Friday, January 29, 2010

Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar UMP 0910

Assalamualaikum wbth...


Berikut adalah kabinet tidak rasmi bagi MPPUMP 0910.


MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 09/10

YANG DI-PERTUA

MOHD AEDLAN NUR B AHMAD

TIMBALAN YANG DI-PERTUA

NUR HAFIZAH BINTI ABDUL RAZAK

NAIB YANG DI PERTUA (GAMBANG)

NUR FASIHAH BT ABDUL KADIR

NAIB YANG DI PERTUA (PEKAN)

ABDUL KHALIQ B. ABDUL KADIR

SETIAUSAHA AGUNG

NURUL NADIA BT MAT JALALUDDIN

TIMBALAN SETIAUSAHA

MUHAMAD SOLIHIN BIN HASHIM

BENDAHARI

WAN MOHD FAUZI B WAN RUSLI


PENGERUSI JAWATANKUASA AKADEMIK & INTELEKTUAL

TAY CHZE HUAT

PENGERUSI JAWATANKUASA KEBAJIKAN (GAMBANG)

NUR AZURA BT KARJANTO

PENGERUSI JAWATANKUASA KEBAJIKAN (PEKAN)

MOHAMAD NAQIB AMIRUL B RASHID

PENGERUSI JAWATANKUASA KEBUDAYAAN & PERPADUAN

SITI NUR KHAIRUNISA BINTI MOHD AMIR

PENGERUSI JAWATANKUASA INFORMASI & PENERBITAN

MUHAMMAD NUR ZAKWAN BIN ZAINAL

PENGERUSI JAWATANKUASA PERHUBUNGAN AWAM & ANTARABANGSA

NUR SYAMIMI BT CHE’ HUSSIN

PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN INSAN & KOMUNITI

AMEER FARHAN B SADIMIN

PENGERUSI JAWATANKUASA SUKAN & REKREASI

MOHAMED NAZLEMIN BIN MAT HASSAN


PENGERUSI JAWATANKUASA KEUSAHAWANAN & KERJAYA

RAJA GOPAL A/L VANALAGAN

PENGERUSI JAWATANKUASA PENYELIDIKAN & TUGAS – TUGAS KHAS

NURUL FARAH AIN BT ABDUL HAMID

PENGERUSI JAWATANKUASA SAHSIAH & KEROHANIAN

TALHAH-ABDULLAH BIN AMIR

PENGERUSI JAWATANKUASA HELWA

NOR ATIKAH BT MAT YUSOFF

PENGERUSI JAWATANKUASA KOLEJ KEDIAMAN

AMIRUL EDHAM B ROSLEE

PENGERUSI JAWATANKUASA PERPADUAN

THINESH A/L KUNASEGARAN

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UMP SESI 2009/2010


Majlis Pengumuman Keputusan Pemilihan MPP Sesi 2009/2010 telah disempurnakan pada 6.45 ptg td oleh Y. Bhg Prof. Dr. Ridzuan Nordin, Dekan JHEPA. Tahniah diucapkan kepada semua.

Berikut merupakan keputusan untuk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010.

