Monday, December 7, 2009

Di kala waktu SUBUH....

Pada pagi itu,
seperti mana pagi-pagi yang lain,
aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.

" Assalamualaikum", seru Subuh.
"Waalaikum salam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan,
tanda rindu serta kasih sayang.
Ku tanya khabar Subuh,
bagaimana keadaannya mengembara,
dari 1 tempat ke 1 tempat?.

"Tadi..", kata Subuh dengan sayu,
"aku baru sahaja melintasi 1 tempat,
ku cari tempat persinggahan,
ku ketuk bilik-bilik yang sunyi,
tetapi satu pun tidak ada yang mahu,
menerimaku sebagai tetamu " .

Dan air mata Subuh pun berlinangan.
Dan Subuh merenung mataku,
mengharapkan sesuatu dari ku..

Aku fahami maksud Subuh,
dan akur dengan penjelasan Subuh.
Moga Subuh sudi menziarahi aku lagi esok hari.
^_^ :-) ^_^

Thursday, December 3, 2009

Berubah..Sediakah kita menerima perubahan orang lain??

Assalamualaikum wbth...

* Saidina Umar Al-Khattab pasti tidak akan menjadi khalifah yang kedua sekiranya tidak diterima keampunan dr Rasulullah.

* Panglima Khalid Al-Walid pasti tidak akan digelar sebagai ' Pedang Allah' sekiranya tidak diterima kemaafan dr Rasulullah.

* Ikramah b Abu Jahal pasti tidak akan mengetuai salah satu angkatan tentera Islam dalam menumpaskan kerajaan Rom.

* Penduduk Mekah yang bukan Islam pada hari pembukaan kota Mekah pasti tidak akan hidup dibawah pemerintahan Islam sekiranya tidak diampun oleh Rasulullah.

* Hindon isteri kepada Abu Suffian pasti tidak akan memeluk Islam sekiranya tidak dimaafkan oleh Rasulullah.

* Wasyi yang membunuh Hamzah di medan Uhud pasti tidak akan menyertai tentera Islam dalam menegakkan Islam sekiranya Rasulullah menyimpan dendam diatas pembunuhan bapa saudaranya.



~ Namun begitu, semuanya itu bukan hanya kemaafan dan keampunan semata-mata diberi oleh Rasulullah yang pengampun, tetapi diberi peluang oleh Rasulullah untuk mereka berubah dan tidak buruk sangka kepada mereka keatas kesalahan yang mereka buat selama ini. Wallah'alam.

Monday, November 9, 2009

Non-muslim dilarang masuk masjid : Antara ajaran islam & sangka buruk

Isu terbaru yang menggemparkan kita di Malaysia adalah isu non-muslim dilarang masuk ke dlm masjid. Berdasarkan keratan akhbar ‘Utusan Malaysia’ yang bertarikh 6 November 2009 iaitu tentang Statement yang dikeluarkan oleh Pengarah JAIS, Datuk Muhamed Khusrin Munawi bahawa orang bukan Islam dilarang untuk memasuki ke dalam masjid. Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut, izinkan saya menceritakan mengapa statement itu dikeluarkan. Sebelum kite membincangkan sesuatu perkara, perlulah kita mengetahui puncanya terlebih dahulu.

Hal ini berdasarkan salah sebuah masjid di Taman Sri Andalas Klang, telah membuat program dengan menjemput ADUN Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar dimana beliau dijemput untuk berucap di dewan utama masjid berkenaan, Ogos yang lalu.

Disebabkan peristiwa ini, tidak pasti sama ada kerana non-muslim memasuki dewan utama masjid atau pun non-muslim memberikan ucapan didalam masjid kite pun tidak berapa jelas, maka Muhamed Khusrin dilaporkan mengatakan kepada jawatankuasa masjid berkenaan bahawa mereka akan dikenakan tindakan undang-undang kerana membenarkan Xavier berucap di dewan utama masjid berkenaan.

Tambahan pula, Muhamed Khusrin mengatakan bahawa non-muslim tidak dibenarkan memasuki masjid kerana mereka sama dikategorikan seperti wanita yang sedang haid. Persoalannya disini, adakah salah seorang bukan islam memasuki masjid?

Saya tidak maha menyentuh tentang ape yang dikatakan dalam ucapan Xavier atau pun dari segi politik, tetapi persoalan dimana orang bukan islam dikategorikan sebagai wanita yang sedang haid adalah sesuatu yang sangat bercanggah dengan pemahaman saya sepanjang menjadi penganut Islam.

