and sexual relations with their spouses from sunrise to sunset. I used to marvel at how Muslims could survive the month of Ramadhan. To many people, missing breakfast or lunch, or both would be unbearable enough. The idea of not drinking the whole day, not even a drop of water, would sound suicidal. Well, astonishing as it was to me, I soon found out that with sincere intention and unflinching resolve to fast - in obedience to and for the sake of Allah, fasting in the month of Ramadhan turned out to be effortless and in fact ' pleasurable'.

It is interesting to note that some of the main activities prohibited in Ramadhan, like eating and drinking, are lawful during other times. Since even these normally legitimate actions are forbidden during the day in Ramadhan, immoral and harmful deeds are naturally and automatically prohibited altogether and at all times. Consequently, the month of Ramadhan has always been an effective training ground for one to keep away from vices and/or bad habits. One good example that actually occurs very frequently would be the case of chain smokers able to drop the habit significantly and in many cases, permanently, as a result of having to completely keep away from cigarettes during the daytime in Ramadhan.

In general, Muslim in the month of Ramadhan are calmer, more patient and more able to control their temper. Prophet Muhammad (peace be upon him) has taught us : " Fasting is a shield. So, the person observing fasting should avoid immoral acts and should not behave foolishly and impudently; and if someone wishes to fight with him or abuses him, he should tell him twice, ' I am fasting' " ( Sahih Bukhari 3:31:118 ).

Throughout the month of Ramadhan, there are plenty of opportunities to increase or enhance our worship of the one true God. Every single responsibility ( religious in nature or otherwise ) carried out for sake of Allah is rewarded in abundance. We start our day with sahur ( very early breakfast) together as a family and then performing the subh ( dawn ) prayer. Everyone - male or female, rich or poor - will abstain from food and drink during the day. The family would normally break the fast together in the mosque, which has the effect of fostering closer ties. Performing the obligatory Maghrib and Isya' prayers, and a little later the optional Tarawih prayer in congregation, further strengthen the feeling of brotherhood in Islam.

Beside spiritual benefits, fasting the whole month of Ramadhan offers other benefits as well. As there is less intake of food, by right, one's spending during the period should, by right, reduce significantly. One should avoid wastage and overspending in Ramadhan and spend only according to one's needs. One should not overeat during the breaking of fast, but rather keep the amount of food intake similar to a normal dinner.

The health benefits of fasting in Ramadhan are obvious and real. For a whole month, the body gets a refreshing rest from having to digest and process food continuously throughout the year. This helps to detoxify the body. Contrary to what some people would imagine, far from being physically weakened, one would actually find oneself rejuvenated and strengthened. The analogy is that of a car which requires regular scheduled servicing after continuous usage.

After one month of raining in Ramadhan towards achieving purity and wholesomeness , Muslim celebrate Aidulfitri, which is Arabic for ' the Festival of Breaking Fast' or ' Celebrating the return to state of Fitrah ( Nature ) '. The idea is to stay away from corrupt influences and practices,and strive to approach the state of purity comparable to that of a new-born baby. Prophet Muhammad said : " Every child is born in the state of fitrah.... " ( Hadis Bukhari 2:23:441 ) . Thus, for a Muslim, the end of the blessed month of Ramadhan should be the beginning of our creation, as khalifah ( vicegerent ) on earth, doing good and worshiping Allah alone.

Although religiously speaking , 'Aidulfitri is celebration for only one day, it is traditionally common that the spirit of celebration goes on for the whole month of Syawal, the following lunar month. Opportunity is taken to visit relatives and friends, in the spirit of renewal of relationships. This is important, especially in this age of materialism and the ' rat race', where very little time is spent on human needs and in caring for each other. It is common to find that for many people in Malaysia, Aidulfitri is the only time of the year when the whole family gets together. There is also the beautiful Malaysian tradition of seeking forgiveness of one another during the celebration. As an antidote to numerous intra and inter- culture issues within the country, the beautiful spirit of Aidulfitri should be maintained throughout the year. Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin . ^_^

Copied from book " Ask Brother Shah" , Saba Islamic Media.

Wallahu'alam. Wassalam.