Thursday, January 8, 2009

Pembahagian Harta Pusaka Dalam Islam x adil ek??

Salam sejahtera ke atas kamu, semoga Allah merahmati mu...

Insyaallah merujuk perkaran diatas, sering kali orang mempertikaikan tentang keadilan dalam islam,iaitu dikalangn non-muslim mahupun yang muslim...namun begitu, sebelum kite pergi lebih lanjut..kita sebagai seorang yang berfikiran waras dan rasional perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan ADIL itu sendiri..

Ramai yang menganggap adil itu adalah sama rata..iaitu 50% - 50%...adakah ianya praktikal??
sebagai analoginya..Mawi ade 2 orang anak,lelaki dan perempuan..apabila tibanya musim raya aidilfitri, si mawi akan membawa 2 org anaknya,mawar dan mawas ke masjid india.. tgh syok punye jalan punye jalan, si mawi ni nak belikan anak lelaki die,si mawas tu songkok...dengan harga rm23.34...adakah dikatakan adil untuk mawi untuk berlaku adil, dia kene beli songkok jugak utk anak pompuannya mawar sempena ary raya nnty??? itu bukan adil,tetapi zalim namanya..meletakkan bukan pada tempatnya. Apakah yang dikatakan adil si mawi ni membelikan tudung pada si mawar, walau pun harganya hanya rm 15.64,tidak sama dengan harga songkok si mawas td. Itu lah dikatakan adil..
Berbalik pada persoalan diatas, dalam islam cara pembahagian harta pusaka sgt jelas dan detail.. pada dasarnya, contoh yang sama. Sekiranya mawi hanya mempunyai 2 orang anak iaitu mawar dan mawas. Apabila ditakdirkan mawi meninggal dunia, maka harta pusaka itu mestilah dibahagikan secara yang ditetapkan oleh islam seperti yg terkandung dalam kitab suci umat islam,Al-Quran. Dan sekiranya harta tersebut ingin dibahagikan mengikut budi bicara, tiada masalah tetapi mestilah mendapat persetujuan daripada semua ahli keluarga yang mempunyai hak terhadap harta pusaka tersebut. Si mawas akan mendapat 2/3 dari pada 3/3 harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mawi..manakaa si mawar hanya mendapat 1/3 iaitu hanya mendapat separuh drpd harta yg diperolehi oleh mawas.
Hikmahnye:
Kita katakan harta pusaka yang diterima oleh mawas adalah harta kasar.. mana kala harta yang diterima oleh mawar adalah harta bersih... mengapa dikatakan harta kasar?? ini kerana mawas mungkin merupakan seorg ketua keluarga,mempunyai anak dan isteri...jadi,harta yang diperolehi oleh mawas x kire dr duit gaji mahupun harta pusaka, isteri dan anak mempunyai hak trhadap harta tersebut. Manakala si mawar dikatakan harta bersih, kerana 100% harta kepunyaan mawar x kira sama ada duit gaji atau pun harta pusaka ,suami tiada hak satu sen pun terhadapnya. Jadi, isteri berhak dan bebas untuk membelanjakan harta tersebut. Oleh itu, adakah anda kaum wanita di luar sana masih mahukan harta bersih atau pun mahu tukar harta kasar iaitu org lain mempunyai hak keatasnya?? Begitu indah dan adil nya islam. Meletakkan sesuatu hukum memang berdasarkan perancangan yang sangat teliti. Wanita tidak ditindas malah di adili dan di pelihara haknya,begitu juga kaum lelaki tidak di zalimi malah diperuntukkan kemudahan yang sangat brsesuaian dengan situasi dan tanggungjawab mereka.
Wallahu'alam.