Sebagai contoh, sirah Rasulullah dan para sahabat adanya menceritakan tentang 2 orang badwi ingin bertemu Baginda. Kedua-dua badwi itu belum lagi menganut agama Islam. Tujuan kedatangan mereka adalah kerana ingin mempelajari ataupun ingin mengetahui dengan lebih lanjut apa itu Islam. Kemudia ada sahabat yang bertanya kepada Rasulullah, dimana kedua-dua badwi itu akan tinggal apabila selesai berjumpa Rasulullah. Maka Rasulullah menjawab, biarkan mereka tinggal didalam masjid. Hikmahnya, mereka dapat melihat sendiri dengan lebih jelas bagaimana orang Islam beribadat, bersembahyang, melihat akhlak yang mulia orang Islam apabila bertemu antara satu sama lain, dan mendengar alunan ayat-ayat al-quran yang dibaca oleh mereka yang sedang membacanya di dalam masjid. Selepas beberapa hari, kedua-dua orang badwi itu memeluk Islam bukan dan dikatakan mereka memeluk Islam kerana tersentuh dengan keindahan akhlak penganutnya, cara orang Islam bersembahyang dan juga kehebatan ayat-ayat Allah.

Walaubagaimanapun, non-muslim tetap ada syaratnya apabila hendak masuk ke masjid. Perl beradab apabila berada didalam masjid, menutup aurat dengan pakaian yang sopan, dan juga memakai pakaian yang bersih. Persoalannya disini, mengapa menghalang terus mereka dari memasuki masjid? Mengapa terus buruk sangak dengan mengkategorikan mereka sebagai umpama wanita haid. Sebaliknya, periksa terlebih dahulu tujuan dan juga niat mereka.

Sebagai contoh, saya pernah menyertai mosque tour di Masjid Negara, KL dimana saya ada berbncang dengan beberapa orang sukarelawan yang menjadi mosque tour, mengapa mereka yang ingin melawat masjid Negara tidak dibenarkan ke dalam dewan utama, iaitu tempat solat. Maka jawapan yang diberikan, kerana ada beberapa kes mereka mengganggu orang yang sedang solat, merakam pergerakan mereka yang sedang solat dan membuat bising. Maka disebabkan itulah mereka hanya blh masuk sehingga dihadapan pintu masuk dewan utama. Oleh yang demikian, jawapan yang diberikan adalah wajar kerana utamakan yang utama, periksa yang mana yang lebih mudaratkan. Larangan kerana akan mengganggu orang yang sedang sembahyang, di mana mereka sememangnya dating kerana hendak melawat, mengetahui bagaimana rupa masjid. Tetapi mengapa perlu bersangka buruk direct kepada non-muslim dengan mengungkapkan mereka seperti terlalu hina.

Ramai non-muslim diluar bertanyakan adakah orang islam sahaja yang boleh memasuki masjid? Ataupun apabila sesuatu program di university ataupun dimana-mana tempat diadakah, apabila pesrta non-muslim dijemput menyertainya, mereka akan bertanya, “ eh, boleh ke kami masuk?” , atau orang islam sendiri yang tanya’ “eh, boleh ke orang bukan islam masuk masjid?”. Inilah mentaliti masyarakat sekarang, sedangkan semua orang boleh memasuki masjid.

Kadang-kala non-muslim datang ke masjid kerana ingin berjumpa dengan orang islam untuk bertanyakan tentang islam, mendalami islam, melihat dengan lebih dekat bagaimana orang islam beribadat , tetapi mengapa kita terus bersangka buruk? Hidayah milik Allah, jangan disebabkan sikap sangka buruk atau pun perbuatan menghalang kita ini akan menjadi asbab untuk membantutkan hidayah turun pada orang bukan islam.

Imej Islam juga akan tercemar dimana non-muslim akan memperlekeh Islam, masjid hanya untuk orang Islam. Tetapi tokong Budha, kuil Hindu, dan gereja semuanya boleh dilawati ataupun dimasuki ke dalamnya. Malah saya sendiri ada pengalaman ke salah sebuah gereja di Shah Alam kerana ada talk disana, maka kami disambut oleh orang kristian dan juga pegawainya seperi VVVVIP, lebih hebat dari VIP malah membuat pengumuman tentang kehadiran kami. Cuba bayangkan apabila mereka datang ke masjid, bagaimana layanannya?? Fikir-fikirlah sendiri. Mereka mengalu-ngalukan kedatangan orang lain yang bukan beragama mereka supaya orang itu akan tertakrik dengan agama mereka, mempelajari bagaimana beribadat dalam agama mereka. Tetapi kita orang islam? Bukan sahaja halang masuk masjid, malah menghalau, memarahi mereka apabila bertanyakan tentang Islam. “ Engkau jangan sibuk-sibuk dengan agama aku”, “ Engkau jangan peril agama aku” sedangkan mereka baru bertanyakan sesuatu tentang Islam. Astaghfirullah al-azim. Untuk renungan bersama dan peringatan pada diri yang dhaif ini. Sekadar pandangan peribadi, wallahu’alam.