Calon UMUM

1.MOHD AEDLAN NUR B AHMAD -2918 undi

2.WAN MOHD FAUZI B WAN RUSLI - 2184 undi

3.NUR HAFIZAH BINTI ABDUL RAZAK - 3070 undi

4.NUR FASIHAH BT ABDUL KADIR - 3024 undi

5.UMMI ‘AQILAH BT OTHMAN - 2016 undi

6.MOHD HAZWAN SYAFIQ B. HARUN - 1881

7.HASSANAL HARIS - 1438 undi

8.NURUL NADIA BT MAT JALALUDDIN - 2987

9.MUHAMAD SOLIHIN BIN HASHIM - 2073

10.MUHAMMAD FARIS BIN HASSIN - 1845 undi

11.NURUL SYAMILA BT MOHD ROSLI - 1481 undi

12.ABDUL KHALIQ B. ABDUL KADIR - 2490 undi

13.MOHD FADZRUL HISYAM BIN BADARUDIN - 1699 undi


Calon Fakulti Mekanikal
-
1.AMEER FARHAN B SADIMIN - 625 undi

2.MOHAMAD NAQIB AMIRUL B RASHID - 439 undi

3.MOHD ZAFRULLAH B ZULKIFLI - 428 undi



Calon Fakulti Kimia dan Sumber Asli

1.AMIRUL NAAIM B AKASAH -192 undi

2.ONG HANG CHUAN - 331 undi

3.SITI NUR KHAIRUNISA BINTI MOHD AMIR - 698 undi

4.TALHAH-ABDULLAH BIN AMIR - 635



Calon Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian

1.MUHAMMAD ZULFARIS B. MOHD SALLEH - 181 undi

2.NUR SYAMIMI BT CHE’ HUSSIN - 248 undi

3.TAY CHZE HUAT - 290 undi

4.SAMSURI B NASRUDI - 231 undi

5.MOHD NAQIUDDIN B HARUN - 196 undi



Calon Fakulti Eletrik & Eletronik

1.NURUL FARAH AIN BT ABDUL HAMID - 522 undi

2.CHIO THIAM WEI - 272 undi

3.MUHAMMAD NUR ZAKWAN BIN ZAINAL - 490 undi



Calon Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam

1.RAJA GOPAL A/L VANALAGAN - 447 undi

2.MUHAMMAD FARID BIN IDRIS - 403 undi

3.NUR AZURA BT KARJANTO - 472 undi



Calon Fakulti Kejuruteraan Pembuatan & Pengurusan Teknologi

1.THINESH A/L KUNASEGARAN - 246 undi

2.CHAI CHEN THAI - 178 undi

3.MOHAMED NAZLEMIN BIN MAT HASSAN - 258 undi

4.SIMON PETER CHANDRAN - 210 undi


Fakulti Sains & Teknolgi Industri

1.AMIRUL EDHAM B ROSLEE - 122 undi

2.NOR ATIKAH BT MAT YUSOFF - 111 undi

3.ALIAA DIYANA BT ABDUL HISHAM - 31 undi

4.HUSNUL FATIMAH BT HUSRIN - 60 undi

Harap maklum. Wassalam

Thursday, January 28, 2010

Apakah itu pemimpin??

Assaamualaikum wbth dan selamat sejahtera...

Setiap manusia yang berada di muka bumi ini adalah khalifah. Semua orang tidak kira perdana menteri, pensyarah,guru, polis, mahupun pengemis sekali pun adalah pemimpin. Kalau bukan pemimpin kepada sesuatu organisasi, ianya tetap sebagai pemimpin keluarga , pemimpin kepada adik beradik atau pun sekurang- kurangnya pemimpin kepada diri sendiri.

Mengapa penting sangat untuk memilih pemimpin??

Kebanyakan orang kurang mengetahui, mengapa kita perlu mengundi?? mengapa perlu memilih pemimpin yang benar-benar layak?? sedangkan solat yang 5 minit itu pun kita perlu melantik seorang imam melalui syarat-syarat yang ditetapkan seperti baik bacaan fatihahnya, berilmu, bukan ahli maksiat dan sebagainya. Apatah lagi ingin melantik seorang pemimpin sebulan, 6 bulan, setahun atau pun 2 tahun sebagai pemimpin.

Apa yang perlu ada pada seorang pemimpin adalah hubungan yang kuat dengan yg maha pencipta ( mcm nilai teras UMP plak..hehe) . Mengapa pentingnya perkara ini?? kerana kita tidak mahu orang yang memimpin kita hanya mereka yang pandai berkata-kata, mereka yang hebat dari segi pengurusan, pemikiran tetapi dari segi solatnya, akhlaknya kurang memuaskan. Hubungan yang kuat dgn yang maha pencipta boleh dikatakan sebagai perkara basic bagi setiap pemimpin, malah kepada semua manusia. Bak kata bekas Rektor KUKTEM yang lepas, kalau dengan tuhan di boleh tipu, apetah lagi saya yang hanya manusia biasa. Itulah jawapan yang diberikan kepada beliau mengapa soalan pertama dalam interview staff baru, " solat 5 waktu cukup x?". Ini lah soalan basic yang perlu dilepasi sekiranya menjadi seorang pemimpin. Hal ini kerana bukan mudah untuk menjadi pemimpin. Mungkin sampai satu tahap, anda akan diuji dalam organisasi andi dengan ujian yang sangat mencabar.Ya, pentingnya kita membeli dan membaca buku-buku matovasi. Tetapi manusia ini diciptakan sampai kepada satu tahap, hati nurani ini hanya boleh diubati dengan kasih sayang dan petunjuk dari Allah S.W.T.

