Khalifah Umar Abdul Aziz menulis surat kepada semua gabenor yang baru dilantikmya bagi memastikan gabenor-gabenor yang baru dilantik di setiap wilayah pemerintahannya menunaikan amanah yang diberikan sebaik mungkin. Sama-sama kita sebagai pemimpin menghayati kata-kata nasihat dari Khalifah Umar ini :-
" Sesiapa yang mahu bekerjasama dengan kami hendaklah dia sedia memberikan kerjasama dalam lima perkara iaitu menyampaikan hajat orang yang tidak sampai hajatnya kepada kami, menunjukkan keadilan kepada kami berkenaan sesuatu yang kami belum mengetahui, hendaklah dengan rela membantu kami menegakkan kebenaran, hendaklah melaksanakan amanah kepada kami dan kepada seluruh manusia, dan jangan sampai ada yang membenci kami. Mereka yang tidak dapat menjalankan lima perkara ini, tidak mungkin dapat berkawan dengan kami."