Sunday, April 11, 2010

Surat Terbuka Buat Dato' Naib Canselor UMP


"Artikel ini di COPY dengan kebenaran dari http://siffusuffi.blogspot.com/ , sahabat seperjuangan Muhamad Suffi Kamari"


Assalamualaikum wbt Salam Mahasiswa Peduli

Ayahanda Profesor Dato' Dr Daing Nasir Bin Ibrahim,Naib Canselor UMP

TTT ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk menulis sedikit hasrat hati mewakili sebahagian besar teman teman seperjuangan dan menzahirkan keinsafan buat diri sendiri andai segala apa yang terbuku diluahkan akan menyinggung perasaan sesiapa sahaja cuma niat TTT hanya ingin membetulkan kembali tohmahan dan fitnah yang tak sudah sudah dilemparkan kepada TTT dan teman teman seperjuangan. TTT tujukan penulisan ini buat Pimpinan Tertinggi UMP terutamanya Ayahanda Dato' Naib Canselor dan seluruh warga UMP yang sudi membaca penjelasan dan penulisan TTT yang tidak seberapa.


Sepanjang 1 tahun 3 Bulan memegang tampuk Pimpinan Mahasiswa UMP amat memberi pengajaran buat TTT dan teman2 lain bahawa tidak semua perkara boleh dicapai. Semangat dan dorongan yang diberikan oleh teman teman seperjuangan bahawa perjalanan ini bukan mudah malah berliku dan tiada kesudahan membuat TTT berasa sangat bertuah untuk merasai sebentar pengalaman bersama teman Mahasiswa UMP,memperjuangankan kebajikan Mahasiswa,Meletakkan kembali Suara Mahasiswa di tempat yang selayaknya,MeMahasiswakan Mahasiswa supaya matang,agresif,responsif dan bertanggungjawab dsb.

Tunjuk ajar,nasihat,kritikan dan panduan yang diberikan oleh Ayahanda Dato' Naib Canselor,Profesor Dr Daing Nasir serta Datin Fazia amat terkesan buat dalam diri.( TTT masih ingat dikala diawal memegang tampuk Pimpinan,TTT dimarahi dan ditegur oleh Dato' Naib Canselor dan Datin mengenai sikap lambat TTT dan teman2 Pimpinan MPP lain dalam menyuarakan Kebajikan Mahasiswa berikutan notis perpindahan yang dikeluarkan oleh Pihak Kolej Kediaman ke 2 kepada beberapa Blok Q untuk diambil perabot untuk diisi di bilek Pelajar Antarabangsa daripada China). Tidak lupa jua TTT kenang dengan kesabaran dan ketenangan Dekan JHEPA ketika itu,Profesor Dr Abdul Jalil Bin Borham yang tidak jemu jemu melayan karenah TTT dan pimpinan Mahasiswa yang lain. TTT hargai bahawa inilah antara pendorong kuat dan terbentuknya semangat juang yang tidak pernah padam.


Banyak Perkara Kita Persetujui Bersama


Di sini,TTT ingin menyatakan dengan penuh rendah diri sebagai sosok tubuh manusia yang lemah dan tiada upaya melainkan kudrat pinjaman daripada Allah swt bahawa kita Pimpinan Mahasiswa bersetuju dan menyokong Pimpinan Dato' Naib Canselor dalam banyak isu dan permasalahan:


1.Diawal kami menjadi Pimpinan Mahasiswa,antara tuntutan awal kita minta kepada Dato' Naib Canselor ialah memberikan autoriti 100% kepada Mahasiswa mengendalikan 2 Program besar tahunan iaitu Minggu Induksi Siswa(MINDS) dan juga penganjuran eXpoconvo UMP.Dato' bersetuju dan kita menyambut baik keputusan ini kerna bagi kami ,ini akan meningkatkan mutu modal insan Mahasiswa terutama dalam beraktivisme,dan membuat keputusan penting dalam sesuatu majlis yang cukup besar ertinya.