Sifat yang seterusnya yang perlu ada pada setiap pemimpin adalah mudah menerima kritikan orang lain dan tidak cepat melatah. Satu lumrah kepada pemimpin apabila berdepan dengan situasi yang sangat tertekan, menerima kritikan, kutukan dan sebagainya. Namun begitu, ape yang penting adalah sejauh mana kita menghadapi cabaran-cabaran kepimpinan ini. Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang pemimpin agung dan sempurna bagi orang muslim. Dan baginda juga mendapat pengiktirafan daripada orang bukan islam didalam satu kajian tentang pemimpin paling berpengaruh di dunia dan Nabi Muhammad adalah pemimpin no 1. Baginda walaupun sempurna akhlaknya, menerima wahyu terus daripada Allah, namun baginda tetap mempunyai musuh. Baginda tetap menerima kritikan, kutukan daripada orang-orang munafik dan kafir quraisy pada zaman tersebut. Cuba kita banding kan diri kita dengan baginda, adakah layak kita sebagai manusia yang mempunyai banyak kelemahan dalam diri, takut untuk berdepan dengan kritikan,masalah dan juga takut untuk mempunyai musuh?? renung-renungkan lah, cabaran kita zaman sekarang jauh lebih rendah jika mahu dibandingkan dengan zaman baginda.

Apapun, setiap tindakan kita, setiap keputusan yang dibuat pasti akan disoal di akhirat kelak. Siapa pemimpin yang kita pilih?? mengapa engkau pilih beliau?? semuanya akan ditanya oleh Allah S.W.T.. Oleh itu,jadilah mahasiswa cakna, mahasiswa yang sayangkan agama, bangsa dan negara. Wallahu'alam.Wassalam

Sunday, January 10, 2010

Laporan Konsert Amal Sinar Peduli

( Di hantar kepada Dato' NC melalui email )

Assalamualaikum wbth...

Berhubung perkara diatas, tahniah diucapkan kepada pihak UMP kerana baru sahaja selesai menganjurkan 'Konsert Amal Sinar Peduli' dengan kerjasama pihak Sinar Harian yang diadakan di Kompleks Sukan Universiti dan ianya juga dihadiri oleh pengunjung dari luar di sekitar Pahang. Tujuan saya menulis perkara ini adalah untuk melontarkan pendapat saya seorang mahasiswa yang mengambil tahu tentang isu-isu di UMP.

Disini izinkan saya menceritakan kronologi tentang program ini.

Konsert ini sememangnya di ‘deal’ oleh sinar harian dengan pihak UMP iaitu Pejabat Naib Cancelor dan wakil bagi pihak sinar adalah En Amar (010-5120364) . Pada perjumpaan pertama, pada 28.12.2009 pada hari isnin di JHEPA yang disertai oleh Naem ( MPP ), En Saharudin (JHEPA)dan En Azman (Kebudayaan) . Dalam perjumpaan ini, mereka memberitahu bahawa pihak Sinar Harian membuat konsert Amal di UMP pada 9.1.10 iaitu untuk mengutip derma untuk mangsa Padang, Indonesia dan ianya seatu program yang sangat baik. Pada masa itu, pihak En Azman ada menunjukkan minit mesyuarat yang diadakan sebelum naik semester baru, dimana kandungannya pihak UMP telah bersetuju untuk mengadakan program tersebut dan dinyatakan hanya 4 artis nasyid dan Salima (AF ) yang akan hadir. Dan en Azman memaklumkan bahawa selepas ini akan ada mesyuarat susulan antara pihak sinar dan UMP dan tarikh tidak dimaklumkan.

