Aku mulakan dengan Mengucapkan segala Pujian Kepada-Mu Ya Allah
dan Salam sejahtera keatas kalian semua
dan Salam sejahtera keatas kalian semua
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuksolatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."Isam bertanya,
"Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata,
"Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".
Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:-)
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuhpengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolatselama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Semoga segala ilmu yang bermanfaat yang kita telah pelajari malah yang baru dipelajari hendaklah kita mengamalkan, menyebarkan dan istiqamah. Sabda Nabi S.A.W, " Sampaikanlah olehku walaupun satu ayat". Hadist ini menjelaskan kepada kita umat akhir zaman bahawa begitu penting untuk kita menyampaikan ilmu kepada kawan,sahabat,keluarga,pemimpin malah musuh kita tentang perkara kebaikan dan ayat-ayat Allah.
Umat akhir zaman umpama mereka yang dahagakan ilmu agama kerana perasaan cintakan dunia telah menguasai di segenap jiwa setiap manusia. Wallahu'alam.
'Aku berserah pada-Mu Ya Rabbul Jalil'
Selamat Beramal,Wassalam.