2.Isu Harga Makanan dan tuntutan Kafeteria yang baharu dengan sistem yang lebih baik dengan pilihan makana yang pelbagai. Teman Mahasiswa pasti ingat kembali dengan 'Rapat Umum Suara Mahasiswa: 6 Tahun Penubuhan UMP,Kafeteria Masih Ditakuk Lama' yang kita buat serba sederhana di ruang makan Kafeteria KK1 dengan kehadiran sendiri Dato' Naib Canselor,Dekan JHEPA,Tn Hj Pendaftar,pegawai pegawai JHEPA,JPPH dan seluruh teman Mahasiswa. Penuh semngat dan iltizam untuk membawa prubahan positif kearah keselesaan Mahasiswa akan datang.Natijahnya,kita peroleh kepelbagaian makanan yang lebih variasi,lihat sahaja tambahan menu seperti cendol dan rohak mamak,mee sizzling,roti canai,Ice Blended, Western Food dan harga masakan panas yang murah berbanding dahulu. Kafeteria juga diubaha suai dengan memberikan lebih keselesaan kepada Pengusaha Kafe agar bisa menyediakan makanan yang lebih teratur dan selesa. Kehadiran TV Plasma 60 Inch juga memberikan keselesaan kepada Mahasiswa untuk menonton dan mendapatkan maklumat terkini.Kita pasti tidak dapat memuaskan hati semua namun ingin TTT tegaskan perubahan telah sedia ada.


3.Kita juga bersetuju dengan tindakan Dato' Naib Canselor memberikan pendahuluan wang UMP separuh daripada duit PTPTN Mahasiswa UMP di mana ketika itu pihak PTPTN terpaksa lewat masukkan duit student kita kerna masalah teknikal.TTT bersama dengan Bendahari MPP UMP,Sdr Izzat Saidon bertemu sendiri dengan En Zainuddin Bendahari UMP dan seterusnya membawa usul kepada Dato' Naib Canselor dan minta dipermudahkan urusan pendahuluan duit UMP dibayar separuh daripada pinjaman PTPTN Mahasiswa. TTT ingin tegaskan keprihatinan dan kesanggupan Dato' Naib Canselor amat dihargai dan TTT tidak boleh menafikan perkara ini.

4.TTT juga ingin berkongsi betapa kita bersetuju dengan kepantasan bekerja Dato' Naib Canselor apabila membabitkan kebajikan Mahasiswa UMP.Isu Arwah Yasmin Binti Che Razali yang kemalangan meragut jiwa di bahu jalan lebuh raya dihadapan Canseleri UMP pada 24 Januari 2009 amat menyayat hati semua warga UMP.TTT antara saksi awal yang hadir dan terkedu melihat insiden berdarah dihadapan mata TTT sendiri. Dato' Naib Canselor sendiri antara yang awal hadir ke tempat kejadian malah lebih awal daripada van HTAA atau van Pusat Kesihatan UMP sendiri. Kita hargai keprihatinan Ayahanda Dato' Naib Canselor kita.


5.Kita juga bersetuju dan menyokong usaha Pihak Dato' Naib Canselor dan Tn Hj Mustapha Pendaftar UMP dalam membawa Doktor kedalam Pusat Kesihatan UMP. Kita menyatakan secara tegas bahawa sudah lama UMP tiada Doktor tetap akibat beberapa insentif yang kurang menarik dan kekangan doktor tempatan memaksa Pihak UMP diketuai Dato' Naib Canselor mencari doktor luar negara drpd Myanmar. Alhamdulillah,sekarang kita mempunyai 2 orang Doktor di Pusat Kesiahatan UMP.

6.TTT dan teman2 lain juga memberi dokongan kepada polisi memperketatkan undang undang jalan raya dan keselamatan jalan raya di dalam UMP.


7.Pemimpin Mahasiswa termasuk MPP,Presiden Kelab Persatuan diberi Kursus Transformasi kelolaan Excel Training kepunyaan Dato' Dr Hj Fadhilah Kamsah. Banyak yang kami timba dan kami sedar bayaran kursus amat mahal setimpal dengan tanggungjawab kami sebagai Pemimpin Mahasiswa.

8.TTT juga ingin menyatakan betapa terharu dengan sifat prihatin Dato' Naib Canselor yang turun padang sewaktu UMP ketiadaan air yang kronik pada semester lepas. TTT masih ingat akan penjelasan Tuan Hj Rosdi Pengarah JPPH semasa dialog bahawa UMP telah mengeluarkan puluhan ribu menyewa tangki air dan menjadi bekalan sementara kepada Mahasiswa Kita. Statement pedas dibuat Dato' kepada JBA Pahang membuat mereka sedikit tersentak.Namun,TTT dimaklumkan bahawa projek pemasangan paip bekalan air daripada Loji Air Semambu kle Bukit Sulai masih menjadi tanda tanya.


TTT ingin menyatakam terdapat puluhan isu dan perkara yang kita bersetuju dan menyokong penuh kepimpinan Dato' Naib Canselor kita.Sebagai anak,kita berasa Ayahanda banyak berkorban berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan penyampaian UMP. Pelan Transformasi yang dijuang oleh Dato' Naib Canselor sewajarnya memberikan perubahan secara positif kepada warga UMP terutama dikalangan pensyarah dan staff sokongan.