Pada tarikh 5.1.10 bersamaan hari selasa malam, En Amar berjumpa dengan 3 wakil kebudayaan dan juga saudara naeem ( MPP ) di bilik MPP pada jam 10 malam. Pada pertemuan ini, En Amar menyerahkan banner, tiket dan memaklumkan maklumat terkini bahawa terdapat tambahan artis dikalangan artis Akademi Fantasia (AF) iaitu Zafra dan sorang lagi tidak dimaklumkan. Pada ketika itu, saudara naeem menyatakan bahawa pihak mahasiswa tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang kehadiran artis AF yang baru ini dan En Amar menyatakan perkara ini sudah pun dipersetujui oleh pihak UMP ( tidak pasti dipersetujui oleh pihak UMP yang mana) sedangkan kami mahasiswa yang mempunyai hak untuk bersuara tidak dijemput untuk membincangkan perkara ini dan ianya hanya dibincangkan oleh pihak tertentu sahaja di UMP.

Dan pada masa ini juga En Amar berjanji kepada kami bahawa pihak mereka akan memastikan pemakaian, konsep dan tingkah laku mereka pada konsert tersebut adalah sopan dan tidak melampau-lampau. Kemudian kami menerima banyak feedback daripada mahasiswa tentang tentang perkara ini dimana mereka tidak bersetuju dengan penyertaan artis wanita tidak kira yang memakai tudung atau pun seksi dalam konsert ini sehinggakan ramai yang ingin menjual tiket mereka kembali.
Kemudian saudara Naeem menghubungi semula En Amar untuk membincangkan balik tentang artis Zafrah yang ‘ free hair’ supaya pihak sinar tarik balik penyertaan Zafrah dalam konsert amal ini kerana pemakaian dan artis yang ingin dibawa oleh pihak sinar ini tidak sesuai dengan konsep untuk mengutip kutipan derma di Padang,Indonesia dan tidak sesuai sama sekali artis sebegini di bawa masuk ke dalam Universiti ( sebagai Gedung Ilmu masyarakat) cukuplah beliau untuk hiburan diluar sana, bukannya di dalam universiti. Kemudian dia memaklumkan bahawa beliau akan membincangkan perkara ini dengan pihak sinar harian tentang cadangan mahasiswa UMP. Namun demikian, tidak ada laporan atau berita dari En Amar tentang pendirian mahasiswa UMP selepas itu.

Sehinggalah pada hari jumaat petang saudara Naeem berjumpa dengan En Amar di kompleks sukan universiti UMP dan barulah En Amar memaklumkan bahawa penyertaan zafrah tidak boleh dibatalkan kerana sudah terlambat dan dikhuatiri akan disaman oleh penyanyi tersebut kerana ianya sudah dipersetujui oleh pihak UMP dan sinar harian sedangkan kami mahasiswa tidak mempunyai suara untuk menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan jenis artis yang ingin dibawa dalam konsert ini sebelum ini. Kami seperti dianiaya dan mangsa keadaan. Dan saya sendiri ada menghantar SMS kepada En Amar pada jumaat malam, sabtu tengah hari dan petang tentang tidak bersetuju dan memberikan alternatif kepada mereka supaya artis wanita yang hadir untuk membaca puisi atau sajak, bukan untuk menyanyi. Namun, tiada satu balasan yang saya terima dari pihak beliau.

Pada hari kejadian, konsert amal ini bermula pada jam 9.00 malam dan pada awalnya keadaan memang terkawal dengan kedudukan mahasiswa dan mahasiswi diasingkan dan saya sendiri berada disitu dan bersama-sama keselamatan mengasingkan kedudukan penonton. Namun demikian, apa yang mendukacitakan kami adalah pemakaian artis dari AF iaitu Zafrah pada malam itu adalah sangat tidak sopan dan tidak sesuai untuk dipakai terutama sekali dalam kawasan ‘pusat ilmu’ dimana beliau hanya memakai seluar ‘tied’ dalam dan blaus singkat yang tidak sampai pun hingga ke lutut. Dimanakah janji-janji pihak bertanggungjawab untuk memastikan artis yang hadir untuk memakai pakaian yang sopan?? Ada juga suatu ketika, Zafrah turun ke bawah pentas dan menjemput penonton lelaki menyanyi bersama-sama dengannya dan boleh dikatakan ramai lelaki berebut-rebut ingin menyanyi bersama beliau.

