Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera saya ucap kan kepada semua para pencinta ilmu. =) Yang pertama sekali saye ingin mengucapkan syukur alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dapat juga saya memenuhi hasrat dihati ini untuk membina sebuah blog yang tidak seberapa ini.
Ramai yang mempertikaikan mengapa perlunya kita membuat blog? Ape faedahnya kepada kite sebagai pelajar untuk membuat blog? Buang masa ade la…baik pegi study,dr nak meluahkan perasaan dihadapan laptop ni…Kata salah seorg rakan saya.. Memang tidak dinafikan, setiap perkara itu ada kelemahan dan ada kelebihan.. Sebagai contoh tentang kisah pengharaman arak di dalam islam. Arak sememangnya mempunyai keburukan dan juga kebaikan.tetapi keburukan itu lebih besar yg menyebabkan arak itu diharamkan.
Didalah buku Hadist 40, hadist pertama yg diungkapkan adalah hadist tentang niat. Setiap perkara itu bermula dgn niat. Sama dgn blog, sekiranya niat kita benar2 ikhlas dan betul, insyaallah semuanya akan dipermudahkan. Pelbagai perkara yang kite sebagai seorang pelajar atau pun mahasiswa boleh lakukan menggunakan blog, antaranya boleh mengisi masa lapang dengan memantapkan lagi pemprosesan idea yg boleh dilontarkan dan memberikan pendapat terhadap isu-si semasa.
Namun demikian,bukan hanya blogger yg kite boleh gunakan sbg wadah untuk kita berbicara. Terdapat pelbagai cara lagi yg kite boleh meng’aplikasikan kemajuan manusia di zaman moden ini antaranya adalah friendster, facebook, myspace, dan sebagainya. Friendster sebagai contoh dimana ramai yg berpendapat ianya adalah sesuatu yg teruk dan merosakkan nilai moral dlm sesebuah masyarakat. Mengapa? Kerana pergaulan yg agak bebas walupun tdk berjumpa, melihat dan meletakkan gambar2 yg tidak sepatutnya walaupun melihat seorg perempuan yg cukup sempurna penutupan auratnya, tetapi sekiranya dilihat dgn nafsu? Namun demikian, jika kita pandai menggunakannya dengan sebaik-baiknya,sebagai satu wadah lontaran idea, memberikan pendapat terhadap isu-isu yang penting, menyebarkan dan memberikan tazkirah yg sahih, insyaallah segala yang kita lakukan akan memberikan manfaat kepada sahabat yang lain. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain.
Oleh itu, sama-sama lah kita menggunakan wadah blogger ini sebagai medan melontarkan pendapat, memberikan peringatan yg berguna dan segala perkara yang baik. Justeru, blogger bukan lah satu tempat yang 100% kepunyaan individu tersebut. Semua orang berhak untuk memberikan pendapat dan sekiranya terdapat apa-apa teguran, boleh lah menegur dgn seberapa keras yang bersesuaian asalkan ianya berhikmah. Panjang pulak mukadimah di permulaan blog saye ni, maaf sekiranya terdapat kesilapan tutur.
Wassalam.