Mengkritik Bukan Bererti Derhaka atau Pembangkang


TTT menganggap Ayahanda Dato' Naib Canselor sebagai ayah kepada seluruh Mahasiswa UMP. Dalam realiti hubungan anak beranak sekelipun pasti ada kritikan dan sungutan si anak kepada ayahnya.Bagitu juga kami,TTT terpanggil dengan secara berani dan berterus terang bahawa kita mengkritik bukan bererti derhaka atau bersifat pembangkang tetapi kami PEDULI dan kami sayang UMP.


1. TTT dan teman2 seperjuangan telah berjuang dan mempertahankan kebajikan Mahasiswa dalam segala hal. Cuma apabila menyentuh ruang aktiviti berhibur dan isu kebudayaan dalam UMP amat TTT bertegas dengan pendirian TTT dan teman2 yang lain.Kita berpendirian dalam menyajikan hiburan dan sebarang bentuk aktiviti kebudayaan mesti menghormati UMP sebagai Institusi Ilmu terulung di Pantai Timur ini dan melandasi Nilai Teras UMP. TTT percaya walau terbuka sekalipun pemikiran dan cara hidup kita,pasti ada hadnya dan membatasi akhlak kita sebagai seorang Mahasiswa di dalam Institusi Ilmu. Kami berulang kali menyatakan pendirian bahawa kita tidak pernah bersetuju dengan Nyayian dan persembahan yang bersifat hiburan semata mata tanpa nilai,wanita secara terbuka membuka dan menelanjangkan maruah(membuka aurat) dihadapan khalayak umum, persembahan berlebih lkebihan sehingga hilang malu dan kawalan dan sebagaimya.Isu Konsert Amal tempoh hari amat mencabar kami sebagai Mantan Pimpinan Mahasiswa bahawa perjalanan konsert yang tidak menghormati UMP sebagai Institusi Ilmu dan melahirkan Modal Insan Terbaik. Kertas Cadangan kepada penganjuran Konsert tidak diambil endah oleh pihak penganjur.Buktinya,semasa di hari konsert, wanita dan lelaki dibiarkan bercampur tanpa batasan.Pergaulan dan percampuran amat ketara apabila artis mula turun khalayak ramai.Apakah ini?Insiden Pensyarah menari nari diatras pentas amat memalukan.Kita kecam bahawa budaya dan perjalanan Konsert Amal amat mengecewakan.




2. Fitnah melata Dato', TTT sendiri dituduh antara orang yang akan menghalang Konsert Amal ini dengan berdemostrasi.Persoalannya,mana dan siapa mereka yang melakukan spekulasi jahat dan terkutuk ini? Menyusahkan Pihak Polis PDRM dan Cawangan Khas dengan spekulasi jahat dan tidak berasas. Kita telah jelaskan dalam kertas cadangan yang TTT juga tanda tangani bahawa Penganjuran Konsert di dalam UMP perlu megikut tata tcara dan menghormati UMP sebagai tempat tradisi ilmu dan melahirkan modal insan.



3.TTT ingin mengulang dan bertegas bahawa kami bersama sama Pimpinan Mahasiswa tidak pernah berbincang secara rasmi atau tidak rasmi untuk mengadakan demonstrasi,rapat umum atau bantahan terbuka dengan tujuan mensabotaj Konsert Amal ini.Kita sedar tanggungjwab kita sebagai Mahasiswa dan batas nya.Tapi jangan lah pandangan berbeza dariapda kami dilihat sebagai Pembangkang dan Perosak.Kami punya maruah dan Anak Muda tidak rela maruah dipermainkan hanya dengan fitnah busuk dan jahat!