Semasa menyanyi, beliau juga berjoget terkinja-kinja diatas pentas seolah- olah tidak bermoral dan tidak sedar dimana beliau sedang berada didalam kawasan pusat ilmu. Keadaan ini agak melampau kerana disini bukanlah di konsert malam tahun baru atau pun malam ambang merdeka, ini adalah konsert amal untuk mengutip derma dan konsert kebajikan. Dimana kawalan yang dijanjikan oleh pihak bertanggungjawab untuk mengawal keadaan konsert supaya keadaan konsert sentiasa dalam keadaan baik?? Dan pada masa inilah, kita dapat melihat ramai mahasiswa mahasiswi yang keluar daripada dewan sebagai tanda tidak bersetuju dan protes kerana jelik dengan persembahan dan akhlak yang ditunjukkan oleh mereka. Hal ini bertentangan dengan suasana universiti sebagai pusat gedung ilmu.

Pada satu lagi persembahan iaitu artis dari AF6 iaitu Alif, beliau juga menunujukkan moral yang kurang sopan dengan terlalu sosial dan juga terkinja-kinja diatas pentas semasa membuat persembahan. Beliau juga mengajak penonton-penonton wanita naik diatas pentas bersama beliau dan mengajak berjoget bersama dan akhirnya lebih kurang 7 hingga ke 8 orang wanita naik keatas pentas bersama-sama artis lelaki terbabit.

Persoalan yang ingin diutarakan adalah adakah konsert ini menepati konsep untuk membuat amal mengutip derma mangsa di Padang sedangkan ianya seolah-olah seperti hanya untuk mengaburi mata kita sahaja dan ianya lebih kepada untuk berhibur semata-mata. Tambahan pula perkara ini mencemarkan institusi pendidikan ini sebagai gedung ilmu masyarakat. Cukuplah hiburan yang kita seringkali di sogok di luar kampus. Mengapa sehingga dalam universiti juga perlu diterapkan unsur-unsur seperti ini??

Kami tidak menolak konsep berhibur dalam diri mahasiswa sedangkan setiap manusia memerlukan hiburan tetapi sebaik-baiknya biarlah hiburan yang mempunyai unsur – unsur yang baik dan berilmiah, tidak terlalu mengikut budaya barat. Contoh program ilmiah yang dimaksudkan ialah Program Sambutan Maulidurrasul yang diadakan di astaka pada bulan Mac 2009 yang lalu anjuran PIPI turut dihadiri oleh YH Dato’ NC. Terdapat nyanyian nasyid dari artis luar dan nasyid dalam, sketsa, bacaan sajak dan sebagainya . Ianya mempunyai matlamat,hiburan, unsur yang baik dan objektif yang jelas untuk disampaikan. Sekiranya dibandingkan dengan konsert amal ini, motif untuk beramal ini sudah pun dikaburi dengan hiburan yang melampau dengan budaya yang kurang sesuai dan lagu-lagu yang dibawa adalah untuk berhibur semata-mata dan ianya bertentangan dengan Nilai teras UMP yang pertama iaitu Hubungan Yang Kuat dengan Yang Maha Pencipta.

Kami berharap perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi selepas ini dan tahniah saya ucapkan kepada mereka yang menjayakan konsert ini kerana berjaya mengawal kedudukan lelaki dan perempuan daripada bercampur. Walaubagaimanapun itu hanyalah dari segi pelaksanaan. Persoalannya bagaimana dari segi dasar? Kami bimbang selepas ini segelintir mahasiswa mengambil ia sebagai satu ‘trade mark’ untuk menganjurkan program-program yang menjemput artis-artis yang tidak bermoral dan hanya untuk berhibur samata-mata. Saya mengupas isu ini atas dasar seorang mahasiswa yang sayangkan universiti sebagai pusat gedung ilmu dan cukuplah dunia di luar dimana budaya hiburan diterapkan didalam jiwa muda-mudi remaja, tetapi bukan di universiti. Sekiranya ingin diadakan di universiti, pastikan ianya mempunyai nilai-nilai yang ingin disampaikan dan menepati 5 nilai teras UMP. Kami berharap pihak yang berwajib dapat mengambil ia sebagi iktibar dan pastikan suara dan pendapat kami didengari terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan.