Friday, November 6, 2009

Salahkah baru datang masjid pd minggu exam??

Apabila menjelangnya minggu peperiksaan ataupun waktu saat mahasiswa menghadapi saat-saat genting seperti presentation dan sebagainya, senarionya insyaallah masjid ataupun surau di sesebah universiti akan penuh disebabkan iman dihati masih lagi menganggap Yang Maha Pencipta dapat membantu mereka dalam menghadapi tekanan tersebut. Namun persoalannya disini, salahkah mereka berbuat sedemikian?

Ya benar, jangan jadikan Allah itu sebagai kuli. Apabila senang, lupakan Dia. Apabila dalam keadaan yang sukar, barulah kita mencari Dia. Namun, mengapa keadaan umat Islam pada dinihari semakin lama semakin lemah???? Kerana sifat buruk sangka sentiasa beradu di dalam hati. Sebagai contoh satu kisah seorang pendakwah terkenal dalam menegakkan Islam, Brother Shah Kirit Kakulai Govindji dimana beliau sebenarnya ingin memeluk Islam kerana ingin mengahwini wanita melayu. Dan dipendekkan cerita, apabila hampir dengan hari pernikahan, bakal ayah mertuanya bertanya, “ apa jaminan engkau sebagai ketua keluarga kelak dalam membimbing anakku sedangkan engkau baru sahaja mengenal Islam? “. Maka jawabnya, ” sekiranya aku tidak jadi berkahwin dengan anakmu, maka aku sesekali tidak akan berpaling sebagai penganut Islam kerana sekarang aku benar-benar dalam proses menghayati keindahan dan kesempurnaan Islam.”

Apa yang ingin di sampaikan disini, hidayah adalah 100% milik Allah. Kita hanya berusaha dan berbaik sangka terhadap perbuatan seseorg selagi mana ianya jelas kearah kebaikan. Tidak kira sama ada mereka yang akan menghadapi peperiksaan dan sebagainya hanya datang ke masjid pada waktu susah sahaja, kerana ingatlah hidayah Allah boleh datang dalam pelbagai cara. Mengapa pertikaikan kawan serumah kita hanya datang ke masjid untuk solat terawih sahaja tetapi tidak solat fardhu maghrib dan isya’. Mengapa perli kawan sekelas kita yang hanya datang ke masjid semasa hari sebelum exam sahaja? Dan mengapa pertikai tentang kewajipan mahasiswa hadir solat subuh berjemaah semasa minggu Orentasi sedangkan selepas minggu orentasi mereka tetap subuh dirumah dan kadang-kala tidak solat langsung. Itukan x ikhlas??
Ingatlah sahabat, manusia sentiasa memerlukan tarbiyyah diri. Sentiasa memerlukan peringatan dan memerlukan latihan dalam menghadapi dunia dinihari. Malah imam Syafie juga walaupun ilmunya tinggi, tetapi dalam masa yang sama beliau turut pergi menuntut ilmu dengan guru yang lain.

Sahabat,mungkin dengan kehadiran mereka untuk solat terawih pada bulan ramadhan, Allah akan kurniakan kemanisan iman dalam beribadat kepada mereka. Mungkin apabila mereka hadir ke masjid pada minggu peperiksaan, perasaan kebergantungan dan keyakinan dengan bantuan Allah itu akan terus meresa kedalam jiwa mereka. JANGAN BURUK SANGKA wahai muslimin!! Apa yang perlu dilakukan, sama-sama kita bina ukhwah dengan mereka, raikan kehadiran mereka secara positif bukan negative ( lame x nampak, baru nak datang masjid ke ) dan mendoakan supaya mereka terus istiqamah dalam mengabdikan diri pada Allah.