4. Dato',salahkah TTT dan teman teman seperjuangan berbeza pendapat dengan mana2 individu dan pihak termasuk Dato' sendiri.Peraturan manakah kita rujuk bahawa Mahasiswa tidak boleh tidak bersetuju waima dengan Naib Canselor sendiri?Kami sayang dan concern pada UMP kerna mempunyai tradisi ilmu yang cukup ampuh,penekanan Core Values UMP semakin dipinggirkan, pengambilan staff UMP yang kurang ketat berbanding dahulu( jika dahulu interview pengambilan pegawai dan staff UMP pasti akan persoalkan Adakah anda solat? dan Apakah anda Merokok?,sekarang staff UMP ramai yang merokok secara terbuka dan penekanan staff dan pensyarah solat jemaah di Masjid UMP hilang begitu sahaja). TTT percaya dan yakin bahawa UMP akan terus maju dan kehadapan setapak lagi andai kita perteguhkan budaya ilmu didalam Universiti kita. Berapa banyak program Kelab Persatuan UMP yang ingin menganjurkan Program Ilmu seperti Pidato Umum( Walaupun sudut Pidato sudah ada,namun idealisme Mahasiswa dan kesedaran amat rendah),bedah buku,forum Mahasiswa,teater budaya,Ceramah Umum,Syarahan Perdana...Hampir tiada yang dianjurkan oleh Mahasiswa sendiri.Kenapa ini berlaku? Kerna jawapan sinis segelintir akan menyalak " Alah, kalau buat pon bukan ada student nak datang pon,bazir tenaga dan duit jer buat majlis ilmu di UMP".Subhanallah, natijahnya,program2 Ilmu terus dipinggirkan didalam Institusi Iimu sendiri.Alahai UMP~


5.Pelbagai isu akan dihadapi oleh kita semua terutamanya Mahasiswa UMP. Kita telah kehilangan status Latihan Industri 6 Bulan di Akhir Semester,Kita masih mempunyai masalah Bekalan Air terutamanya di hujung semester,Kita masih mempunyai masalah kerungsingan Kolej Kediamana Ke 5 yang entah siap entahkan tidak,Kita masih dihantui oleh isu Mahasiswa kita tidak dilayan seperti sewajarnya~pemberian elaun Atlet UMP,ealaun perjalanan mewakili UMP dalam mana2 acara,kemudahan Kompleks Sukan yang kini perlu berbayar,Kita masih mempunyai persepsi buruk layanan kepada Mahasiswa UMP.


TTT bersedia memberi penjelasan dan statement kepada mana mana pihak yang berasa hati tetapi percayalah inilah perkara sebenar benarnya,Malah TTT dan teman2 lain terlalu sibuk dengan menyiapkan PSM 1 dan Test 2 yang berderetan.Kami Mahasiswa Kejuruteraan bukanlah bodoh dan menentang sewenang wenangnya.Kita sebagai Mahasiswa Peduli wajar bingkas bangun memperjuangankan Kebajikan Mahasiswa dengan fakta,rasional dan idealisme anak muda andai ditekan,difitnah dan dipermainkan.

Kepada teman2 Pimpinan MPM ,perteguhkan lah barisan dan jangan mudah goyah dengan segala dugaan yang berlaku. Berilah ketaatan dan kepercayaan pada kepada Sdr Aedlan sebagai Pemimpin kita. TTT teguh berdiri meyokong dan membantu Sdr Aedlan sekiranya dipelukan.Ramai yang mempertikaikan usaha TTT kerna soalah olah membayangi MPM ,jawapan TTT mudah,dalam kerja2 Memperjuangakan Kebajikan Mahasiswa,ia satu kerja meluas dan tidak akan habis ke penghujungnya.Lebih ramai lbih Peduli tanda kesatuan. TTT mendoakan agar teman2 Pimpinan MPM akan terus tabah dan matang mengharungi liku liku kehiupan sebagai Pemimpin Mahasiswa!

TTT mengucapakan terima kasih kepada mereka yang tekun membaca sehingga ke akhir ini.Kita menulis dengan ideaslime anak muda yang asli bukan untuk mengampu atau diampu.Mahasiswa Peduli punya maruah dan kredebiliti untuk menjaga nama baik UMP. Buat Dato',percayalah,kami hanya inginkan terbaik untuk masa hadapan graduan UMP. Malah, TTT dan teman2 Mahasiswa Peduli berhempas pulas menaikkan nama UMP,membawa imej UMP ke persada nasional dan antarabangsa,berulang ulang di kaca televisyen menyatakan Saya Mahasiswa UMP Mahasiswa Peduli,berjuang dan menaikkan nama UMP tanpa berkira soal kewangan,keringat dan tenaga muda kami,Kami hanya minta agar bersikap lebih adil dalam melabel Pemimpin Mahasiswa yang lantang sebagai Pembangkang,Perosak dan sebagainya.


Allah Berfirman:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, Karena sebagian dari sangkaan itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah kamu mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di kalangan kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. (Surah al-Hujurat, ayat 12)




Buang yang keruh Ambil yang Jernih...Hidup Mahasiswa!


TTT Mahasiswa Peduli,Anda bagaimana?


The Think Tanker
8.36 pagi
11 April 2010 di Kolej Kediaman 1