Apa yang saya ceritakan ini belum lagi masuk tentang perkara yang kecil-kecil, artis merokok di belakang stage, pergaulan bebas artis yang ditunjukkan dengan mahasiswa/I sangat sosial. Mohon pihak Dato’ dapat menegaskan tentang aktiviti-aktiviti dari pihak luar yang cuba dianjurkan di dalam universiti. Memang penting untuk menjaga nama baik universiti dan peluang untuk memperkenalkan universiti ke peringkat yang lebih tinggi, tetapi bukanlah sehingga menggadaikan imej dan maruah universiti sebagai pusat gedung ilmu dan intelektual . Sama-samalah kita warga UMP memeliharanya. Sekian, harap maklum. Wassalam.

MOHD ‘AFIF B ABD AZIZ
EXERCUTIVE CARETAKER
TYDP MPP 08/09
019-2195523 / afif_mppump@ yahoo.com

Saturday, December 19, 2009

Konflik antara Tahun baru Hijrah dengan LIVE bola sepak

Salam sejahtera keatas mu, Semoga Allah memberkati mu…

Salam Maal Hijrah 1431 semoga tahun baru yang menjelma ini akan terus dimanfaatkan dengan amal ibadah. Seperti mana yang kita ketahui, sisa-sisa terakhir tahun 1430 hijrah adalah pada hujung asar sebelum maghrib hari khamis, 17.12.09 yang lalu dimana umat islam sangat-sangat dituntut untuk membaca doa akhir tahun dan sesudah sahaja masuknya waktu maghrib,maka secara rasminya dalam calendar islam telah pun masuknya pada tahun baru dan umat islam sekali lagi sangat2 dituntut untuk membaca doa awal tahun. Namun begitu, sedar tidak sedar secara kebetulan pada petang itu juga berlaku pertembungan antara pasukan bola sepak Malaysia dan Vietnam dalam perlawanan akhir Sukan SEA pada jam 6.00 petang -8 malam. Justeru, apa yang menariknya disini ialah kemanakah naluri diri kita sendiri ataupun masyarakat kita dalam menghadapi dua konflik ini, pergi ke masjid atau surau membaca doa akhir tahun, solat berjemaah maghrib dan baca doa akhir awal tahun atau pun… menonton siaran secara langsung perlawanan yang sangat-sangat penting buat rakyat Malaysia dalam memenangi pingat emas sehinggakan terabai untuk solat fardhu maghrib di awal waktu dan secara berjemaah.

Sahabat- sahabat yang drahmati Allah, tidak salah untuk berhibur. Tidak salah untuk bersukan dan tidak salah untuk kita berpatriotik. Namun demikian, timbang tara dalam kehidupan seharian dengan pengabdian diri kita kepada Allah S.W.T perlu ada. Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia dalam kejayaan menewaskan pasukan Vietnam 1-0 tempoh hari. Yeah, Malaysia dapat EMAS. Tercipta sejarah buat warga Malaysia. Namun, adakah dengan menonton sehingga terlupa membaca doa akhir tahun, terlepas solat maghrib berjemaah dan membaca doa awal tahun, ianya dapat membantu kita dihadapan Allah?