Jangan sesekali mengatakan “ mereka hanya ingat Allah hanya pada waktu susah”. Zahirnya memang begitu, tetapi salahkah?? Memang tidak sepatutnya, tetapi itulah salah satu saluran ataupun jalan bagi Allah mengurniakan hidayah. Kerana disini kita perlu lihat, adakah dengan kita memerli golongan ini semasa di kuliah maghrib atau kuliah zohor akan dapat menyelesaikan masalah atau lebih membuatkan mereka lebih jauh dari masjid; atau pun kita sama-sama bersangka baik terhadap golongan ini agar terus istiqamah di jalan Allah. Bak kata pepatah, ‘ lebih baik ada buat dari x buat walaupun tidak ikhlas’, ‘klu x blh buat semua jangan tinggal semua’.

Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Ustaz Hazmi Dibok, iaitu salah seorang tempat rujukan hambo dalam ilmu agama. Beliau mengatakan setiap manusia memang akan bermula untuk beramal kerana manusia. Tidak ada satu manusia pun mula-mula beramal terus dlm keadaan ikhlas. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang baru berumur 6 atau 7 tahun disuruh oleh ibu dan ayah nya untuk bersembahyang walaupun hanya dengan gerakan atau sembahyang secara zahir sahaja kerana itulah didikan yang sepatutnya diberikan kepada mereka sebagai pengenalan. Persoalannya, adakah kanak-kanak itu akan lakukan terus mendapat keikhlasan dalam hati?? Pastinya mereka buat kerana disuruh ibu atau takutkan ayah akan memarahi sekianya tidak bersembahyang. Tetapi kesannya, apabila didikan itu meresap atau hidayah Allah itu turun pd jiwa yang keringkan hidayah ini, secara tidak langsung perasaan bukan kerana sesuatu akan bertukar kepada kerana Allah. Aku telah merasai kemanisan sembahyang itu. Aku yakin ini adalah tanggungjawab ku kepada Allah Yang Esa. Terima kasih kepada ibu dan ayah ku kerana mendidikku. Sekiranya tidak diperlaku seperti begitu, walaupun aku tidak ikhlas pada mulanya, maka aku tidak pasti aku akan merasai kemanisan ini. Wallahu’alam.

Wednesday, October 21, 2009

tanggungjawab ku sebagi MPP

Syukur kepada Allah yang Maha Kuasa, kini tamat sudah kontrak ku sebagai Timbalan Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang sesi 08/09 iaitu pada 16 oktober yang lepas. Namun begitu, pihak universiti telah memutuskan untuk mengadakan sesi Pilihanraya Kampus bagi UMP untuk MPP 09/10 adalah pada bulan januari 2010. Maka, kami seramai 15 org mpp UMP masih lagi tidak dilepaskan dengan tanggungjawab sbg MPP cumanya bukan dipanggil MPP, tetapi sebagai Executive Caretaker.

Berat sungguh bahu ini memikul tanggungjawab utk memimpin 5600 orang mahasiswa/i ump..
Ya Allah, ampunkan dosa ku sekiranya aku lalai dalam tugasan. Ampunkan aku sekiranya adanya maksiat yg berlaku tanpa tindakan dari ku...................................................................
Jawatan adalah suatu kehinaan di dunia, tetapi kekesalan di akhirat kelak... Pray 4 me!

Saturday, August 8, 2009

Umur ku genap 21 tahun pada 8.8.09

Hari berganti hari..sedar atau tidak sedar genap sudah umurku 21 tahun dalam bulan masihi aku keluar dr perut ibuku..

Ya Allah, masih banyak amanah Mu tidak tertunai oleh ku namun begitu,ajal ku semakin hampir hari demi hari..cukupkah amal ibadahku kepada Mu...?? berbaloikah nikmat yang Engkau berikan jika dibandingkan pengorbanan ku kepada agama-MU...?? Ya Allah, tetapkanlah hati ku ini dalam agama MU, istiqamahkanlah jiwa ku dalam perjuangan agama MU.. hati ingin sangat dahagakan kasih sayang dari Mu Ya Rabb..Taufik dan hidayah-Mu sangat ku tagihi..

Jangan terlalu gembira dikala malaikat maut semakin menghampiri pd diri yang hina ini..Doa dr kalian amat aku harap untuk terus berjuang menegakkan agama Allah berlandaskan syariatNya..Alhamdulillah..terima kasih IBU,Rohani Abu Bakar kerana melahirkan aku dengan penuh kesensaraan..

Friday, May 8, 2009

Asal kejadian NERAKA

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota ke fah aman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?' Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku????

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kam pung
4. Setiap kam pung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....
Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?' Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: "Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: ' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.' "

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kam u lakukan.'

Surah Al-Baqarah : 237 Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA IKAN NUN ============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,
lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,
namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

Wallahu'alam,wassalam.