Wednesday, March 25, 2009

Layanan kita terhadap keluarga adalah yg terbaik ataupun sebaliknya??

Salam sejahtera keatas kamu...

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,“Oh maafkan saya, saya tak perasan”
Katanya “Maafkan saya juga,Saya tak nampak saudara”
Kami amat bersopan dan saling menghormati,Kami saling melambai sambil berlalu pergi,



Tetapi di rumah lain pula ceritanya,Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,Jerkahku, “Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,Terdengar suara halus datang membisik,
“Bila bersama orang tak dikenali,Begitu bersopan dan merendah diri,Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci”,



“Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,Kan kau temui bunga-bungaan berterabur”,
“Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu”,
“Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu”,



Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,“Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil”
“Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak”



“Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,ibu tentu suka terutama yang unggu,
“Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa,Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu,dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,
FAMILY



Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,dalam hanya beberapa hari?Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.



Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?



Tahukah anda makna


“FAMILY”?FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
” HARGAILAH KELUARGA ANDA “

Tuesday, March 3, 2009

Kenape kite beribadat?? di mana tahap anda.....

Assalamualaikum dan salam perpaduan....

Rabiatul Adawiyah dan Tingkat Ibadah , Rabiatul Adawiyah dan tingkatan iman.

Pernah suatu hari orang-orang salih datang berziarah kerumah Rabiah. Ketika itu terjadilah tanya-jawab diantara Rabiah dengan tetamu itu berkenaan dengan masalah menyembah Allah. Salah seorang mereka ditanya Rabiah:
“Mengapa anda menyembah Allah?” tanya Rabiah.
“Kerana saya takut akan api neraka,” jawab orang itu.
“Mengapa anda menyembah Allah?” Rabiah bertanya pula pada tetamu yang lain.
“Saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurgaNya,” jawab tetamu itu.

Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata:“Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!” Sejurus Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka. Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan:

“Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, adakah kamu akan menyembah Allah?”
Hadirin saling berpandangan sesama mereka. Tidak menyangka kalau-kalau pertanyaan seperti itu akan dikemukakan oleh Rabiah. Agak lama tidak seorang pun diantara mereka berani menjawab.Salah seorang mereka itu memecahkan kesunyian dengan bertanya kepada Rabiah:“Kalau begitu, tolong jelaskan kepada kami kenapa anda menyembah Allah?”

“Saya menyembah Allah adalah keranaNya. Nikmat yang dianugerahkanNya kepada saya sudah cukup untuk menggerakkan hati saya untuk menyembahNya!”
Demikian jawapan Rabiah, ringkas tetapi padat.
Moral of the story: Let’s do a reality check on ourselves, me and you. Dalam kisah di atas, kita dapat extract tiga tahap keimanan :

1.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka.
2.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka dan inginkan syurga.
3. Menyembah Allah semata-mata kerana cinta kepadaNya, bukan mengharapkan syurga dan ingin menjauhi neraka. (tahap pertama dan kedua adalah jelek dan buruk di mata Rabiah)

Sekarang check diri kita. Di mana iman kita berada? Adakah tahap pertama atau tahap kedua? Ramai yang sekurang-kurangnya akan meletakkan dirinya dalam tahap yang pertama. Ada juga yang mengatakan dirinya tidak mencapai tahap pertama sekalipun.
Adakah kita tergolong dalam golongan ini?:

1.Sangat jauh dari Allah. Golongan ini bukan sahaja mengabaikan suruhan Allah, malah melakukan maksiat dan mempertikaikan dan menentang suruhan Allah. Nauzubillah.
2.Bermain-main dengan Allah. Golongan ini kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak. Ikut mood. Senang cerita orang yang malas.
3. Beribadah yang tidak memberi kesan. Golongan ini tidak meninggalkan suruhan tetapi masih melakukan maksiat. Bukankah solat itu, mencegah perkara yang keji dan mungkar?
4.Beribadah bukan kerana Allah. Golongan ini melakukan banyak suruhan Allah dan melakukan nahi mungkar tetapi tidak ikhlas. Sebaliknya ingin mendapatkan penghormatan daripada masyarakat, kononnya dialah ustaz, dialah yang paling alim dan semua orang kena ikut cakap dia.

Adakah anda tergolong dalam mana-mana golongan ini? Saya tidak tahu dan jangan beritahu saya. Anda lebih memahami diri anda sendiri dan terpulang pada diri anda untuk meletakkan di tahap keimanan yang mana. Mereka yang berada di tahap pertama akan meninggalkan segala perkara maksiat dari yang besar hingga sekecil-kecil pun dan melakukan ibadah yang wajib. Mereka yang berada di tahap kedua akan menambahkan amalannya dengan yang sunat-sunat.Mereka yang berada di tahap tertinggi, akan meninggalkan dunia dan meletakkan sepenuh cinta kepada Allah s.w.t.

Cinta Rabiatul Adawiyah adalah sangat sukar untuk diungkapkan dan difahami. Pertama kali saya membaca kisahnya, pening kepala. Pergilah kekedai buku agama dan cuba cari buku yang menceritakan tentang Rabiatul Adawiyah. Itulah ‘chicken soup for the soul’ versi Islam.

Wallahu'alam,wassalam.