Sahabatku yang dikasihi, ada sesetengah orang cakap membaca doa akhir tahun, membaca doa awal tahun adalah bid’ah dalam islam. Namun begitu, kita sebagai umat islam seharusnya tidak membicarakan tentang perkara yang khilaf, yang kurang utama untuk dibicarakan. Diluar sana terdapat lebih banyak perkara yang lebih utama untuk dibicarakan seperti kes murtad semakin berleluasa, masalah gelaja social, anak- anak sekarang semakin liar, solat masyarakat banyak yang ambil ringan dan sebagainya. Dalam islam, Bid’ah ada 2 dan perkara ini adalah bid’ah hasanah iaitu perkara yang baik. Tiada masalah bagi sesiapa yang ingin mengamalkan. Nak baca qunut ke x, nak berwirid selepas solat, nak baca talkin selepas jenazah dikebumikan dan sebagainya. Sehinggakan, ada seorang sahabat saya mengatakan, “kalau macam tu, tak payah la baca quran. Rasulullah x pernah baca quran yang di bukukan. Kata bid’ah”.
Sahabatku, sesungguhnya aku tidak layak untuk berbicara tentang perkara ini. Tidak perlu ditimbulkan persoalan ini, terpulang kepada individu untuk amalan masing-masing. Namun, sebagai seorang khalifah dimuka bumi, sebagai seorang muslim, sebagai seorang sahabat dan masyarakat, nasihat itu penting, teguran itu sangat bermanfaat dan ianya sebenarnya adalah untuk diriku ini yang lemah sahabatku, dan semoga ianya akan member manfaat kepada sahabat yang lain. Sekiranya hati ini sering lalai untuk beribadah kepada Allah, hiburan adalah yang utama di dalam hati, maka dimanakah timbang tara kita dalam matlamat menuju ke syurga Allah?

Sama-sama kita perbaiki amalan dan hati, perkasakan iman dan taqwa dan indahkan akhlak kita sebagai seorang muslim. Yang baik dari Allah, yang buruk dan kekurangan dari kelemahan diri hamba yang lemah. Wassalam.

Monday, December 7, 2009

Di kala waktu SUBUH....

Pada pagi itu,
seperti mana pagi-pagi yang lain,
aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.

" Assalamualaikum", seru Subuh.
"Waalaikum salam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan,
tanda rindu serta kasih sayang.
Ku tanya khabar Subuh,
bagaimana keadaannya mengembara,
dari 1 tempat ke 1 tempat?.

"Tadi..", kata Subuh dengan sayu,
"aku baru sahaja melintasi 1 tempat,
ku cari tempat persinggahan,
ku ketuk bilik-bilik yang sunyi,
tetapi satu pun tidak ada yang mahu,
menerimaku sebagai tetamu " .

Dan air mata Subuh pun berlinangan.
Dan Subuh merenung mataku,
mengharapkan sesuatu dari ku..

Aku fahami maksud Subuh,
dan akur dengan penjelasan Subuh.
Moga Subuh sudi menziarahi aku lagi esok hari.
^_^ :-) ^_^

Thursday, December 3, 2009

Berubah..Sediakah kita menerima perubahan orang lain??

Assalamualaikum wbth...

* Saidina Umar Al-Khattab pasti tidak akan menjadi khalifah yang kedua sekiranya tidak diterima keampunan dr Rasulullah.

* Panglima Khalid Al-Walid pasti tidak akan digelar sebagai ' Pedang Allah' sekiranya tidak diterima kemaafan dr Rasulullah.

* Ikramah b Abu Jahal pasti tidak akan mengetuai salah satu angkatan tentera Islam dalam menumpaskan kerajaan Rom.

* Penduduk Mekah yang bukan Islam pada hari pembukaan kota Mekah pasti tidak akan hidup dibawah pemerintahan Islam sekiranya tidak diampun oleh Rasulullah.

* Hindon isteri kepada Abu Suffian pasti tidak akan memeluk Islam sekiranya tidak dimaafkan oleh Rasulullah.

* Wasyi yang membunuh Hamzah di medan Uhud pasti tidak akan menyertai tentera Islam dalam menegakkan Islam sekiranya Rasulullah menyimpan dendam diatas pembunuhan bapa saudaranya.



~ Namun begitu, semuanya itu bukan hanya kemaafan dan keampunan semata-mata diberi oleh Rasulullah yang pengampun, tetapi diberi peluang oleh Rasulullah untuk mereka berubah dan tidak buruk sangka kepada mereka keatas kesalahan yang mereka buat selama ini. Wallah'alam.